Assalammualaikum,
Esok, 31.8.2026. Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 69.
Seperti benteng ombak ini, masih kukuh kah lagi benteng jati diri yang ditanam oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sebelum ni untuk generasi sekarang.
Assalammualaikum,
Esok, 31.8.2026. Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 69.
Seperti benteng ombak ini, masih kukuh kah lagi benteng jati diri yang ditanam oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sebelum ni untuk generasi sekarang.
Assalammualaikum,
Lately, kami kat Terengganu ni banyak dapat berita keberadaan gajah-gajah liar. Kemalangan di susur LPT2 melibatkan gajah dan kenderaan, kemunculan sekumpulan gajah di sempadan hutan simpan dan lebuhraya serta beberapa siri kemunculan lagi.
Kawasan mereka diteroka ke? makanan mereka habis ke? Tapi satu jer yg kita kena tahu.
Esok, merupakan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bersamaan 12 Rabiulawal, Tahun GAJAH. Ingat kisah dibawah???
Assalammualaikum semua,
Kalau di KL...sekiranya teman saja suka2 nak ke pantai (walaupun teman bukan la die hard fan pantai ni..maklumlah nature dia kan ke cuaca panas..lepas tu berpasir..melekat/melekit kat kaki..hehehehehe).....jauh nun..di Sepang atau ke PD (which 2 tahun sekali..sekiranya ada keperluan)
TETAPI bila disini...samada perjalanan pergi dan balik kerja atau santai2 weekend jauh sikit dari bandor KT...
Bila lalu, berhenti dan melihat ke depan, tengok warna pasir pantai, tengok warna air laut yang bertukar2 colour ikut cuaca, dengar bunyi deruan ombak, rasa angin bertiup sepoi-sepoi bahasa atau kadang-kadang kuat sampai rasa nak terbang....sukar digambarkan perasaan itu.
Setiap kali lalu, akan ada port2 atau kawasan yang menenangkan. Teman boleh lepak samada dalam kereta sahaja, cari wakaf untuk duduk atau pekena maggi calong sambil minum sirap limau. Tak lama 10 min pun dah cukup.
Assalammualaikum,
Hampir setahun makan nasi minyak, nasi dagang, gulai ayam, gulai daging, ikan aye...FINALLY..teman jumpa port makan baru...menu dan suasana sama macam makan kat Pasir Gudang tu...lupa la nama restoren situ..Rahmat kut...nanti la cari..
Lokasi bukan di Bandor KT..tetapi di Marang..Marang yea..bukan Merang....lebih spesifik di Sg. Kerak. Kalau dari KT dalam 23 minit jer...kami pergi lepas ambil AG solat jumaat.
Siakap goreng jer pun...hehehehehe..beli sendiri masak la kan...ala mana sama dengan orang masakkan..kan..kan..kannnnn...
Abang Gebu, teman tengok berselera dia makan...
Assalammualaikum,
Kalau guna search engine, dikatakan orang darah B ni personaliti yang spontan, jujur, berterus terang dan kreatif. Termasuk seorang yang tegas, mudah rimas jika dikongkong dan kadangkala keras kepala. Oh..romantik juga.
Spontan dan jujur mungkin yea. Kreatif...owh..selalunya ke laut dalam. Sis is keras tangan.
Keras kepala dan tegas; mungkin..tetapi teman boleh tolerate subject to situation.
Tang romantik ni...owh..bukan teman la...tak reti nak romantik-romantik aihhh....
Assalammualaikum,
Pejam celik pejam celik cepat bebenor masa berlalu..dah setahun rupanya teman bermastautin di Kuala Terengganu ni.
Macam-macam benda jadi....redho jer la...
Dari sudut pekerjaan - benchmark or KPI..mana2 tempat mesti ada. Alhamdulillah so far managable. Cuma kena planning betul2 supaya continuity mesti ada. Amanah ni. Ada 20 staff kena jaga untuk 2 branch. Setelah setahun teman tengok, east coast state ni macam ada seasonally..sama macam musim monsoon. Ada lompong2 yang perlu diisi. So kena crack head sikit ler. Teman bertuah sebab ada beberapa staff dalam team yang saling support. Ada juga yg membawa masalah. Tu biasa ler...istilah..barang order tak sama macam yang sampai. Hehehehehehe..
Cuma kat sini lain sikit. Mungkin sebab salary wise tak tinggi sangat mcm kat Klang Valley...kadang2 kena pandai tackle. Kenapa teman cakap mcm tu. As head, monthly revenue vs cost kena betul2 budget. Mungkin ada yang tak faham tentang perjalanan syarikat..Contoh : Kalau cuti, mmg betul2 cuti..tahun ni kan ker banyak cuti bersambung...selalu kena ingatkan mereka supaya siapkan tugasan awal senang nak bill...well tak salahkan mereka..cuma kadang2 teman kena terangkan supaya sama2 sealiran. Sebab pergi la mana2..pattern akan sama. walaupun cuti dah 6/7 hari..the following day yang sepatutnya datang..on MC la..masuk lambat la..tiket bas/kapal terbang habis, dsbnya. then delay kerja..kita ni consultancy company......semua tu dalam pocket maa...hehehehehe...yg paling sensitif..knp takde increament, hidup ni keras beb!!!..20 orang vs 20 perangai. Tu macam mana la yang jaga sampai beratus-ratus orang...pening wooo..
