Monday, November 23, 2020

Karier atau comfort zone

 Assalammualaikum,

Kadang-kadang tertanya-tanya di dalam hati ini. 

Apa yang dicari ketika melayari alam pekerjaan. 1. Hala tuju  2. Handsome pay  3. Experience  4. Relationship dengan principal dan co-worker  5. Office dekat    6. Job Description sama seperti course yang ambil kat uni dulu  7. Networking  8. Kerja sampai nafas yang terakhir   9. Retired at young age 10. Sepanjang masa explore  11. Dll

Who we want to be. 1. At top notch dalam sesuatu organisasi  but status still sebagai pekerja (means kita dapat gaji tiap2 bulan samada bayaran gaji tu setimpal dengan otak dan tenaga yang dikeluarkan or semua tanggungjawab di atas batu jemala kita)  2. Sebagai rakan kongsi yang tak sumbang kewangan tapi guna nama jer (still guna otak dan tenaga untuk memajukan syarikat or kalau apa2 jadi kat syarikat koa kena jawab..benefit ntah la..itu kalau dapat kalau tak dapat redho jer...sama juga semua atas batu jemala kita)  3. Orang yang betul2 tuanpunya syarikat (yang ni keluar semua sweat and blood untuk majukan syarikat) ATAU 4. dulu kini dan selamanya la macam tu...

Ada la terbaca dalam status one of the top people kat medium upscale mcm capaianpakdin...

1. Bila kita masuk sesuatu organisasi kita kena letak satu matlamat serta tempoh masa. Contoh 5 tahun. Masa tu kita dah close few deals at least millions. Track record memang cantik. Pakej datang sekali dengan new innovation etc. 6 bulan sebelum tempoh masa nak habis kita kena review pencapaian sebelum tu. Kalau dah lebih dari target pencapaian kena start cari kerja lain.  .Why...sebab selepas 5 tahun kita dah ada dalam comfort zone dan akan malas untuk keluar bersaing...kira kita tetap akan macam tu jer macam tepu la...or ada orang yang memang lambat nak start gear...

Sekiranya dalam tempoh 3 tahun no single achivement kita capai..it's time untuk angkat kaki juga. Jangan tipu diri sendiri dan jangan tipu syarikat yang kita kerja. Banyak faktor...mungkin kita yang malas or environment syarikat tu yang menyekat kebolehupayaan kita.

2. Seorang lagi cakap...sama juga..untuk lompat ke position yang tinggi serta handsome pay...lepas 2 ke 3 tahun cari kerja lain yang sama bidang but different position.

3. Seorang lagi kata kalau kita dibayar rendah berbanding skop kerja yang dinyatakan didalam surat lantikan samada kita nak bertahan dengan harapan akan ada sinar dihujung lorong atau dengan harapan tidak mengapa buat all the multi-tasking jobs might be one fine day kita akan guna semua experience tu sekiranya kita ambil keputusan untuk mempunyai syarikat sendiri. See ILMU tu penting.

4. Atau cuba sesuatu yang bukan kebiasaan kita...

Banyak lagi sebenarnya la yang  deme deme share...

Pokoknya disini bila kita tahu its time to move...ada la wise man ni cakap selain dari serah pada yang maha esa dengan melakukan isktiharah sekiranya ada 2 pekerjaan yang kita pilih, kita juga amat perlu avoid membuat keputusan sekiranya di dalam keadaan marah...

Hmmm...at what point tindakan tu betul...

Lately ni tengok banyak orang share buku2 yang membelai jiwa...so..'orang bukit' kita baru nak baca 2 buku ni...3 hari lepas dapat...tapi tengok muka depan jer la so far....


p/s : ada la request untuk forward CV...uishhh..lama gila tak update..8 tahun tu...let me think first...proceed or ignore.....ngeee....

No comments: