Tuesday, December 29, 2020

Last course for Year 2020

Assalammualaikum,

Tengah dok go thru outstanding bill client yang tak berbayor lagi. Tiba-tiba dapat few parcel dari abang post laju. Ingatkan apa...sekali appreciation letter and goodies dari institut penilaian. Syarikat jadi salah satu main sponsor. 


 Kira tahun ni ada 16 CPD rasanya kut. Boleh carried forward tahun depan.  Actual 10 CPD jer per year. Tapi C19 ni board kurangkan kut.

Minggu ni mood kelaut....ola..la..la..la..la...la...la...

Friday, December 25, 2020

Happyyyy Hollllieeeee-day

Assalammualaikum,

Hari ni 25hb Disember, macam biasa cuti umum.

So pagi ni lepak-lepak jer...nak masak sarapan AG cakap tak payah. Balik dari surau dibelinya nasi lemak paru d'kubur. Hehehehehe..kenapa nama d'kubur. Sebab warung ni betul2 depan kubur. Sambil suap nasi lemak atau roti canai tengok depan nampak kubur..kira insaf sekejap...sambil fikir bila nak tiba giliran kita...hehehehehe.

Ok. Nak cerita pasal WWE...world wrestling entertainment. Ntah la kadang-kadang layan juga tengok wrestling ni. Abihhh...kalau dari kecil abah dok tengok..dan bila dah bersuami ni pun AG pun layan WWE ni...nak tak nak kita pun terjebak sama....tapi takde la tengok sampai habis...

Cuma nak share jer wrestler yang saya suka tengok. Nama pun entertainment. Kadang depa ni jadi baik kadang jadi jahat...atas gelanggang jer la...belakang minum teh tarik sama-sama...cheh!! sama la macam politikus kita...eh..eh..eh..eh...


1. Ronda Rousey. Minah ni kuat gila...badan takde la besar mana...makan apah ntah...see dia boleh angkat lelaki macam tu jer.....Belasah, tampar la banyak kali...tapi bila koa lebih2 sangat mendapat la lepas tu...especially kalau dia pegang tengkok..memang koa kalah la lepas tu.



2. Roman Reigns. Mamat ni cool jer. Hansem pun hansem...hehehehehe...Kelebihan mamat ni pada tumbukan tangan kanan i guest. Ala macam superhero buat tu....lepas tu dia ni kadang2 guna bahu dia untuk kalahkan lawan.



3. Goldberg. Pakcik ni feature macam bapak2 gitu. Muka memang garang tapi dalam hati ada taman.
Tandukan dia macam  Pachycephalosaurus iaitu dinasaur berkepala keras. 




4. Brock Lesnar. Ni pun satu lagi muka sombong n garang. Tak banyak cakap. Tapi kalau lebih2 sangat kejap jer dia tumbangkan lawan. Dia ni salah seorang wrestler yang mempunyai pendapatan tinggi.



5. Randy Orton. Mamat ni memang geng jahat. Tapi kadang2 datang angin baik dia. 



6. Dean Ambrose. Mamat ni dah lama...rasanya dulu dia tag team dengan Roman. Tapi biasa la..sedangkan lidah lagi tergigit...bila banyak sangat influence dari orang lain berpecah la...Cuma mamat ni memang sempoi. Wrestling pakai seluar jeans jer...




Banyak lagi wrestler...macam undertaker, john senna, the rock, cuma yang kat atas ni suka tengok depa wrestling. Especially bila ada Royal Rumble. 

Ok..next nak kongsi filem Tamil lak...aviation story macam boss AA kita.

Selamat bercuti uolls.

Thursday, December 24, 2020

Makan-makan at Suki-ya IOI City Mall

Assalammualaikum,

Bermula esok ramai staff kat ofis ni bercuti. Ada yang sambung isnin dan selasa dan ada yang sambung sampai New Year. 

Kira-kira 10 hari la cuti...Untung lerrr (kita jer tak boleh cuti....)...harap2 sesiapa yang cuti lama-lama tu balik dengan fizikal dan mental yang segar.  Jangan first day masuk ofis kelaut juga...

Yea la kalau tak luluskan cuti kata majikan kejam la..itu la..ini la... Adoiiii....pekerja sekarang asyik salahkan majikan sebab tak faham depa...belum lagi kata sebab C19 ni stress tahap gaban lagi...macam-macam perangai....yang tersepit yang tengah2 ni....(saya ler tu...)

So sempena Cuti Hari Krismas esok, kami geng-geng gegirl buat acara makan2. Tak jauh kat IOI City Mall jer...memandangkan dari pagi gloomy so kami decide makan benda2 yang panas2 dan suppy suppy sket. So kami terjah ke Suki-ya di Level 2.





Tips : Depa suggest yg meaty tu..dip2 dlm sup sekejap lps tu angkat. Rasanya better if lump semua sekali dalam sup tu bagi betul2 masak dan meresap rasa sup lps tu angkat then baru dip dlm dipping sause dia. Kami ambik miso dan kamuchi sup. Dipping sauce entah la..tak tau namanya...sebab yang ambil makanan tambahan tu semua budak2 ofis. Ahkak duduk jer...redho apa yang diambil..hehhehehe.

Sushi tu nasi dia macam ada rasa keras2 sket.

Taste wise to me biasa jer...tetapi untuk RM40.35 nett per person. Boleh lah...

Tempat duduk agak sempit kepada mereka yang berbadan besar. Due to table yang rapat ke kerusi...yea la nak taruk all food.  Dan stand bawah meja untuk accommodate pan bagi panaskan sup kat tengah2 tu plus sandar belakang.
Food garden i think better kerusi satu2. Tapi ada jer yang for two person. Sebab kami berlima di baginya duduk kerusi romantik...


Friday, December 18, 2020

Teluk Mak Anson

Assalammualaikum,

Lama bebenor rasanya tak ke sini. 10 years maybe...

Teluk Intan atau dahulunya dikenali sebagai Teluk Anson or Teluk Mak Anson. Kalau nak baca sejarah kawasan ini boleh ler google. Hehehehehe...

Ada tugasan...biasa ler tengok site...pegi pagi balik petang...ingat nak ke Ipoh stay semalam ikut budak2 ni...tapi memikior kerja banyak kat ofis plus AG yang takut tidur sorang...Cheh!!!...(apa kena ntah...katanya seram duduk sorang2 dalam rumah tu bila malam..siang ok...).


Tengok site kat sini.

Lepas tu kami ke town Teluk Intan...cari restoran udang galah...


Setengah kilo RM60. Goreng kunyit biasa...budak2 tu buat meratah. Lauk lain ok...boleh la..ikan siakap bakar sedap....
Ingat nak try mee rebus Mastan Gani...tapi perut dah penuh..next time lah...


Punya la dah lama nak tengok iconic ni in person...tercapai gak impian...




Ronda-ronda town...lepas tu nampak river cruise ni...Nak cuba lah...
Tapi tak kesampaian sebab hujan dengan angin kencang....bahaya untuk bot-bot kecil....
Then off tu KL...
Sampai rumah flat....


Thursday, December 10, 2020

DAT

Assalammualaikum,

DAT - Dilema Akhir Tahun.

Selalunya kalau sebelum-sebelum ni hujung2 tahun begini ramai yang dah start men-cutikan diri untuk berjimba-jimba bersama keluarga, rakan-rakan or berseorangan ke tempat2 percutian samada didalam negara atau luar negara. Maklumlah penat hampir setahun bekerja..so as a reward ke diri sendiri jalan terbaik adalah BERCUTI...

Hujung-hujung tahun ni juga ramai yang mengadakan kenduri kahwin. Maklumlah cuti sekolah.

Tahun ni semuanya berubah...ker tak berubah juga...masih sama....

Immediately bila abang long umumkan boleh rentas daerah dan negeri tanpa kelulusan polis...weekend ni dijangka akan berlaku kesesakan di lebuhraya-lebuhraya utama. Kebetulan esok Selangor cuti sempena birthday sultan so memang akan ramai la manusia2 di hot spot area. Tambah pulak ramai bebenor yang rindu mak dan ayah di kampung halaman. So ini la masanya.

