Friday, May 29, 2009

Tamparan R & C

En3 ni lebih berkisar kepada peristiwa yang berlaku hujung minggu lepas. Since last month dan membawa ke bulan berikutnya we all ada PCVS intergame antara firma2 penilaian hartanah di sekitar Kuala Lumpur termasuk JPPH.
Salah satu game yang company aku participate ialah volleyball. Karaoke dulu we all dapat tempat pertama kategori lelaki manakala tempat ke-3 untuk wanita dan tempat ke-2 utk duet.
Berbalik kepada volleyball game ni, cuma 7 firma out of 10 yang turn that day. So the organiser decide dgn empire main ikut point until 31. Maksudnya semua firma akan bertemu antara satu sama lain. Then kira berapa banyak point dapat. Ari tu we all menang 2 game kalah 5 game. Game yg kalah semua point cecah 20 keatas.
Hari tu mana ada salah seorang player status jawatan director of the company yang participate. Tapi boss we all main gak hampir kesemua game. Cuma masa lawan JLW jer dia dah pancit. Harharharhar.









Lepas abis game boss belanja makan tengahari. Letih wooo...maklumlah bukan selalu main. Berbirat la tangan menahan spike dari Mr. Spiderman, Mr. Spike, Mr. No. 5 and Mr. No. 7.
Sebab rules dia 5 lelaki dan seorang perempuan dalam setiap pasukan.

Tuesday, May 26, 2009

Table Tennis Grand Opening

En3 kali ini adalah berkisar kepada penantian kelab sukan aka sports club opis aku selama 2 tahun untuk mendapatkan satu table tennis bagi memudahkan warga2 kerja opis we all beriadah setelah habis waktu bekerja sementara tunggu nak balik rumah.
Maklumlah kitaorang ni kadang2 balik lambat kerana menyiapkan dateline, so bila tension2 tu kena la ada aktiviti utk mereleasekan tension.
Dengan rasminya pada hari ini, 26hb Mei 2009 telah termaktub pembukaan tabletennis di ruang lobi lif opis kitaorang. Nak buat camno, opis kat bangunan komersial...kalau opis lama dulu rumah bangalow- so ruang besar sket.



Masing2 tengah test power tabletennis baru.
Macam2 skil nak tunjuk kunun.

