Tuesday, June 28, 2022

Mat Kilau

Assalammualaikum,

Teman ni bukan kaki wayang. Tetapi kalau ada cerita best dan partner in crime boleh jer tengok.

Sebab kalau nak tengok dengan Abang Gebu berdua memang takde la. Hehehehehehe.

Semalam kami tengok filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.

Tu namanya kuasa viral. Viral viral pun since cerita hebat..apa salahnya.

Ikhlas..teman terkesima tengok filem ni. 

Kata-kata yang diucapkan oleh setiap pelakon kalau kita dalami banyak maksud tersirat. Lompatan babak ke babak..not wasted...

Kira menjentik hati teman...

Melayukah aku......Islamkah aku...(betul bagai dikata)

Woooo...jemmmmmm....

Saya suggest pergi la tengok...tapi dengan hati terbuka...




Friday, June 24, 2022

Balance Between Two Profession

Assalammualaikum,

Teman Bahasa Malaysia masa SPM cuma dapat A jer bukan A++, Bahasa Inggeris pun B+ bukan A++.

Camno yea nak translate..Keseimbangan antara dua kerjaya...gitewwww...

Ok. Principal teman ni kan ker ada dua syarikat. Satu sebagai perunding hartanah. Satu lagi yayasan.

Dalam membina syarikat ni, principal teman cuba untuk meletakkan syarikat tersebut at par (bak kata orang putih)..kalau tak 'at par' pun, big player or senior player tahu tentang kewujudan syarikat kami. We just want to share a small piece of the big cake.

Kami bukan nak tunjuk kami hebat...oh..tidak sama sekali. Kami ni syarikat kecil jer. Kami memang bercita-cita one sweet day kami akan berdiri bersama among the top 10 property consultant in Malaysia.

Berbalik pada yayasan. Rentetan dari program yang diadakan tahun lepas. Kami telah diberi pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Record untuk pengagihan daging korban sejuk beku terbesar.






Semalam dan hari ini pula berlangsung Kongres Jurukur Antarabangsa yang ke 24 bertempat di KLCC. 
Ni kena attend sebab dapat CPD..hehehehehe.



Semoga maju jaya semua.....

Tuesday, June 21, 2022

Misi Mencari Durian@Batu Kurau

Assalammualaikum,

Weekend baru ni, teman ke Taiping. Ada amanah yang perlu ditunaikan.

So teman kesana dengan mak dan adik perempuan. 

Lepas urusan selesai di Kamunting, kami diajak untuk misi mencari durian dikebun ustaz.

Mak dan adik teman memang suka durian. Teman jer tak berapa gemor.

So lepas asar kami ke sana. 3 kereta.

Ya Ampun!..sesak dekat berapa kilometre sebelum masuk pekan Batu Kurau. Semua mencari durian gamaknya..sebab dengar cerita harga durian dah jatuh.

So sampai la kami ke satu kampung. Lupa la pulak nama kampungnya. Kira2 20 minit selepas Pekan Batu Kurau.







Thursday, June 16, 2022

Wayang : Jurassic World Dominion

Assalammualaikum, 

Lepas kerja minggu lepas...budak2 ofis ajak tengok wayang. Tapi cerita Tom Cruise Top Gun. 

Masalahnya kat IOI City Mall mana ada tayang gambar tersebut. So teman cakap la..apa kata kita tengok Jurassic World Dominion. Budak ofis cakap tu cerita untuk budak2 la kak...Eh!!! cer kalau sekarang dinasour tu masih hidup lagi..mau mencirit korang semua lari..cerita budak2 konon..Cheh!!! Hehehehehehe...

Ahh..teman cakap..korang tak nak tengok takpe..teman boleh jer tengok berdua dengan Cik B.

So lepas maghrib di ofis kami terus ke mall. Full house..semua waktu..tu pun dapat second row. Jadi la..ambik panggung yg besar sikit..so takde la sakit tengkuk.



Tau tak gajah adalah salah satu species dinasour yang masih hidup lagi hingga ke hari ni.

Ok. Teman ni mmg ikut sequel jurassic park ni dari yang pertama iaitu pada tahun 1993. Ingat lagi masa tu awal 1994 tengok wayang kat REX Jalan Petaling dengan member ofis. Pakai spek ala2 3D tu. Lepas tu diikuti dengan The Lost World: Jurassic Park (1997), Jurassic Park III (2001), Jurassic World (2015), Jurassic World : Fallen Kingdom (2018) dan yang terbaru ni. Mungkin ni yang last kut sbb semua main cast ada Dr Allan Grant, Dr Ellie Sattler, Ian Malcom, Owen Grady, Claire Dearing dan watak baru Kayla Watts (yang bawak kapal terbang).

Even tayang berkali-kali kat TV tu teman still boleh duduk dari awal sampai akhir. Hehehehehehe. Cerita ni jer la..yang lain2 tu malas nak tengok berulang-ulang kali.