Tang mana yang dilemanya....

Dilema adalah bila 2 3 hari ni kes start masuk. Semua nak closing before end of the year. 

Dilema bila staff bercuti. Nak tak nak kita yang tinggal ni kena la cover...

Dilema kalau dulu bila signing officer nak cuti...saya arrange cantik punya so make sure semua kerja siap sebelum boss cuti. Kalau boss cuti seminggu immediate boss balik kerja dah siap tinggal nak discuss sikit2 dan sign jer.. Takde la ganggu masa dia tengah bercuti dengan urusan kerja semua ahkak ni yang settlekan...tapi tang giliran saya takde yang boleh cover...

Tapi bila kadang2 kepala ni dah tepu sangat nak juga cuti. Kalau cuti dalam negara pun AG bukan adventure sangat. Yea la dah tua takkan nak pegi theme park...tapi dulu2 mak n abah boleh jer joint masa kami semua umur 20an. End up tu yang ala-ala one sweet morning lps sarapan bwk kereta lajak sampai ke Morib la...Tg sepat la..Sepang la....

Kalau driving ke utara, ingat nak la ke Penang explore tempat makan yang best2..or singgah ipoh exploring concubine lane with all the hipster cafe/resto.....atau naik cameron tengok bunga ke...tapi nan hadooo..sbb AG tak bagi saya drive unless kalau dia betul2 mengantuk...tapi kalau dia drive mmg asyik terlajak jer la all the simpang's......alih2 sampai KL/Putrajaya...

Kalau dulu2 setakat balik Kuale...gerak pukul 9 pagi...pukul 8/9 malam baru sampai KL...banyak pit stop nya..

Kalau balik ke Pekan Baru tu first year jer la dapat berjalan...lps tu dok terperuk dalam rumah. AG sibuk bebenor jumpa kawan2 sekmpg..lama tak jumpa katanya......lama apanya....kadang2 baru bulan lepas jumpa..sebab mereka2 ni rajin datang KL. tu yang malas nak ikut AG balik kampung. 

Last2 cuti pun balik Keramat jer la...hehehehehe...sebab tengok muka mak dan ayah dapat pahala wooo...


Tahun depan apa yang akan berlaku...samada masih lagi menoleh ke belakang..jatuh..melangkah ke depan juga jatuh....OR terbang ke atas...orang kami kena mulakan dengan tindakan...tapi kaki dok pegang kejap atas bench tu......unless dapat tendangan maut...hehehehehehe...

Friday, November 27, 2020

External Audit

Assalammualaikum,

Hari ini merupakan penentu kepada issuance of ISO Cert setelah hampir satu tahun menunggu. Jadual asal adalah dalam 6 bulan tetapi due to pandemic ni delay la....TETAPI takpe..kami semua bersemangat untuk merealisasikan salah satu pencapaian yang dirangka oleh syarikat. Step by step.

Sekarang sedang berlangsung sessi external audit yang dijalankan oleh consultant. Insyallah, semoga dipermudahkan.

Selepas ini kami nak buat unutk Yayasan pulak.

Aminnnn....


My team


Monday, November 23, 2020

Karier atau comfort zone

 Assalammualaikum,

Kadang-kadang tertanya-tanya di dalam hati ini. 

Apa yang dicari ketika melayari alam pekerjaan. 1. Hala tuju  2. Handsome pay  3. Experience  4. Relationship dengan principal dan co-worker  5. Office dekat    6. Job Description sama seperti course yang ambil kat uni dulu  7. Networking  8. Kerja sampai nafas yang terakhir   9. Retired at young age 10. Sepanjang masa explore  11. Dll

Who we want to be. 1. At top notch dalam sesuatu organisasi  but status still sebagai pekerja (means kita dapat gaji tiap2 bulan samada bayaran gaji tu setimpal dengan otak dan tenaga yang dikeluarkan or semua tanggungjawab di atas batu jemala kita)  2. Sebagai rakan kongsi yang tak sumbang kewangan tapi guna nama jer (still guna otak dan tenaga untuk memajukan syarikat or kalau apa2 jadi kat syarikat koa kena jawab..benefit ntah la..itu kalau dapat kalau tak dapat redho jer...sama juga semua atas batu jemala kita)  3. Orang yang betul2 tuanpunya syarikat (yang ni keluar semua sweat and blood untuk majukan syarikat) ATAU 4. dulu kini dan selamanya la macam tu...

Ada la terbaca dalam status one of the top people kat medium upscale mcm capaianpakdin...

1. Bila kita masuk sesuatu organisasi kita kena letak satu matlamat serta tempoh masa. Contoh 5 tahun. Masa tu kita dah close few deals at least millions. Track record memang cantik. Pakej datang sekali dengan new innovation etc. 6 bulan sebelum tempoh masa nak habis kita kena review pencapaian sebelum tu. Kalau dah lebih dari target pencapaian kena start cari kerja lain.  .Why...sebab selepas 5 tahun kita dah ada dalam comfort zone dan akan malas untuk keluar bersaing...kira kita tetap akan macam tu jer macam tepu la...or ada orang yang memang lambat nak start gear...

Sekiranya dalam tempoh 3 tahun no single achivement kita capai..it's time untuk angkat kaki juga. Jangan tipu diri sendiri dan jangan tipu syarikat yang kita kerja. Banyak faktor...mungkin kita yang malas or environment syarikat tu yang menyekat kebolehupayaan kita.

2. Seorang lagi cakap...sama juga..untuk lompat ke position yang tinggi serta handsome pay...lepas 2 ke 3 tahun cari kerja lain yang sama bidang but different position.

3. Seorang lagi kata kalau kita dibayar rendah berbanding skop kerja yang dinyatakan didalam surat lantikan samada kita nak bertahan dengan harapan akan ada sinar dihujung lorong atau dengan harapan tidak mengapa buat all the multi-tasking jobs might be one fine day kita akan guna semua experience tu sekiranya kita ambil keputusan untuk mempunyai syarikat sendiri. See ILMU tu penting.

4. Atau cuba sesuatu yang bukan kebiasaan kita...

Banyak lagi sebenarnya la yang  deme deme share...

Pokoknya disini bila kita tahu its time to move...ada la wise man ni cakap selain dari serah pada yang maha esa dengan melakukan isktiharah sekiranya ada 2 pekerjaan yang kita pilih, kita juga amat perlu avoid membuat keputusan sekiranya di dalam keadaan marah...

Hmmm...at what point tindakan tu betul...

Lately ni tengok banyak orang share buku2 yang membelai jiwa...so..'orang bukit' kita baru nak baca 2 buku ni...3 hari lepas dapat...tapi tengok muka depan jer la so far....


p/s : ada la request untuk forward CV...uishhh..lama gila tak update..8 tahun tu...let me think first...proceed or ignore.....ngeee....

Wednesday, November 18, 2020

Gadget Tambahan sempena pendemic

Assalammualaikum,

Kadang-kadang susah nak kawal manusia ni.

Diberi gelang pink..merata koa berjalan kesana kesini...

Lagi risau bila mak tak berapa nak sihat sangat...dok ulang alik keluar masuk hospital...

Latest pagi tadi...darah keluar melalui hidung dan mulut...dalam seminggu ni 3 kali la dah berlaku...so macam biasa adik bawak ke kecemasan HKL..dah kena masuk i pain darah...

Yang lagi risau bila kes positif di KL makin meningkat drastik...sampai ada ura-ura nak buat PKPD...

Woiiii...kesian la kat orang tua kita yang kat hospital tu...belum masuk yang mengantor... 

Doa la jangan PKPD...teman pun kena pegi HKL tu juga untuk follow-up..

So kat bawah ni big boss suruh pakai...macam menteri2 pakai tu. RM40 katanya satu.






Thursday, November 12, 2020

Berakhirnya sebuah perjalanan

 Assalammualaikum,


Pada 5.11.2020 (khamis), sahabat saya Marwiyah Marjuki telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 10.50 pagi setelah tenat hampir seminggu. Arwah merupakan pesakit kanser rahim stage 3. Rahimnya telah dibuang sepenuhnya pada November tahun lepas. Dan waktu itu juga merupakan detik terakhir kami semua bertemu dengannya...bergambar, bergurau, bercerita kisah2 dulu dsbnya. 

Kami disini merupakan penghuni dorm P7, ITM Manjung tahun 1992 (Semester 1). 15 orang semuanya. Pelbagai kursus. DEM, Building, QS, Architect, Town Planning, ID, Computer Science dan Secretary. Arwah budak QS.

Semua ada gelaran masing-masing ikut umur bermula dari ayong, angah, alang...sampai la busu. Arwah kami panggil angah. Untuk sekian lama setelah masing2 keluar dari ITM yang masih in contact cuma ayong, ayang,  angah, alang, uteh dan andak serta saya sbg bekas ketua dorm. Yang lain2 sepi tanpa khabar berita, sehinggalah bulan lepas another wassap group was create sbb jejak kasih semula penghuni dorm P7.

Arwah birthday dia jatuh pada 2.11.2020. Off course semua wish tetapi bila angah tak balas kami semua cuak, sehinggalah kami semua mendapat perkabaran bahawa arwah berada didalam wad dalam keadaan tidak stabil sehinggalah suami dan keluarganya mengambil keputusan bawa pulang kerumah. Dua hari dirumah...arwah meninggalkan kami semua. 

Agak sedikit terkilan kerana tidak dapat menziarahi arwah buat kali terakhir. Maklumlah arwah tinggal di kawasan red zone iaitu Meru. 

Cuma yang mampu saya berikan. Al-fatihah untuk sahabatku. Bersemadi dan tenanglah di sana. Miss u my friend. Your positive vibes.


Wednesday, November 4, 2020

Bungaku Dipetik Orang

Assalammualaikum,

Owh! sajer jer nak share...latest hobi AG...menanam bunga..

Alaaa...kat balkoni rumah yang cinonet tu jer...

Jadi la...sempena pkbb kaedahnya...

Kira-kira dah 17 pasu rupanya...dlm masa 3 minggu...

Bior jer la...jangan mula-mula bersemangat...hujung2...ke laut...

Mungkin tangan AG sejuk kut...berkembang bunga-bunga tu...

Wait and see....semalam katanya nak tambah lagi 4 jenis....oh myy....

Gigh ke kedai 2 hinggit..beli artificial rumput...

Yang gambar ke 2 sampai 4 sebelum letak rumput tiruan...

Owh..bukan bunga jer..ada la sepasu pokok cili, sepasu pokok limau dan sepasu macam pokok krismas tu (tak faham sebenarnya kenapa AG beli pokok ni)

Ada la terbaca...selain dari pokok bidara dan pokok kelor, pokok mawar setan atau jin tak suka...(wallahualam)...






Monday, November 2, 2020

Life lepas operation

Assalammualaikum,

Kalau sebelum ini saya pernah jadi bidan terjun, taking care of adik, kakak ipar dan mak sedara yang baru lepas bersalin. Selain dari memastikan tungku panas dibalut dengan segala daun kayu (ala..lupa lak pokok apa..yang jelas daunnya besor-besor), lepas tu dibalut dengan beberapa lapis kain batik terpakai. Untuk lauk tu mak yang sediakan...air mandian suami masing2. Tapi baby tu saya la yang mandikan, bedakkan dan bedungkan..tetapi sebelum tu jemur sekejap bawah matahari bagi tak kena kuning...end up setiap kali sesiapa yg bersalin dan berpantang rumah mak..kulit saya yg sedia gelap akan bertambah gelap...well...saya mudah kena sunburn kay...tu sebab kalau pegi pantai klu panas2 tu adalah amat dielakkan.

Kalau jaga mak pun masa lepas operate breast dan angio dia pun..pengalaman tu mcm jaga orang dalam pantang...semua benda buat sebelum pergi kerja..dan sambung semula lepas balik kerja...alhamdulillah masa tu tempat kerja sepelaung jer dengan rumah (takde la sepelaung..tapi klu watson nyambek tu berlari sap sap soi 5 min dah sampai...)

Bila tiba giliran saya...mak suruh stay rumah keramat...adoiii...mak tu pun tak larat baru lepas masukan pacemaker..sian nurul..nak jaga opah, atuk dan tiba2 angah...tak pa la...sejukkan hati orang tua..lepas doktor kata boleh discharge dah settle semua balik la ke keramat...tidur semalam...memandangkan katil ada dua..so saya tidur atas katil hospital...(owh..katil ni belikan untuk mak sebab senang nak dudukkan mak)..mak pakai siang jer..malam mak tidur dalam bilik dengan anak sedara...kebetulan mak sedara dari kajang datang bawakkan lauk untuk mak...tumpang la sekaki...

So keesokkan harinya mintak elok2 dengan abah n mak...cakap takpe la angah berpantang kat putrajaya..angah ok..lagipun dah ada orang offer untuk masak lauk berpantang...bukan apa tak nak tunjuk kat mak n abah yg kita sakit...so kita ceria2 jer la...must show that we strong...yang penting depa dah tengok kita ok...

So lepas cuci luka balik la kami ke putrajaya...petang tu juga order lauk berpantang untuk seminggu dari foodzyla...sekali dengan garlic krak kruk, ikan bilik masak dengan halia...sedap2 lauknya..kalau satu bekas plastik tu boleh makan berdua untuk tengahari dan malam...abang gebu kalau dia rasa nak goreng telur dia goreng...papa zul pulak masakkan ikan haruan yang dia beli masa ke raub, pahang...alhamdulillah...ada staff office yang bagi pati ikan haruan..tapi teman tak lalu nak minumnya...wekkk...ada la few staff yang tolong masakkan lauk bila saya request...hehehehehehe..

yang penting elakkan makan makanan yang boleh mendatangkan kegatalan dan kelambatan luka2 untuk baik. Tang makanan dah tip top..tapi memandangkan letak ghauze so kena la ubuh selotep putih tu kan...owhh..rupa2 saya ni allergic lak dengan gam selotep tu. Bukan selotep tu jer...ada la mintak staff tolong belikan bra tanpa dawai..walaupun dah basuh dulu tetapi tetap allergic..mungkin material kut..tambah ada renda2 tu...

Bila ke KL ambik borang CT Scan, tanya la nurse kenapa kat payudara tu gatal2..tu nurse yang bagi tau mungkin allergic selotep tu..so dia tolong cucikan luka..dan balut guna selotep 3M..selotep ni dari kain...bila check kat farmasi..sekotak RM60...uish..selotep sebelum ni RM3.90 jer...hantam jer la...

lagi satu...mana2 balutan kita jangan biar sampai 24 jam yer..kena tukar at least 2 atau 3 kali sehari...sebab saya pernah kena la saya bagitau...walaupun guna selotep mahal..tetap kulit ku tetap tersoyat sekali dengan selotep tu bila nak bukak untuk mandi...adoiii...sakit tetek tak abis lagi tambah sakit lain...iskh..iskh..iskh...

2 hari berehat...hari rabu masuk ofis jap...khamis demam...hahahahaha..tapi jumaat datang sebab ada top management meeting...sabtu dan ahad flat...senin membawa ke jumaat still masuk ofis tapi half day jer la..pandai2 la depa siapkan kerja..apa2 hal call..or naik atas jumpa kat rumah...

Friday, October 30, 2020

My First Operation - Minor jer punnn

Assalammualaikum,

Bersiaran lagi kita yea. Owh! saya tak WFH..kena WFO..tapi waktu bekerja dari pkl 10 am sampai pukul 2pm. Tapi kadang2 terlajak sampai pukul 3 atau 4 bila client nak CV or report hari tu juga2...

