Friday, December 25, 2020

Happyyyy Hollllieeeee-day

Assalammualaikum,

Hari ni 25hb Disember, macam biasa cuti umum.

So pagi ni lepak-lepak jer...nak masak sarapan AG cakap tak payah. Balik dari surau dibelinya nasi lemak paru d'kubur. Hehehehehe..kenapa nama d'kubur. Sebab warung ni betul2 depan kubur. Sambil suap nasi lemak atau roti canai tengok depan nampak kubur..kira insaf sekejap...sambil fikir bila nak tiba giliran kita...hehehehehe.

Ok. Nak cerita pasal WWE...world wrestling entertainment. Ntah la kadang-kadang layan juga tengok wrestling ni. Abihhh...kalau dari kecil abah dok tengok..dan bila dah bersuami ni pun AG pun layan WWE ni...nak tak nak kita pun terjebak sama....tapi takde la tengok sampai habis...

Cuma nak share jer wrestler yang saya suka tengok. Nama pun entertainment. Kadang depa ni jadi baik kadang jadi jahat...atas gelanggang jer la...belakang minum teh tarik sama-sama...cheh!! sama la macam politikus kita...eh..eh..eh..eh...


1. Ronda Rousey. Minah ni kuat gila...badan takde la besar mana...makan apah ntah...see dia boleh angkat lelaki macam tu jer.....Belasah, tampar la banyak kali...tapi bila koa lebih2 sangat mendapat la lepas tu...especially kalau dia pegang tengkok..memang koa kalah la lepas tu.



2. Roman Reigns. Mamat ni cool jer. Hansem pun hansem...hehehehehe...Kelebihan mamat ni pada tumbukan tangan kanan i guest. Ala macam superhero buat tu....lepas tu dia ni kadang2 guna bahu dia untuk kalahkan lawan.



3. Goldberg. Pakcik ni feature macam bapak2 gitu. Muka memang garang tapi dalam hati ada taman.
Tandukan dia macam  Pachycephalosaurus iaitu dinasaur berkepala keras. 




4. Brock Lesnar. Ni pun satu lagi muka sombong n garang. Tak banyak cakap. Tapi kalau lebih2 sangat kejap jer dia tumbangkan lawan. Dia ni salah seorang wrestler yang mempunyai pendapatan tinggi.



5. Randy Orton. Mamat ni memang geng jahat. Tapi kadang2 datang angin baik dia. 



6. Dean Ambrose. Mamat ni dah lama...rasanya dulu dia tag team dengan Roman. Tapi biasa la..sedangkan lidah lagi tergigit...bila banyak sangat influence dari orang lain berpecah la...Cuma mamat ni memang sempoi. Wrestling pakai seluar jeans jer...




Banyak lagi wrestler...macam undertaker, john senna, the rock, cuma yang kat atas ni suka tengok depa wrestling. Especially bila ada Royal Rumble. 

Ok..next nak kongsi filem Tamil lak...aviation story macam boss AA kita.

Selamat bercuti uolls.

3 comments:

nohas said...

dah lama tak tengok gusti..

fzy fuzzy said...

Sesekali kak, kurangkan tension kerja...hehehehehehe

Siti Yang Menaip said...

teringat ada sorang kawan saya suka gila tngk wrestling..
kesian dia xdak sapa nak teman layan minat dia heheh.. kalau dia mula cerita semua krik krik..