Wednesday, June 15, 2022

Lalaport BBCC

Assalammualaikum,

Dari Pasar Seni kami ke sini Lalaport Bukit Bintang City Centre atau dikenali juga dengan Mitsui Shopping Park Lalaport Kuala Lumpur.

Dibuka awal Januari tahun ni rasanya. Well, as new and another shopping complex kat KL ni..masa on site visit tu belum fully occupied lagi.

Lagipun this mall part and parcel of integrated commercial development terletak di tapak bekas Penjara Pudu. 


This W section and along the alley menempatkan all the F&B outlets. 
Macam kat Pavillion cuma alley area ni little bit wider...
(Kalau berkesempatan ke sini..nak tau info lengkap tentang tempat ni pergi jer ke kaunter pertanyaan, ada staff nama Sulaiman or Firman yg so informative)




Rasanya escalator ni access dari pintu gerbang Penjara Pudu.


Service apartment yang dah siap.



Kecil sahaja garden atas roof top ni..tapi the way people ambil gambar, 
so tempat ni jadi hot instagrammable spot.


Ni logo lalaport yea.


Layout macam bentuk 'wau'




Tuesday, June 14, 2022

Pasar Seni @ Central Market

Assalammualaikum,

Dah lama tak kesini..rasanya 7 tahun lepas..masa tu bawak visitor dari Indonesia.

Tak sure sebelum pandemik..adakah sunyi juga..

Atau selepas pandemik..mmg lagi sunyi...

Atau pagi sangat lagi...hehehehehe..pukul 10 pagi buka jer metal roller shutter tu kami terus masuk...kedai pun banyak tak bukak lagi...


Biasa la partner in crime.


Bandaraya Kuala Lumpur sama umur dengan i tau...





Sempat lagi joint sessi kaler mengkaler..



Boleh la...jadi valuer ni kena ada combination art and science...hehehehehe

 

Monday, June 13, 2022

Keras diLuar Lembut diDalam

Assalammualaikum,

Apa yang keras di luar lembut didalam. Hahahahaha..

Sesiapa yang biasa dengan Sourdough Bread tentu tau macam mana rupanya. Biasa kat France banyak..or maybe ada juga some other state/country. (malas nak search sebenarnya)

Well, teman pernah la jejak France ni..tapi kat airport jer ler..hehehehe..transit kejap...

Ok..back to this bread. Kadang2 bosan kan asyik2 sarapan nasi lemak, mee/mihun/kuetiow goreng, roti canai, prahta, tosai. etc.

Or bosan bila makan roti..beli roti gardenia/massimo or other brand...alih2 sapu dengan kaya, jem strawberi atau peanut butter.

Teman ni bukan la nak makan yang berat2 sangat..roti based..tapi macam2 nak letak..salmon la..chicken la, meat la..tuna la, cheese la...teman nak simple jer...

So teman ke Tommy Le Baker di Kg Attap. Gigih kan dari Putrajaya datang ke sini...hehehehehe..Ala..pagi2 mana ada jem. 15 ke 20 min sampai ler..tu pun bawak rileks jer...

Tempat dia takde la besar sangat..dia occupy 1/3 of the section. or half maybe..










Senang..lapik dengan kertas minyak jer...


Parking ada sebelah..tapi kena bayor la..(hari tu agaknya tengok teman pakai tongkat..dapat free..hehehehe)..kalau tak nak bayor..park jer tepi2 bangunan...ala..weekend bukan orang kerja pun..


Wednesday, June 8, 2022

Throwback2 : Suasana dan budaya

Assalammualaikum,

Hmmm...for so long..

Not being to this place...so sudden ada tugasan di sini.

Tetapi malangnya bukan teman yang pergi (keadaan kesihatan ayahanda yang tak ok sangat so teman tak pergi jauh2 dan kebetulan AG berada di seberang) soooo.....kita hantar yang muda2..

Mungkin adik ni dah besar dan jelita..




Tak tau rumah panjang ni masih ada lagi atau tidak...or dah fully renovate..maybe..



Throwback 1 : Masih wujud lagi ke kelab lebah pembunuh?

Assalammualaikum,

Owh! cerita kali ini tidak melibatkan binatang yea...

Tiada yang tercedera atau terbunuh.

Cuma..dok scroll2 external hardisk terjumpa lak photo2 lama.

Dulu2 teman ni ada la joint kelab kereta lama.

Sekali sekala joint konvoi get-together.

Orang lain bawak anak-bini...teman bawak mak dan anak sedara...hehehehehehe...

Tak tau la masih ada tak kelab ni...

Mungkin ada tapi tak aktif...sebab kebanyakkan mereka dah lanjut usia macam teman..hehehehehe..

Lagipun mana nak lawan budak2 zaman sekarang..kita kan ker old skool...