Ok back to tajuk. Seperti sedia maklum, saya menjalani pembedahan minor untuk membuang ketulan di payudara kiri pada hari Jumaat (9/10/2020). Minor pun..merasa la dibius keseluruhannya...pakar2 bius siap ajar mengucap sambil baca ayat2 suci sampai la saya tidak sedar keseluruhannya...

Jangkamasa di bilik bedah dan sedar semula serta dihantar masuk ke dalam wad adalah lebih kurang 3 jam lamanya...alhamdulillah...sebab dok risau juga bila doktor bius kata saya mungkin tak kan sedar lps operation due to related things yang saya terangkan before...

Owh..memandangkan kes covid sedang mengganas maka Abang gebu tak boleh tunggu..even lps jumaat dia nak naik dengan anak sulung tak lepas...cuma lepas isyak baru dapat tengok..tu pun merayu kat abam polis bantuan kat bawah..yea la bini kena operate..nak call siapa nak tau bini ok ke tak...cuma sebelum operate ada la nurse cakap yg mereka akan call kalau ada apa2 berlaku... 

Masa nak ke bilik bedah pass hp pada nurse...dan immediately di letakkan atas katil sendiri dah disuruh pakai baju hospital...saya cakap la..baju tu tak muat...tang perut ketat bila kancing...hehehehehe..katanya size L yg paling besar..adoiii...so mintak la tlg pakaikan baju yg kancing depan bwk dr rumah...

Nurse tanya ada rasa pening, loya2 ke, nak muntah ke..saya cakap takde..cuma nak kencing jer..hehehehehe...dn dengan selamba rock saya bangun ke bilik air menunaikan hajat.  Owh...saya duduk dalam wad kelas 1 tapi 4 katil. Sebenarnya doktor bg wad kelas 3. Tapi masa kat kaunter pendaftaran..kerani tu tanya..puan nak duduk wad kelas 1 tak...tanya la berapa deposit kena bayar..sedangkan nampak jer kat situ terpampang bayaran ikut kelas...hehehehehe...sajer nak gurau2. Owh deposit RM1,650. Klu katil berempat bed charge RM75..kalau bilik seorang..RM120...baik la bilik berempat ada geng nak berborak. 4 hari dengan kos perubatan dan pembedahan kena la dalam RM840...kira ok la tu..kalau swasta tak tau la berapa yang di chargenya...Chef Wan..his mum mak Aini yg d diagnose kanser payudara tahap 4..kos2 nak buat operation jer dianggarkan dekat RM200k..klu buat procedure radioterapi mungkin separuh atau puluh2 ribu...tu orang yang berduit...kita ni ikut kemampuan...

Further, hospital kerajaan banyak yang pakar...klu ambik insurance depa cover sampai rawatan susulan ker...or just kos untuk operation...end up p hospital kerajaan juga...baik la dari awal...apa2 pun tepuk dada n tepuk poket la..klu nak selesa... tambah2 pandemic ni...

Ok berbalik lps tunaikan hajat...jalan la p kaunter..nak tanya hp..masa tu doktor yang bertugas tanya...eh..apa kat baju puan tu..saya pun tengok la...iskh..iskh..iskh..darah....uittt...semua kelam kabut..puan jangan jalan lagi..pegi kat katil..jap lagi doktor datang tengok...eh...gua ok la...

oooo..rupa2nya doktor tinggalkan macam ada lubang sket untuk drain off the fluid. Kalau yang buat mastocomy depa ubuh mcm tiub...tapi kes saya tak...so..the doktor n nurses bersihkan la darah2 tu and tampal ghauze..

Esoknya doktor2 pakar ronda..katanya kalau petang darah masih keluar so tak boleh discharge...teman sebilik yg buang breast sebelah operate hari yang sama boleh discharge...adoiii..malam tu tinggal la sorang2. Serius..malam hari kedua baru rasa tengkok sakit..badan2 sakit...berat badan..nak gerak pun sakit  tapi pegi toilet selang sejam dengan tak boleh tidurnya...alhamdulillah esoknya boleh discharge...tu pun dah petang...

Tapi isnin masih kena p klinik untuk cuci dan buang all the tampalan...

So far dah lebih 20 hari...darah tak darah la still keluar but skala kecil sangat macam hujung kuku..

Rutin lepas mandi adalah kerja Abang Gebu cuci luka dengan ubat dan tampal ghauz..

11.11 nak buat CT Scan. Jumpa doktor pakar seminggu lps tu...

Doa la supaya bukan cancer sel...sihat la hendaknya...


Diagram kawasan yang kena bedah..bertanda x.

Monday, October 5, 2020

Biopsy to lym (entah ler susah nak nyebut dan ngejanya)

Assalammualaikum,

Bulan 8 kan ker ada buat ujian biopsy kat breast belah kiri. Then kena follow up dengan pakar on 29/9 untuk tahun keputusan makmal.

Guess what...tak boleh detect samada cancer or non-cancer...Then pakar kepada pakar decide untuk buat operation. Kaedahnya ambil sebahagian kawasan lump tu...buat ujian..klu keputusan positif kena operate sekali lagi buang semua kawasan terlibat termasuk kelenjar bawah ketiak...

So.......operation will be schedule this Friday 9/10/2020. Masuk wad sehari sebelum. Last week agak hectic juga la..ulang alik Putrajaya-KL-Putrajaya. Khamis jumpa anestetic...depa bagi penerangan tentang cara and kaedah bius...details betul interviewnya...Jumaat kena buat ujian covid..maklumlah nak operate kan...sabtu tengok mak lagi...ahad rehat jer la..tu pun sempat p Malakat Mall kat cyber dan beli bunga..(AG ada hobi baru..nak menanam katanya).

Soalan2 dari anes adalah...

1. Naik tangga berhenti2 tak (klu berlari naik tangga takde la..slow la naik tapi takde berhenti..sampai atas baru ambik 2 3 nafas 

2. Klu buat kerja rumah sket dah sesak nafas ke?, Hmmm...so far takde...siap boleh mop lantai..cuci kipas..masa rajin la...klu malas sapu sampah jer..

3. Masa memandu mcm mana ada pernah tertidur kat traffic light ke. or during heavy traffic  (never yea..inshallah saya concentrate kat jalan), 

4. Klu sebagai penumpang untuk journey lebih dari sejam ada tidur tak?...ohhh doktor saya takkan tidur coz klu my husband yg drive mmg saya kena alert...dia bawak kereta laju..klu slow mengantuk katanya...why alert sbb kena pastikan tak shoot by AES, langgar lampu merah ke..lori or kereta yg tiba2 brek...TAPI klu saya yg bawak..jangan kata my husband..semua penumpang yg pernah naik kereta dgn saya akan tidur..well bukan la kata bawak slow..im follow the speed rules..rasa2 nak pecut..tengok keadaan...lps tu takde la brek emergency bagai...segala lubang langgar...mcm kata tadi..selalu alert maa...

5. Tidor malam berdengkur tak? klu super penat yes...if not orang sebelah yg lagi kuat berdengkur..hehehehehe

6. banyak lagi sebenarnya...

Kebetulan hari tu ujian ECG ada rythm yg sket slack...mana taknya...ground floor ke first floor naik tangga, lps tu jalan ke lift parking untuk naik ke tingkat 7 ke 8 lupa lak..masuk klinik...sbb dari klinik tingkat satu dok tahan kencing..bergegas ke toilet lepaskan hajat...rush balik ke klinik..baru bontot duduk atas kerusi kena panggil masuk bilik. BP pun naik 138/91...luckly bacaan gula 5.0...

Why doktor tanya...sbb katanya nak bius penuh..tapi sebab faktor ada darah tinggi lps tu tidur berdengkur..it might be masa tak sedar tu sy mungkin akan mengalami masalah pernafasan...either two..lps operate ubat bius abis terus sedar or klu tak sedar kena masuk NICU...kira kena pantau la..if ok then baru hantar ke wad.

Macam serius jer kan...doktor kata itu andaian mereka sahaja...doakan semoga segalanya dipermudahkan...