Saturday, May 23, 2009

Catatan seorang penilai

Jumaat - 22hb Mei 2009

Entri kali ni tak ade yg menarik pun cuma nak berkongsi pengalaman yang aku lalui sepanjang hari bermula dari 11.00 pagi sampai la 4.45 petang.
Aku sebenarnya jarang ditugaskan membuat penilaian hartanah bagi maksud 'foreclosure" aka "auction" aka "lelong". Tetapi memandangkan 2 rakan setugas telah di kidnap sementara masuk ke department lain manakala seorang lagi telah diterbangkan ke negeri di bawah bayu selama seminggu maka yg tinggal ni la kena habiskan task yang diberikan oleh boss.
Aku sebenarnya tak de mood nak pegi site sbb kesakitan perut yg ala-ala memulas mungkin akibat dari maggi goreng mamak malam semalam semasa sessi ngeteh di Raja Laut Curry House. So aku pun mengoffer si Shahril (trainee UM), kalau2 dia nak ikut aku p site. Dia kata ok-no problem.
Property 1
Lokasi - Bandar Kinrara , Jalan BK ?/?
Antara perbualan kami dengan tuan rumah (TR).
Aku : Assalammualaikum encik?
TR : Waalaikum salam. ye...nak apa?
Aku : Kami dari syarikat penilaian blablabla ditugaskan oleh pihak bank untuk membuat penilaian bagi setiap property yang dicagarkan kepada pihak bank utk review harga pasaran terkini.
TR :Eh! saya tak terima apa2 surat pun.
Aku : Proses ni tak perlu surat encik, bank berhak utk review harga pasaran property setiap pelanggan yang buat loan dengan mereka sambil aku tunjukkan file dan surat dari pihak bank. Pihak bank boleh arahkan syarikat penilaian terpilih untuk membuat kerja penilaian.
TR : Alasan awak tak logik la...maklumlah sekarang kan ramai PENIPU...surat2 ni bole buat punya..lagipun bank kan ker banyak tipu orang.
(masa ni matahari terpacak kat atas kepala - panas terik)
TR : Kenapa nak buat penilaian? bank buat apa nak tau harga rumah saya
Aku : Bukan macam tu cik, rumah ni 10 tahun lepas dibeli dengan harga 25k, sekarang harga kan ker dah naik oleh itu bank berhak nak tau latest market value untuk rumah ni...
TR : Tak logik la...bala..bla..tut..bla...bla..bla...
Aku : (dalam hati) - iskh mamat ni....
Aku: Saya cuma jalankan tugas encik. Mcm ni la biar saya terus terang. Rumah ini dalam proses utk diambil tindakan bagi maksud lelong atas default payment oleh pihak peminjam kepada pihak bank. Itu sebab kami diarahkan utk menilai hartanah ini.
TR : Berapa tunggakan hutang tu?
Aku : Mana la saya tau...peminjam tentu tahu sendiri kan..sendiri berhutang sendiri la mau ingat (aku cakap dalam hati arrr...).
Aku : Encik boleh ke pihak bank untuk penerangan lanjut, kami cuma menilai sahaja. Berapa jumlah tunggakan bukan dibidang kuasa kami...kami nak mintak kebenaran untuk masuk ke dalam rumah..
TR : Oh! saya tak benarkan...saya BERHAK utk tidak benarkan sesiapa masuk ke dalam rumah ini.
Aku : Tak pa la encik..kami tak kisah..report terpaksa juga kami keluarkan walaupun encik tak benarkan kami masuk. Cuma harga pasaran rumah ini mungkin kurang sebab dari luaran kami lihat rumah ini telah diubahsuai (renovated and extended), memandangkan kami tidak dapat melihat apa yang telah diubahsuai, maka penilaian adalah berdasarkan kepada standard house. Terima kasih atas kerjasama encik. Wasalam...
Nota : Ada juga borrower yg berlagak nak mampus bila kita orang call utk set appointment review property depa. Antara ayat2 depa :
" i'm working, cannot take leave.. lots of work to do"
"bank already approved my loan maa....why need valuation?..."
"come on sunday morning after 10, wait i came back from market"
"come after 8..that time saya sudah sampai rumah maa...."
dan 1001 macam alasan....
Antara jawapan we all
'we also working..not much time needed..about 1/2 to 1 hour to inspect ur property" lunch time also can..."
"bank won't release the loan/money unless they received our valuation report"
"we work monday to friday..if u ask us came on saturday or sunday..u have to pay extra RM100" - kalau client tak berlagak we don't mind to come on saturday or sunday maa....kalau tak de urusan lain le..kitaorang pun nak rehat gak...
"kalau datang lepas pukul 8, nak tangkap gambar gelap la...bengap betul..tak kan nak datang balik untuk semata2 ambil gambar property dia saje-cheh!
Property 2
Lokasi : Vista Lavender Apartment, Persiaran Kinrara, Sect 3, Taman Kinrara
Peminjam ni tak pernah duduk since 5 tahun lepas. Outstanding maintenance charge pun dah cecah RM6k lebih. Ni boleh masuk sebab pintu tak berkunci, so bole le buat catitan finishes dan condition rumah.
Lepas inspect property 2 aku terus bergegas mencari masjid. Bukan aku yang nak sembahyang jumaat tapi si Shahril...laa...kan ker aku bawak dia sekali...Aku nampak ada mamat sorang ni bawak motor tak pakai topi keledar tapi pakai kopiah aje...so aku pun follow le dia. Tak nampak pun masjid tepi jalan macam jauh dah jalan...oooooo...rupa-rupanya dalam taman Tenaga. Sementara si Shahril dengar khutbah jumaat, aku pulak berkhutbah dalam kereta berdekatan dengan masjid. Sapa2 yg datang di akhir2 khutbah dok pakat senyum2 kat aku, apa hal tah!!!!
Property 3
Lokasi : Apartment Saraka, Pusat Bandar Puchong

Borrower ni tunggakan maintenance fee sampai RM16k. Pheh!, banyak tu...tak pernah duduk gak. Kali ni tak dapat masuk sebab pintu rumah locked.