Dari sudut kesihatan/kehidupan - sesuai dengan faktor usia la kan. Seperti semua sedia maklum, Abang Gebu kena stroke tetapi lebih kepada global aphasia (major dalam pertuturan dan permahaman). Sampai hari ni AG masih belum boleh bercakap lagi..ada la keluar beberapa word..seperti tak, belum, ok, bye..masih lagi mumbling ketika bercakap..masih lg struggle nak faham apa kehendak AG dengan main teka-teki..keluar la semua sentence..nak makan ke?, sakit perut ke?, tangan kebas ke? makanan tak sedap ke?, nak order A & W ke?, kencing berdarah ke? susah nak bernafas ke? nak pergi hospital..nak ke Mydin..dsbnya..
Pertambahan perjumpaan dengan doktor yg berlainan department; neuro (sawan), urology, rehab, speech, tindakan cara kerja, klinik kesihatan. Hampir setiap bulan ada appointment dengan doktor2 diatas. Belum lagi siri kemasukkan ke dalam wad.
Baru-baru ni teman kan ker masuk wad selang 2 hari dengan Abang Gebu due to chest pain sebelah kanan. Simptom seperti berpeluh tiba-tiba, heart beat lebih dari biasa (100 - 129) bila berjalan atau buat kerja rumah. selalu sakit urat belikat *cramp*. sakit kat leher belah kanan (ni masa mula2 teman pindah sini). Malam susah nak tidur..breathing tak berapa comel...Disebabkan arwah mak mmg pasang stent dan pacemaker serta abah yg jantung lemah...so doktor treat teman sebagai pesakit jantung walaupun ECG test 2/3 kali ok jer. Teman dah start makan ubat cair darah. Dibekalkan ubat bawah lidah juga...in case katanya. Kesahihan sakit jantung cuma boleh diconfirmkan melalui beberapa siri ujian lain. Well..nama pun hospital kerajaan..patient ramai so kena ikut giliran ler kan.....first ujian adalah untuk CT Scan jantung bulan 9 nanti..Doa la teman yea. nak buat stress test berlari atas treadmill tak boleh pulak..maklumlah teman kan ker sakit lutut..hehehehehe.
Memandangkan kami berdua sahaja..so setiap kali AG masuk ke dalam wad, teman akan hire caregiver. Lelaki atau perempuan..tak kisah sangat..asalkan mereka boleh start bertugas semasa hari pertama AG masuk ke dalam wad sampai discharge. Uish..teman no longer boleh tunggu atau jaga orang sakit. Kita pun tak larat kan.
Sehinggalah teman ambil keputusan untuk hire helper di rumah (waktu siang sahaja). Tugas helper ni adalah memantau AG dirumah, tolong masak makanan yang berkhasiat serta create exercise samada dari segi fizikal atau minda (untuk merangsang saraf sebelah yang rosak tu) serta pastikan saraf tak stiff.
Helper yang pertama, seorang wanita berumur 59 tahun. Interview masa dia datang bersihkan ofis. Kesian..dah 4 bulan takde kerja tetap. Katanya dah biasa jaga orang sakit (bedridden), boleh memasak ikut menu yang sesuai dengan diet pesakit, buat kerja rumah sikit2 (teman ni duduk berdua jer..bukan bersepah pun..request untuk sapu atau mop di ruang tamu. yea la...duduk dekat dengan kawasan pantai..habuk banyak ler..). Waktu bekerja dari pukul 8 pg sampai 5 petang. Jumaat dan Sabtu cuti. Cuma katanya dia tak boleh la nak angkat AG kalau AG jatuh (ni kita faham ler). Kalau AG masuk wad, katanya boleh jaga siang sahaja. Malam kena upah orang lain. OK lah..teman pun ambil la dia bekerja..mahal juga kena bayar (ikut standard rate yg homecare bagi..lagi mahal dari gaji staff admin teman).