Well guys..to my reader...ampun dan maaf seandainya tulisan saya menguris hati anda..bukan niat saya..sekadar berkongsi cerita tentang diri, keluarga, rakan2 dan keadaan sekeliling...andai panjang unur kita bersiaran lagi yea...

Assalammualaikum.


Wednesday, September 30, 2020

Syurgaku - Part 2

Assalammualaikum,

Ingat 3 4 minggu lps mak admitted at HKL dlm seminggu bbaru oleh discharge. Rabu minggu lps sblm azan subuh mak mengadu susah nak bernafas lagi.

So kali ni terus ke wad kecemasan IJN. Sebelum tu nak cerita sikit..bila duduk di kawasan yang dikategorikan sebagai low-cost flat walaupun design dan layout rumah macam medium cost...masalah utama adalah parking. Disebabkan my sister fobia naik ambulance so tak call la..nak hantar pakai kereta. Tetapi ada manusia yg letak otak kat lutut..bila parking kereta block kereta orang...rules yang paling penting jangan tarik handbrake dan letak ke aras P...yea saya tau ada kereta baru sekarang yg klu letak kat P tak boleh lock kereta. Itu takde masalah...cari la parking yang tk block kereta orang..jauh pun takpe maa...

Perkara penting kedua adalah letak nota no telefon di dashboard. 

Perkara ketiga penting, jangan la dah letak no telefon orang call berpuluh kali tak angkat..alasan no tak kenal...hello....sah2 koa block kereta orang mestilah orang yang koa block tu call...ni bukan letak otak kat kaki dah tapi takde otak langsung...

Guest what, ahkak ni dari Putrajaya redah jem nak masuk KL pun boleh sampai, Rescue 911. Selamat hantar mak..

Dengar cerita sampai pkl 3 baru  baru kereta yang block tu nak alih.....yea la nak keluar tak boleh sbb tayar kereta dah kena clamp...bayar jer la denda RM100 tu..Alasan...tak perasan tarik handbrake...cik kak oiii..ni melibatkan nyawa...tetiba koa yg kena serangan jantung n ada org block kereta koa...boleh ke koa hadam orang kata maaf...allah..mengurut dada n mengucap panjang.

Ok, back to IJN...mmg sah2 kena masuk wad. Hari Khamis buat angiogram...takde la jumpa blockage...stent yang pasang 2016 masih elok lagi..tapi apasal mak susah nk bernafas. owh...kali ni malam anak sedara yg jaga...dan malam tu pulak mak susah nk bernafas...siap pakai oksigen...allah...2 hari juga mak exausted..

Jumaat pagi doktor buat keputusan untuk masukkan pacemaker. Jantung mak lemah so letak bateri untuk kejutkan dia...pembedahan akan dilakukan pada hari Selasa.

Ada kejadian juga...hari Isnin..adik bgtau yg operasi pada hari Selasa bergantung dari confirmation pihak Mardi. Yea la abah kan ker pesara kerajaan. Tapi yang pelik kerani tu cakap Mardi bukan full government..semi gitu...nak dapat kelulusan makan masa la..tak boleh online compare persekutuan...so nanti end-up postponed la operation mak sampai terima surat kelulusan...iskh berapa lama nak tunggu daa...kos katil kena bayar juga...dah la wad penuh...klu boleh cepat kena tak dipercepatkan..boleh bagi peluang orang lain yang tengah Q untuk masuk wad menerima perkhidmatan perubatan di sini...

Klu guna GL adik pun setakat ubatan dan pembedahan..bateri kena bayar cash RM12k. Owh..anggaran kos mak adalah dalam 60k. Sbb kakitangan kerajaan boleh cover suami/isteri shj serta anak bawah 21 tahun. Klu mak ayah alatan kena beli sendiri...gitu lak kaedahnya..

Itu klu orang yang ada duit boleh la..yang takde duit..tunggu mati kejung kat situ..iskh..iskh..iskh.. 

Yang tak puas hatinya..koa tahu doktor kata operation hari Selasa..kenapa hari Jumaat tak hantar surat. Kata boleh new norm, email jer kan..lps tu call la bila dah email tu.....sengal betul....birokasi apa ntah.. banyak bebenor susur galur kena ikut kut...doktor ke ketua jabatan, ke jururawat, lps tu staff nurse then ke bahagian bilik operation..balik ke wad..pegi ke bahagian bius, bahagian surgeon, balik ke admin, then ke bahagian kewangan, balik admin balik..last ke kaunter, bla..bla..bla...berpusing-pusing..

Regardless la patient setuju untuk dibedah atau tidak....hantar surat dulu..klu tak setuju hantar email bgtau tak proceed...macam masalah besar sangat...benda boleh settle...

So minta adik turun kat kaunter pentadbiran, buat surat, email dan wassap surat tu...ahkak kawasan nak pegi sana..Alhamdulillah kebetulan masa jumpa kerani bahagian perubatan..dia dah print surat dari IJN..tapi letak dlm tray atas..since IJN pun tak kata benda tu urgent so dia letak tepi dulu..settle kerja yg sebelum tu...actually ada juga dia tunjuk few email dari IJN..tapi tak spesifik..semua cerita pasal amount yg perlu dibayar jer..apa yg perlu dibuat, masa bila tak mentioned...

Sengal kali kedua...bila hang tak tulis kata pesakit dijangka menjalani pembedahan esoknya..mmg sah-sah sesiapa yg terima surat tu letak tepi dulu...cheh! See bila pergi jumpa dan explain terus dia confirmkan dengan boss dia..tu kalau boss dia ada..mana tau cuti ke, ada kursus ke...parah...

Bila boss dia kata setuju n dia  akan prepare surat lepas tu dapatkan tandatangan Pengarah.. katanya sblm pkl 4 akan email balik ke IJN siap ambil no hp kita lagi... Jangan kata sblm pkl 4..pukul 1.30 siap,  wassap lg surat tu dan notify yg dah email. Haah..tu namanya perkhidmatan yang cekap..jujur dan amanah...Owh..akak jumpa dia dlm pukul 11.15 yea.

Adik pun dapat wassap yang sama then dia tunjuk la kat jururawat kat kaunter dalam wad. Nurse tu hangguk jer la..iskh ahkak ada rasa tak puas hati disitu. So suruh adik turun bawah check kat kaunter dah terima email atau tak..masa tu dalam pukul 4 lebih kay...boleh pulak cakap tak perasan ada email masuk...eh! tadi koa yg cakap apa2 kena sebelum pkl 4...sengal kali ke tiga betulll....

Well, alhamdulillah semalam mak selamat menjalani pembedahan. Mak dihantar ke wad sebelum maghrib setelah kira2 7 jam yeop tunggu kat ruang bilik bedah...hehehehehe..

Kali ni kedua-dua anak lelaki yang jaga mak bermula bermula sehari sebelum pembedahan..sbb sebelum tu giliran kami anak perempuan...

Syukur Ya Allah...doktor kata kalau takde aral melintang if everything ok mak dah boleh discharge esok atau lusa.. lagi 6 minggu datang balik untuk follow up.

Tapi next week akan ada satu lagi minor operation...siapa pula kali ni yg dibedah..kita tunggu update seterusnya yea.

Wasalam.



Hari ni mak kena pegi buat x-ray..sian sakit lagi bila duduk..tapi nak buat camno...tahan jer la...


Friday, September 18, 2020

Syurgaku -

Assalammualaikum,

Rabu lps betul2 lps azan subuh mak call..katanya rasa macam tak boleh nak bernafas... Adoii..AG ke surau..kelam kelibut cakap call adik..mak kata takpe dah call..nanti pidaus bawak...

Tanya sakit dada ke?..if not kena makan ubat jantung bawah lidah yang abah punya...nak tolong panggil ambulance...mak  boleh gelak2..dan cakap tak sangat cuma nak bernafas mcm payah sket...Libang libu rasa oiii....kita ni dah la kat Putrajaya...

Adik call kata dia akan bawak mak ke Klinik Kesihatan dulu..mungkin ambik neb...pernah jadi mak macam semput sblm MCO dulu...simptom sama...Tak tau la samada salah sebut atau salah dengar..rasanya mcm suruh adik bawak terus pegi ke wad kecemasan IJN..sbb mak kan ke pesakit jantung..

Sekali doktor kat klinik kesihatan kata jantung mak mcm bengkak sket..lps tu kadar/rentak denyutan agak tak berapa nak best..terus suruh ambulance bawak pegi wad kecemasan HKL...mak dah gelabah sbb dia kalau boleh tak nak kena tahan wad...

Masa kat HKL ada la request dgn doktor untuk bawak mak ke IJN...takde nak dibaginya..biar dia rawat dulu dan tengok camno...lagipun doktor kata kat IJN tu ramai orang..so kes2 yg separa kritikal semua divert to HKL...tak payah la pegi makcik oiii...nanti kena datang sini balik...kata doktor la...ikutkan jer la..

Memang betul pun IJN penuh...hehehehe..kena la masuk wad sini...alhamdulillah depa hantar ke wad kanak2 (dulu la) satu cubicle 4 katil jer.....sbb wad bangunan utama pun penuh...

Mak ni tak nak kena tahan wad sebab penakut sket bila malam-malam...hehehehehe...takut nak pegi bilik air la..macam2 la...

Sekali mmg igauan mak bermula..bila kami tak boleh menemankan mak di wad...arahan terbaru...waktu melawat pun takde..new norm kaedahnya...adoiiii...

Dua malam la mak tak berteman...cuma hari Jumaat mintak adik tanya doktor lagi...alhamdulillah dapat kebenaran...still no visitor dan cuma seorang sahaja boleh jaga...Macam biasa kalau shift malam tu selalunya ahkak ler...merasa la 3 malam tak tido..duduk jer atas kerusi kejung tu...hehehehehe...


Bila ahad doktor bagitau boleh discharge..senyum leborr...
Oh..paru-paru mak berair sket..tu yg kena pakai oksigen...
So far hari ni ada kat rumah..berehat....



Saturday, September 5, 2020

Seminar 1 - Atas Talian jer

Assalammualaikum,

Salah satu syarat untuk pastikan your professional cert certify through out the coming year, kena la complete kan 10 hour CPD. Macam orang yang nak dapat sayap penerbangan..ada hours yang kena ambikkan...macam tu la kami registered valuer, registered agent or property managers.

Luckly last year ada carry forward 3 CPD..tahun ni kena penuhkan 7 CPD hours.

So hari ni..kena la attend.


Kalau attend ni dapat 2 CPD Hours. So kena cari lagi 5 CPD hours. Next week ada lagi satu seminar kat INSPEN. Pasal property management and strata titles.

Actually due to COVID ni, board dah keluarkan circular..kurangkan separuh...takpe la..boleh carry forward...mana la tau..tahun depan super bz..nak attend seminar tak berkesempatan...hehehehehe.

Sian AG...bawa diri ke KL...yea la bini ada seminar...esok i teman u ok...luv u...

Friday, September 4, 2020

Terguriskah Hati!!!!

Assalammualaikum,

Hubungan yang melibatkan

1. Mak dan anak

2. Bapak dan anak

3. Adik beradik

4. Saudara mara

5. Suami/isteri

6. Rakan2 sekolah/universiti

7. Rakan2 pejabat/BOSS

8. Dll

Kadang2, tipulah kalau kita tidak terguris dengan kata2 yang keluar dari mulut2 mereka2 diatas...

Cuma samada perkataan atau perbuatan tertentu benar2 mendatangkan garis rasa tidak selesa didalam hati kita. 

Dan kita juga perlu tahu, mereka2 diatas juga akan ada rasa garis diatas perkataan atau perbuatan kita.

WIN WIN SITUATION...take it positively.

For me simple, i'm human ada la kadang2 teringat...tapi takde la memudaratkan diri (dok fikir jer memanjang)...jalan mudah diam, jauhkan diri dan buat apa yang kita rasa sesuai...ngumpat yg positif still on...hahahahahaha...

Time to venture some other things????? Let me think on it wisely...doa dan berserah...serta berusaha...

Salam Jumaat semua...sedekah jangan lupa...


Friday, August 28, 2020

3rd branch office

Assalammualaikum,

Ada perkhabaran gembira semalam.

RV yang akan jadi partner for the new opening of our 3rd branch dah setuju. Alhamdulillah.

But still takes 7 to 8 months untuk the branch in operation due to administration things..such as pendaftaran syarikat dgn ROC, Board lagi..majlis perbandaran...gedebuk gedebuk...

Insyallah semua dipermudahan...utara sudah...selatan sudah...ni kat mana pulak...hehehehe...biarlah rahsia...

For the time being...RV tu akan ada kat HQ. Bantu buat marketing and familarize with the company SOP, format and system.

Ada la striker....


Dalam berita gembira ada berita duka...some of the people in the office dah mula raise their unsatisfaction.

Dalam mana-mana organisasi akan ada yang work hard but not being appreciate...ada yang work ala-ala kadar tapi no action taken.

Bila ur staff  so call think that they work so hard mempertikaikan kredibiliti kita tak take action to the above people..mostly i will say..

- itu apa yang kamu fikir. Sebab manusia selalu fikir dia hebat. Kalau kita hebat kita takde kat syarikat ini. We will be somewhere else. 

Means anggapan kita kalau kita usaha sehabis daya kita akan dapat handsome pay. Tapi kita lupa rezeki tu semua kan Allah yang bagi, tak ada kaitan dengan usaha..usaha adalah satu ibadah. Allah nak tengok sejauh mana kita berikhtiar. Dapat banyak atau sikit tu hak mutlak Allah.

Dia rasa nak bagi banyak, kau usaha sikit pun tetap dapat banyak. Dia rasa tak nak bagi, kau usaha sampai melepeklembik kepenatan tetap Dia takkan bagi.

Sebenarnya yang penat2 kita cari siang dan malam tu bukannya rezeki, tapi duit. Bila kita fokus mencari duit, kita hilang fokus dalam mencari rezeki. Sedangkan kalau kita jumpa rezeki, inshallah kita senang jumpa duit. Jumpa duit belum tentu kita jumpa rezeki kerana duit belum tentu jadi hak kita tapi rezeki dah pasti hak kita.

kalau berusaha, jangan banyak guna otot tapi mesti banyak sujud. Bila lebihkan otot kurang beribadah. kurang rasa bersyukur then kita mudah melihat apa yang tak ada dan lupa apa yang kita ada.

Kita semua bersaing untuk hidup. Kita ukur semua bentuk kejayaan dan kebahagian dengan nilai pendapatan, aset dan kejayaa. Kita korbankan banyak benda...

Ahh..banyak sebenarnya nak cerita..it's time to work. Tulis blog waktu kerja pun punca tak jumpa rezeki. hehehehehe...

Wasalam..

Wednesday, August 26, 2020

Sanah Helwah BB!

Assalammualaikum,

Hari ni birthdate Boss Besar (BB).

Takde acara makan2 mcm biasa..sbb BB n yayasan staff super bz maklumlah ada projek lain pulak nak masuk lps projek qurban.  

Jadi la ada kek, pulut kuning n rendang, keropok lekor n goreng pisang. Lagipun dah lps lunch hour..kebanyakkan staff awal lg dah  klr makannya..nak order makanan..BB tak habis2 meetingnya...

Happy birthday boss, semoga d panjangkan umur (boss sy adalah pesakit jantung yea), dimurahkan dan dilimpahkan rezeki, dilindungiNya, dirahmatiNya, dikelilingi oleh isteri2, anak2 dan orang2 yang tersayang, ceria2 selalu...

Inshallah jika pulih seperti sediakala, jangan lupa naikkan gaji staff...hehehehehe...Saya sokong apa yang patut....