Masa ni jam dah 3 lebih..perut berkeroncong...satu benda tak masuk lagi dari pukul 11 tadi. Tak tau nak makan kat mana, minum pun tak..aku kesian kat shahril...lapar gila dia..kalau aku sorang-sorang, aku siapkan semua kerja dulu baru aku makan....

Property 4

Lokasi : Taman Perindustrian Puchong Utama

AKU DAH TAK LARAT.

Sunday, May 17, 2009

Sessi Rendam Kaki

Venue : Kolam Air Panas Selayang
Lokasi : Berdekatan dengan Pejabat Tanah Daerah Gombak. Kira-kira 13km dari Bandaraya Kuala Lumpur.

Kitaorang ke sini sebab minggu lepas tak jadi datang. Tujuan utama mak nak rendam kaki dan tangan dalam air panas untuk hilangkan lenguh-lenguh. Dah lama sebenarnya tak datang, aku dengar cerita dah up-grade banyak. Hmmm...macam sama jer, cuma ada kemudahan tandas, gerai-gerai makan serta tempat letak kereta. Cuma kalau dulu kawasan bersebelahan merupakan hutan tapi sekarang ni banyak pembangunan. Bukit2 tu habis ditarah untuk projek perumahan. Tak tau la air panas ni boleh bertahan atau tidak.....


Nampak tak bahagian belakang yang telah diratakan.


Kolam ke-3 yg paling panas airnya

Kolam ke-4 ni tak up-grade pun..

Kolam pertama yg keruh airnya.
Banyak belerang


Kolam Ke-2 panas dan paling besar.

Nampak tak rumah yg kat belakang tu.
Dulu mana ada....

Budak 2 orang ni ambik sample bacaan kepanasan air
serta belerang untuk kajian

Nak masuk sini kena bayar parking
Kereta RM2, motosikal RM0.50
Lebih kurang setengah jam kat sini kita orang pun membelahkan diri.
Panas terik mentari lagi dan panas air lagi....

Sekapur sirih seulas pinang



Dalam pada orang ramai sibuk melihat siaran secara langsung akedemi fantasia musim ke-7, aku dan rakan sepejabat yg lain, memenuhi undangan walimatul urus salah seorang ex-staff ditempat aku bekerja dan kebetulan merupakan trainee Uitm yg aku supervise selama 6 bulan masa dia buat praktikal 6 tahun dulu.
Untuk kontrol anggun, apa barang aku bawak kamera kan. So, macam mana rupa pengantin cuma terpahat dalam kotak ingatan aku. Walaubagaimanapun, utk ijat, akak doakan koa kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Aminnnnnn.................







