Assalammualaikum semua,
Kalau di KL...sekiranya teman saja suka2 nak ke pantai (walaupun teman bukan la die hard fan pantai ni..maklumlah nature dia kan ke cuaca panas..lepas tu berpasir..melekat/melekit kat kaki..hehehehehe).....jauh nun..di Sepang atau ke PD (which 2 tahun sekali..sekiranya ada keperluan)
TETAPI bila disini...samada perjalanan pergi dan balik kerja atau santai2 weekend jauh sikit dari bandor KT...
Bila lalu, berhenti dan melihat ke depan, tengok warna pasir pantai, tengok warna air laut yang bertukar2 colour ikut cuaca, dengar bunyi deruan ombak, rasa angin bertiup sepoi-sepoi bahasa atau kadang-kadang kuat sampai rasa nak terbang....sukar digambarkan perasaan itu.
Setiap kali lalu, akan ada port2 atau kawasan yang menenangkan. Teman boleh lepak samada dalam kereta sahaja, cari wakaf untuk duduk atau pekena maggi calong sambil minum sirap limau. Tak lama 10 min pun dah cukup.
Pantai Batu Buruk 2, Kuala Terengganu
Pantai Kekabu, Marang
Pantai Kekabu, Marang
(compare dengan Batu Buruk pasir kat sini tayar kereta tak tenggelam guys)
Next mission, nak cari port ni pulak..