Tuesday, August 25, 2020

Sewaan skp

Assalammualaikum,

Ada proposal dari boss besar. (BB)

To accommodate real estate team. Since mereka ramai lebih kurang 30 orang atau lebih dari tu kut..tambah2 pula dengar2 ada 2 orang striker masuk...hopefully meletop-letop la sales.

So meeting room sedia ada tak dapat menampung this team. As an alternatif BB nk pecahkan dinding in between meeting room dan bilik dot dot..lepas tu ambil sedikit space dari bilik boss dot dot.  

Oh myyy...apa la susah2. Why not the dot dot room alone convert jadi EA lounge. Tak payah hack bagai.....accommodate jer dengan another meeting table yang boleh muat 14 to 16 pax....dengan screen untuk projektor dan glass writing panel. Abis cerita. They can discuss, done their work...Jangan lupa coffee machine kena provide.

Lagipun buat apa la dot dot tu bilik besar2 kalau dah dekat 2 tahun satu business pun kamu tak bawak masuk. Fat salary tapi...hmmmm....so kita bagi dia bilik kecik sikit and dekat dengan BB...senang BB nak pantau...hehehehehehe...

I'm serious on this matter...dalam business every psf money maaa....tambah2 bila kita menyewa..

Simple matematic..fat salary, big room then big money came in maaa....

Bagus juga bila relocate to smaller room. Nampak la effort p buat marketing. 

Still im waiting to be turn as revenue.


Sunday, August 23, 2020

Empangan

Assalammualaikum,

Last  week ada terima enquiry untuk menilai small hydro...hmmm..tak pernah buat ni....ada site yang baru siap dan ada site yang masih lagi greenfield...

Kena discuss basis of valuation dulu dengan client. Mesti kena value sekali dgn PMA. 

Sekali additional untuk business valuation juga...value the company...

Kalau client proceed buat...rejeki..

Doa-doakan ajer...aminnnn...


Ada perkhabaran dari rakan-rakan sekuliah yang menceburi bidang business. Depa kata nak invent dalam bio-mass production. Cost will be little bit low but the revenue boleh cover 70% of the cost...something new to explore...


Friday, August 21, 2020

How i wish

Assalammualaikum,

Kat IG berderet-deret masuk cerita pasal posting seorang pakar motivasi.

Banyak komen pro and cons... 

Pada saya terserah pada perception dan interpretation masing2. Nak sentap aka meroyan aka menyampah ke, nak jadikan sebagai pembakar semangat ke, nak agreed dengan statement tu..up to you..tepuk dada tanya hati....siapa tak nak kaya...berkepuk2 duit..duduk goyang kaki..tapi duit masyuk hari-hari..

Well, we are human not robot (owhh..kenapa la ayat skema ni selalu dipakai waima dalam meeting dalaman, ia meluncur keluar dengan jayanya...myyyy...)

Apa yang nak dikatakan disini..cabaran yang terdekat 3 ke 6 bulan or might be up to 12 months lps 31.8.2020 ni, baru kita akan nampak jelas kehidupan kita semua . Alang2 tak sampai lagi PKPP ni pun ramai yang kehilangan pekerjaan dan mata pencarian. Business tutup dan ada yang nyawa-nyawa kita. Kira month to month punya survival lah sekarang ni...

So apa persediaan kita?????

1. Tuanpunya business dok memikir unutk bulan depan ada ke gaji nak bayar kat pekerja. Kalau ada simpanan pun setakat mana boleh cover...might be dalam dua tiga bulan jer...or kalau nak extend sampai 4 ke 6 bulan terpaksa berlaku pemotongan gaji pekerja..siapa gaji banyak, banyak la percentage pemotongannya...yang gaji kecil kecil la percentagenya...iya la..kalau dulu sehari makan 3 4 kali..kali ni makan 2 kali atau sekali sahaja sehari. Kena amalkan sikap berjimat cermat. 

Geng-geng marketing la teruk kena push hari2. Why no business in, why this..why that...We always komplen banyak kerja tapi takde proof ma..simple matematik..banyak kerja  means banyak income masuk...ni income asyik ciput or telur jerr....camno...kadang2 dok fikir juga is this what we want! What is your business platform, target..why we different from others...speed delivery...selalu kelaut ni...

Tu yang majikan kena la cari alternatif business, at least boleh cover half of the cost.  Fully utilised staff sedia ada...


2. Pekerja pula bila gaji kena potong..semua down. Simple..kalau rasa tak boleh nak proceed dengan tempat kerja sekarang..boleh la start cari kerja lain yang boleh menawarkan gaji lumayan tinggi. Cuma kena la buat survey company baru tu...cashflow camno, financial strong atau tak..jangan jadi 'last in first out' sudah...

Kalau dekat company sedia ada, majikan jenis tak berkira...kau nak keluar awal or masuk lewat sbb nak ambik bini la, ambik anak la, hantar mak pak la, nak pegi pejabat management ofis rumah la etc. Lepas tu suka2 nak cuti sedangkan tau kerja banyak tak siap then take your lenghty time untuk siapkan kerja...sampai berbuih2 supervisor koa tanya bila nak email, kes ni dah inspect ke belum,  cari la evidence lain, dah buat plan dsbnya. Kalau bawak perangai mcm atas kat tempat baru sah2 dah kena buang. 

Kalau kita diseconded ke anak syarikat lain then kena buat kerja selain dari pekerjaan asal..jangan la meroyan..ia la dok pertikai kalau ikut JD takde kerjanya...hello we talking about survivor now...for the sake of the company buat ajer la kerja yang disuruh...bukan free pun...still paid full salary kan?. Bukan suruh jadi amah ke.....suruh jadi tele-marketier jer...ala tu pun untuk sebulan setengah...banyak benor komplennya...Nama pun dipinjamkan sementara...

Kadang-kadang majikan pun satu hal..sediakan la outline and sistem bagai..ni kena buat 3 4 kali kerja which sebenarnya sekali dah cukup. Well...bila kita buat sesuatu yang bukan major..memang ler hairwire...ala tegal dari biasa...lama-lama pandai la...learn from mistake bak kata omputih.

Cuma apa yang nak cakap kat sini..contoh kalau ada simpanan 50 ke 100k pun tapi expenses bulanan cecah 5k ke 10k..boleh tahan sampai bila...tak sampai setahun pun. Lain la dalam akaun ada 1 juta..

ishh..nampak bebenor nipu kalau kata komitmen dua ke tiga ratus jer sebulan..tambang bas dah berapa, tambang lrt/mrt lagi..makan (kena gak beli bahan mentah)..tak kan nak pulun maggi jer hari2..Mana yang berkenderaan sendiri..minyak dan tol kena isi...bil air, elektrik, internet...belum masuk nak beli supplement..(should stop ni)...sakit pening lagi...yang ada keluarga..pampers anak..pampers bini..

Apa-apa pun kita harus kuat...hadapi jer la arus ni..yang paling penting..pada yang Rabb kita berserah... 


Thursday, August 13, 2020

Pulut dakap dan biopsy

Assalammualaikum,

Minggu lepas kecoh kat media sosial cik kak-cik kak meng-update tentang harga emas. Berbondong-bondong orang ke kedai emas untuk membeli emas sbb dikhabarkan harga emas akan melonjak naik lagi. Di tambah dengan faktor duit kereta n rumah tak perlu bayar lagi ni..daripada duit tu perabih beli benda lain..baik beli emas..eh! saving tetap saving kan....

Saya mmg bukan peminat barang kemas, tapi nak tak nak kena ada semayang/seurat dua rantai atau gelang tangan. Saya tak suka memakai sesuatu di tangan, termasuk jari sebab macam menganggu kalau nak buat kerja especially menaip kat keyboard atau membasuh pinggan mangkuk dsbnya. Sedangkan jam tangan pun tak pakai...tengok waktu/masa kat hp atau jam dinding jer..