Sunday, May 10, 2009

Dubbing - Magica


Sekitar 4.41 petang aku terima sms dari my beloved sister whether aku free tak tika dan saat itu. Dia kena temankan anaknya menjalani prosess dubbing di KRU studio. This is a good opportunity, teringin gak nak tengok proses dubbing dijalankan.
Wikipedia mendefinisikan, " in filmaking, dubbing or looping is a process of recording or replacing voices for a motion pictures". Maksudnya kalau mana2 kekurangan dari segi kualiti suara atau elemen2 lain yang perlu dimasukkan selain dari muzik, bagi memantapkan sesebuah filem, dubbing adalah salah satu proses penting sebelum sesebuah filem itu ditayangkan kepada umum. Just imagine, kalau proses dubbing tak di buat dengan teliti, dapat la kita tengok filem bila mimik muka dan gerak mulut orang yang bercakap keluar dulu, tapi suara keluar kemudian. Tak ke haru...or suara yang tenggelam timbul sebab gangguan dari keadaan sekeliling (bising) semasa penggambaran. Itu kalau melibatkan filem bilamana manusia sebagai pelakonnya.
Bagaimana pula untuk filem animasi macam ipin dan upin, walt disney picture atau produksi lain. Watak animasi manusia ok la kita boleh agak pergerakkannya, bagaimana pula watak animasi binatang. Kita tengok ajer la 'the making of' :- ice age, shrek, chicken little, rat-at-toe-ee, madagascar dan banyak lagi...
Berbalik kepada proses tadi, kalau watak yang dimainkan merupakan watak utama sesebuah filem, berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan setiap reel. Aku difahamkan kadang2 sampai berejam-rejam walaupun duration watak itu hanya untuk 15 minit of less. Nak dapatkan mood lagi. isk..susah jugak ek....
Kesempatan yang ada itu menyebabkan aku dapat melihat sedikit sebanyak jalan cerita filem tersebut. Oopppsss...no camera please, filem tak abis sunting lagi...
Nantikan kemunculan filem MAGICA di pawagam berhampiran..aku rasa filem ni boleh box-office plus lagu dari filem yang bakal hits....lagu yang last sekali tu aku touching sangat. Why? all the watak mengingatkan kita kepada kisah dongeng masa kita kecik2 dulu such as Nenek Kebayan, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih Bawang Merah, Badang dan banyak lagi. Yang paling aku tak tahan bila M.Nasir pakai rambut palsu putih mayang mengurai, rebonding lagi untuk watak penjaga tasik CINI....Korang tengok le nanti....BEST!!!!!
Well done KRU...

Halalan Toiyiban - MIHAS 2009

Sempena Hari Ibu yg jatuh pada hari ini, aku membawa 2 orang wanita yg bergelar ibu iaitu mak aku dan adik aku ke MIHAS 2009 yang diadakan di padang letak kereta MATRADE off Jalan Duta yg juga merupakan hari terakhir pameran.
Perancangan asal adalah ke kolam air panas di Selayang tetapi memandangkan cuaca panas, aku tak rasa kami boleh bertahan di situ. Tu yg aku melencongkan kereta ke MIHAS ni. Secara kebetulan adik aku nak juga membuat research berkenaan produk yg betul2 HALAL terutama melibatkan penggunakan bahan2 masakan dan membuat kuih. Maklumlah dia mula berjinak2 dalam mencuba membuat kek, pizza dan frozen food. Lagipun, abah dulu merupakan kakitangan di Bahagian Teknologi Makanan MARDI. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan.
Aku tak tau sambutan sebelum ini, tetapi bila kami selesai meneroka keempat-empat hall yg disediakan bermula dari pukul 11 pagi sampai 2 petang, tengok dari kehadiran kereta yang melimpah ruah di kedua2 belah jalan-masuk sampai simpang pejabat kerajaan, kira ramai la gak orang.
Bangga jugak la melibat produk-produk keluaran syarikat tempatan setanding dengan produk buatan bangsa asing atau luar negara dari segi packaging, mutu bahan, rasa yang sedap dan yang penting MURAH. Sepanjang pemerhatian ada antara produk2 ini sudah mula dipasarkan dipasaraya MYDIN, GERGASI, TESCO dan CARREFOUR. Walaupun hakikatnya produk2 ini ditempatkan di rak2 yang kurang menarik perhatian TETAPI melalui penyertaan pameran2 seperti ini dapat membuka lebih peluang kepada pengusaha serta membuka mata kepada orang ramai. PROMO gilaz tuh.....

