Friday, March 25, 2016

Share = kongsi and holder = pemegang or pegang

Assalammualaikum,

Bulan March merupakan bulan dimana kebanyakkan company kena buat audit.
Soooooo....we olls valuer ni buzy tahap gaban la prepared valuation report for the purpose of FRS.
Bukan sikit2 property, mana dapat company yang ada property nationwide termasuk Sabah dan Sarawak.....masakkkk la wehhhhh....
Nak pulak dapat case yang tak pernah buat before..klu previously done by us..ohhh itu seperti memakan kacang...
FRS and land acquisition sama naikkkk....berasap2 semua kepala valuer kat ofis ni...
Dah la bz kena lak buat presentation kat shareholder certain company...(first time nihhh...)
Aku pun confius pasal apa nak present our valuation depan depa...cukup la presentation depan head of section..straight forward jer...well....cabaran tu kena sahut gak...
One of the case was done by my manager tp kita sebagai guru besar di department tu kena la mengalas bahu untuk explain kat board of shareholders...pandai jer dato' boss nak ngelak (sepatutnya dia yang pegi)...
Maka...dengan penuh semangat beserta butterfly yang berlegar-legar di dalam perut (siap pakai kasut and beg merah plus outfit seluar belang hitam putih dan kemeja hitam -merah tanda berani..hitam tanda misteri..hehehehe) melangkah bersama2 RV ke ofis client yang terletak di solaris.
Tepat jam 10.30 sessi pun bermula...oh my...aku yang pertama kena present...
Dengan lafaz bismillah dan sebelum tu baca doa nabi yunus (la illa anta...banyak2 kali)
Aku pun pung pang pung panggg....(oh lupa bukan dalam bilik tu sahaja..ada lagi 2 live conference, in total semua dalam 35 orang)
Sambil present sambil tengok all the shareholder...tengok masing2 terhangguk-hangguk...dalam 20 minit settle...(ala ada 5 slide jer). Bila tanya..'any question'....dalam hati dup dap dup dap...immediate jer the chairman said..'thank you and we fully understood'...terus batu yang berada di atas jemala ni jatuh ke tanah...phewwww....
Wait wait wait...belum merdeka lagi...the auditor kena buat presentation pulak...mana la tau ada terselit2 soalan untuk valuation. Then finally at 11.55 bila go to last agenda to discuss among the shareholders and we being asked to leave the boardroom for their further discussion baru la ahkak lega se lega leganya....alhamdulillah...


Next wednesday ada satu lagi meeting. This time one of top developer jemput untuk share or bagi opinion on their site kat kuala selangor...silap2 ahkak jugak kena present. Dato boss duduk sebelah cover mana yang patut...
Dah la tengah fine tune 10 years examption for BOVEA...tu orang bukit minggu depan submit sama2 yea....:)

Saturday, March 5, 2016

Kucing dan payung

Assalammualaikum,

Nak cerita sket...
Gamaknya musim mengawan...si cheecak tu kami tgk ala-ala sendu (sesendu blog ni...hehehehehe)
Makan tak mau sampai kurus meremping...tido jer kerjanya..
Abahnya risau..dok sibuk kata nak bawak pegi vet..tapi tak bawak2 gak...
Omak ni juga yang nak kena bawak...kebetulan ada terbaca dari blog dr singa ttg klinik veterinar ni...
So apa lagi p la terjah....
Personally, first impression saya mmg suka klinik ni sbb immediate jer jejak kaki dalam klinik tak der la bau2 binatang...compare dgn klinik2 vet yg pernah pergi sebelum ni...hidung ahkak ni sensitip dek oiii...
Tak lama tunggu. dari pendaftaran sampai nak jumpa doktor..ada la dalam setengah jam...pelanggan tak putus...most of all kucing only...and of course dgn tuan punya kucing..hehehehe
Si cheecak ni muka garang...and dia pernah gigit kaki abahnya sbb ingat musuh masa dia tgh bergaduh...sampai berdarah2 masa nak ke surau suatu subuh...dapat la abahnya injection dan demam 2 hari..hehehehehe.
So bila cheecak sakit muka dia mmg nampak la muka binatang yg tgh sakit...kitaorang buat apa2 kat dia buat tak kisah jer..kalau tak 5 saat jer bole peluk lps tu meronta2 nak lepaskan diri...
Berbalik kepada klinik vet tu..nama kliniknya 'Klinik Veterinar Zul Erwan' terletak di Jalan Nautika B U20/B, Pusat Kommersial TSB, Sungai Buloh.
Alahaiiii...lembut bebenor doktornya...bila masukkan 3 biji ubat dalam mulut..senang jer..cheecak pulak diam...jap pun senyap...tapi bila kitaorang nak bagi ubat keesokkan harinya siap berbalut dgn kain batik..sikit punya susah nak bagi ubat..poyo betul cheecak...
Dah jumpa doktor and makan ubat, bila bagi wet food tak cukup satu tin kecik tu...nak lagi..siannnn nampak bebenor laparnya...



Yang dalam sangkar tu cheecak...yang kat luar tu namanya sensen...tulang pinggul blkg patah sbb kena kejar anjing...doktor selamatkan dari kitten..dah besar ni...menyeret jer la dia berjalan dari satu customer ke satu customer minta d belai...
Kos utk cheecak ari tu dalam RM65 shj...which pada akak mmg murah...sbb pernah antar hitam masa dia kecik dkt vet pekeliling...kena dlm RM200...



Gambar payung ni...ohhhh...abahnya payung cheecak beli 10 tin wet food...sempena cheecak sihat...hehehehehe..