Mungkin juga sebab dulu2 bila pakai barang kemas kulit akan gatal2 atau melecet. Atau mungkin juga sebab masa tu tak biasa..atau mungkin juga masa tu tak mampu untuk membeli barang kemas. Alhamdulillah mak beli rantai leher untuk kami dua beradik semasa kami sekolah menengah lagi menggunakan hasil gaji kerja kilang. Sampai la 4 tahun lepas bila ada rezeki duit lebih mak suruh tukar kepada yang lebih besar sket. Lama gila tu.. dekat 28 tahun kat leher....

Kebetulan juga masa tu saya topup separuh duit gelang mak juga sponsor gelang anak sedara. Untuk adik perempuan tak ingat..sponsor juga kut...untuk reward diri sendiri selain dari bertukar design rantai leher ada la juga beli rantai tangan.  Ala..sponsor yang haluih haluih jer...jadi la...anak, kakak dan mak sedara mithali katakan...Pilihan kedai emas adalah di dalam Pasar Keramat. 

Orang selalu cakap beli la yang besar....berbaloi...haish..lagi besar lagi berat..lagi la banyak RM nya dan lagi la mengundang pandangan mata orang atau si penjenayah...hehehehehe..tak siorr teman..beli jer la sekadarnya.

Orang juga cakap emas ni bank bergerak. Kenapa bank bergerak sbb bila sengkek, perit atau tersepit boleh gadai. Dapat cash money on the spot maaa...klu gadai harta lambat...itu pun kalau ada harta...kadang-kadang bukan tiap-tiap hari cerah..kadang-kadang ada juga hari gelap.

Bila duit dah cukup tebus la balik cepat2..jangan bior lama2 dalam pajak gadai tu. Kalau bosan dengan design tu pegi kedai emas tukar barang lama ..dengan design yg lagi terkini...simple...asalkan bahagia.

Sebenarnya saya nak cerita pasal guided biopsy yang buat senin hari tu. Owh..saya check-in kat Sunway Putra Mall on Sunday. Malas nak berebut2 trafik dgn orang ramai yang berpusu2 masuk KL pagi senin. 

Ingat buat biopsy ni camno la...actually simple jer..pegi kat jabatan berkaitan..daftar..tunggu kejap..then doktor keluar bagi penerangan once kita setuju nak proceed tunggu kejap then mereka akan panggil semula masuk dalam bilik. 

Tukar baju..baring atas katil...doc datang buat ultra sound dulu. Remember, doc kat MKN kata ada dua abnormal kedua belah breast. Tapi doktor india yang comel lote tu cakap buat sebelah jer la dulu, yang bahagian kiri. Sebab yg belah kanan tu mcm ada pasir kat salur susu. Hmmm...musykil juga ni...siapa pulak yang disusukan..bukan pernah beranak pun...oppssss...hehehehe (yang faham faham..tak faham sudah).

Doktor kata dia akan bius kat bahagian berkenaan..akan rasa sakit sikit katanya maklumlah masukan jarum. Hmmm...buat la apa pun doktor oiii...i redho jer...sbb mata asyik tengok screen ultrasound. Katanya lagi bila dia masukkan jarum dan kalau ada bunyi macam 'ketak' jangan terkejut atau bergerak2. Then camno la bunyi 'ketak' tu. Dia pun demonstrate la...ooooo macam tekan pen gitu...ok..ok..faham doc. Bila dia cakap 1, 2 3 sedia then bunyi ketak...adusss..rasa macam sakit sket. Lepas tu dia uli-uli kat breast...then doc akan cakap...ok standby 1, 2 3..then 'ketak'...pun proses sama..diuli-ulinya mcm tepung...but in a gentle way la...uli-uli manja gitu...Tanya la berapa kali nak bunyi ketak ni doc...nurse jawab dalam 6 kali...haaaaa....last-last doktor cakap 5 kali jer...

Well..proses dalam 15 min jer...lepas selesai doctor tunjuk la tabung spesimen mcm isi air kencing tu..hmmm..nampak liquid dan tompok2 putih n merah...tanya la doktor..ini ke yang u ambik..doktor cakap..yes...omg doc..banyak nya cecair. dari breast i doc.....doktor, staff nurse n nurse semua gelakkan i...mem...yours not the liquid...yg tompok2 putih tu kita ambik dari breast u...cheh! bikin seram jer...

Lps tu staff nurse tampal luka dgn plastered kecik cenonet..kat luar plastered besar sket..tanya la knp ada besar ada kecil..doktor jawab lagi..kadang2 ada pendarahan..sekiranya kapas tu merah dgn darah..jangan pegi klinik terus ke wad kecemasan hospital. Then orang kat situ tahu apa nak buat. Tempat tampalan tak boleh kena air. Yang tampal besar sebesar duit 50 sen boleh bukak lps 24 jam. manakala tampal kecik jarum hiasan yg cucuk mcm kat tudung tu buka lps 3 hari. Dalam masa 3 hari ni tak boleh buat kerja rumah, memasak atau angkat barang berat. Tapi driving atau menaip kat laptop boleh..tak nak bagi bentan kut. Okay lah doctor i follow...

Tukar baju, tunggu kat luar then mereka akan bagi kita date appointment untuk jumpa doktor pakar. Next appointment adalah pada 29/9. Masa jumpa doktor situ nanti dia akan bagitau result..kalau ok kira case close. Kalau tak ok mungkin ada follow up..

My sister tahun lps pun buat procedure yang sama. Dia kata result ok. Tapi tahun depan kena buat mamogram..nak tengok kalau ada any progress.

Owh...jeng..jeng..sebagai merawat hati yang gundah gulana tadi.....balik dari hospital singgah kedai emas jap...tukar gelang kecik2 yang dah putus tu..dapat la gelang sauh sebesar jari kelingking...owh..saya tak berkenan dengan pulut dakap, koko, lipan bara bagai...lps dapat apa yang dihajati AG kata baru la muka ada senyum...dan dan rasa lapar...

Apa2 pun alhamdulillah....nampak luar mmg macho tapi kecut tu still ada...hehehehehe..ok uolls waiting for the result kay..doakan saya sihat..

Hari ni baru rasa sengal2 sikit belah kiri ni...  

Monday, August 10, 2020

Staycation 2 - Johor Bharu - Iskandar

Assalammualaikum,

Lately, kalau pegi mana-mana bandar besar memang prefer stay kat homestay instead of hotel. Homestay ni specifically kat highrise building samada servis apartment atau condominium. Most probably new or yang up scale ler.

In point of view nak tengok 

1. Building design, layout, unit offered, nos. of unit per floor, built up area, nos. of block, total units and view

2. Speed, nos and size of the lift, security, facilities provided, provision of  car park and ramp or turnover for disable.

3. Price, noise (why this item look important. Kita tak nak la dengar jiran bukak katup pintu bilik, pintu depan, berborak kat balcony, dengar tarik kerusi, hentak2 kaki. Eh! bayar mahal kut untuk setiap unit, takkan developer guna cheapskate building material...kata guna brickwall..banyak jenis wooo...sama juga sandbrick...yang paling low class guna...end up workmanship ke laut. 

4. Klu building tu kebanyakkan yang beli untuk investment off course tak duduk kan..end up sewakan. Samaada long run tenant macam saya, or short term rent mcm saya juga. Klu kawasan tu banyak foreigner (eh! jgn tak tau abg2 bangla, indon dah start duduk kat servis apartment or condo tau...). tu belum lg mat black or mainland (even some of my chinese friend tak suka depa ni..bila tanya knp..depa kata lagi kurang ajaq..)

5. Location, accessibility and traffic. Nearby tak dengan commercial activities yg lain. Klu nak beli keropok super ring sampai kena drive for half an hour..potong markah ler...

6.  Since C19 ni, price per night agak murah la. For one bedroom/studio type dalam RM134 boleh dapat 3D2N...murah gila...ker sbb takde orang nak stay tempat macam ni...hmmmm...camno nak dapat GRR yg tip top...

We stay kat Grand Medini Iskandar. Tengok jer la kat bawah ni yea...photo in random yea..malas nak susun. 

Yang interior show unit rasanya...lupa dah mana satu..maklumlah banyak sangat gambar...