Macam biasa bila hari terakhir banyak la barang yang diturunkan HARGA.
Ini la hasil yang kami bawak balik

Burger ikan dan jejari ikan keluaran anak syarikat
Lembaga Perikanan Malaysia

Produk2 makanan segera seperti murtabak, roti boom, popia etc
Tak lupa produk susu yang bebas dari MELAMIN
Barangan mandian - SECRET GARDEN ada tanda HALAL tuh!!!
Juga air cincau yg bebas dari bahan pengawet dan
rumpai laut utk AWET MUDA!!!!
Bukti kemasukan.

Tuesday, May 5, 2009

Mak..mama..mummy..mum..ibu...ma...bonda

Orang kata aku lahir dari perut Mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....Mak
Bila lapar, yang suapkan aku....Mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....Mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .....Mak
Bila nak bermanja, aku dekati....Mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....Mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya......Mak
Bila nakal, yang memarahi aku....Mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma..........Mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....Mak
Bila takut, yang tenangkan aku....,Mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....Mak


Aku selalu teringatkan ....Mak
Bila sedih, aku mesti talipon....Mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu........Mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..Mak
Bila takut, aku selalu panggil... "Mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....Mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.......Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu...........Mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... Mak


Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....Mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & laukpauk.....Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....Mak
Yang selalu berleter kat aku...Mak
Yang selalu puji aku....Mak
Yang selalu nasihat aku....Mak

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.......Mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak


Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada.......... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MENYAYANGI ANDA.
HARGAILAH DIA SEKIRANYA DIA MASIH HIDUP LAGI...MANA YANG DAH TAK ADA SEDEKAHKANLAH AL-FATIHAH.


"SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA WANITA YANG BERGELAR IBU"

Friday, May 1, 2009

Dragonball

Dragonball - Mutiara Naga. Komik yg menjadi kegemaranku satu waktu dulu, kini dan selamanya. Dulu aku ada koleksi buku komik dragonball dari episode satu sampai la beratus episode. Tapi semuanya entah ke mana bila berlaku proses perpindahan rumah dari rumah lama hinggalah rumah sekarang. Sayang..........
Sebenarnya, aku dan adik-beradik lelaki yg lain memang minat gila kat kartun ni since abang sulung aku balik dari Jepun. Macam2 karektur kartun yg dia bawak balik. Bila aku dah mula bekerja tugas membeli komik tergalas dibahukan. Adik-beradik lelaki yg lain tau membaca aje..hmmmmmmm....
Dragonball adalah cerita berkisar tentang 7 biji mutiara naga. Kalau mutiara naga ini digabungkan dan naga tersebut keluar, segala permintaan akan dipenuhi. Kira kalau nak kuasai alam semesta ni bole lak. (iskh...nama pun katun jepun, agama pun tau la kan...so sebagai umat islam kena la kita buat judgement sendiri dan memberitahu adik2 yg tgk katun ni siapa pencipta alam semesta ini dan makhluk2).
Ok. sambung balik. Selepas permintaan tersebut dipenuhi, ke-tujuh2 mutiara itu akan berpecah keserata alam. So....adventure bermula dalam pencarian ke-tujuh-tujuh biji mutiara ini. Watak2 seperti Goku, Gohan, Bulma, Karin dan banyak lagi ditonjolkan. Bermula dari Goku semasa kecil bila dia tercampak ke bumi akibat pergaduhan antara puak Saiya menyebabkan planet Saiya musnah. Puak Saiya ni bila bulan mengambang akan bertukar menjadi gorilla ganas serta memiliki kuasa luarbiasa menjadi super saiya. Tu yang warna rambut boleh tukar jadi kuning dan biru. Kira biru tu tahap gaban la kuasanya. Cabaran2 yang dihadapi dalam mempertahankan bumi dari diceroboh makhluk asing...etc..




Ada satu part tu ekor kaum Saiya ni boleh dicabut untuk elak jadi gorilla ganas

Gabungan kuasa super saiya

Rambut dan aura sekeliling bertukar jadi kuning



Sekarang depa buat filem tentang dragonball ni
Aku tak tengok le lagi.
Baca komen, macam tak best je sinematografi dia.
Nanti la aku cari DVD dia.