Minggu pertama dan kedua ok lagi..memasak untuk tengahari dan petang. Kejut AG untuk makan dan solat. Masuk minggu ke tiga dan keempat..dah start lupa nak hidang makanan AG sebelum dia balik..macam mana nak hidang bila makanan takde pun..terlupa nak goreng lah...itu la ini la...so terpaksa la teman balik kerja tu order grab. Anak angkat yang kerja nurse di HSNZ kata, kadang2 lepas kerja pukul 2 dia singgah tengok AG, katanya makcik tu tidur...ah..sudah...ni siapa tengok siapa ni...Lepas tu teman notis kalau bawak untuk appointment AG, dia main phone..bukan nak papah AG jumpa nurse bagai. Exercise langsung tak ajar (tak pandai). Katanya lagi tak reti buka TV..tetapi bila teman tengok CCTV..kalau AG tidur dalam bilik..dia tengah tengok TV kat ruang tamu layan drama kat IQY....apooo...Yang lagi teman hangin...kalau teman balik KL..off course la dia tak perlu datang rumah. So teman suruh datang hari sekian2 katakan pukul 12 sbb teman singgah/bermalam di ofis Kemaman. Dah sampai K.Trg..teman dah kelam kabut order food untuk AG dan makcik tu makan tengahari sebelum berkejar ke ofis. Petang bila teman balik kerja awal....makcik tu takde..tak datang guyss..... So kira AG tinggal sorang kat rumah. Macam2 alasan dia bagi..tertidur lepas siang ikan lah..lepas tu pergi sekolah anak dia la...memang menyirap teman..tapi teman takde la marah..esok bila dia datang..teman terus cakap...acik..hari ni last day kerja yea. with reasonable excuse knp dia kena berhenti kerja...
So sekarang, ada helper yang kedua. Perempuan juga tetapi muda..umur 25 tahun. Baru habis belajar. Katanya sementara tunggu dapat kerja kat KL, dia nak buat la kerja2 seperti diatas. Cuma syarat teman kali ni mesti tinggal sekali (bermalam)..yea la bila teman dah sakit2 dada ni..risau pulak apa2 jadi..teman concern dengan AG jer..syarat tambahan..kena kerja sampai hujung tahun. Iskh..malas teman memikir nak kena mencari2 orang..
So far, AG boleh la blend..mungkin muka pun lebih kurang, berkulit cerah..muda lagi..macam pangkat anak2.
Assalammualaikum,
Tajukkk..tak nak kalah...hahahahahaha
Lepas kami berdua discharged dr hospital, kesian kat anak dan cucu2. Maklumlah duduk rumah jer...Cuti sekolah pun dah nak sampai ke-penghujung.
So ajak la anak n cucu breakfast di Terengganu Equestrian Resort (TER). Kita western sikit..hehehehehe.
Abang Gebu still dalam mood keluar hospital...so selera tak berapa nak ada..cuma gagah la juga sbb kesiankan cucu..kalau ikut mood dia, memang lepak atas katil jer la...
Assalammualaikum,
Semasa Hari Raya Aidiladha baru-baru ni, Terengganu cuti 7 hari. Bermula dari 26/5 (Selasa), diikuti dengan 2 hari Hari Raya, sambung dengan Wesak dan birthday rasmi YDPA (1/6). Kalau balik ke KL mestilah best kan sebab cuti panjang. Tetapi teman ambil keputusan untuk tidak pulang. Memikirkan jalan mungkin sesak sbb cuti sekolah kan.
Berhari raya lah kami berdua di Kuala Terengganu. Kebetulan adik sepupu yang belajar di UMT pun tak balik ke Taiping, so dia lepak dirumah teman. So jadi bertiga lah kami. Teman ni memang takde masak apa2 pun, ketupat waima rendang. Abis-abis pun makan kat luar....Hmmmm...masa raya SEMUA kedai makan di Terengganu tutup gais....ada la satu dua yang buka. Tu pun mujur..kalau tak memang kena masak la teman...
Sunyi betul suasana..pelik pulak teman..then baru tahu yang Kuala Terengganu menjadi meriah selepas raya, sbb kebanyakkan perantau baru balik...dibandor jem gila....kawasan Pasar Payang usah cerita..di Mayang Mall, KTCC...meriah dengan manusia. Staff yang duduk di Bukit Payung, nak datang rumah teman pun stuck..kereta banyak..20 minit jadi 45/50 minit....
Sebenarnya, ada hikmah teman tak balik ke KL. 30 May 2026..pukul 4 pagi, Abang Gebu dimasukkan ke dalam wad, di rumah tinggi (Hospital Sultanah Nur Zahirah), akibat air banyak dalam paru-paru. Doktor suspect masa keluar wad bulan 4 dan mereka pun stop beberapa ubat darah tinggi, so menyebabkan tekanan darah agak tinggi dan air mula memasuki paru-paru. Entahlah..yea la kut..kita ni bukan doktor. Percentage oksigen agak tinggi so kena la pakai topeng CIPAP (macam mencarut kan..mungkin betul..hehehehehe)
Assalammualaikum,
Just sebagai jurnal dalam blog ni.
Abang Gebu diserang sawan. Yes..sawan!!!!...
Serangan 1 : Semasa balik ke KL sbb teman ada meeting. Tak pasti kenapa..malam lepas makan AG tidur...tiba2 AG bangun..masa kena mulut herot..air liur tersembur2..teman picit2 hujung telinga..dalam 3 minit macam tu..AG ok..teman ingat kena 2nd stroke..nak bawak ke hospital..tak maunya..cuma malam tu kami tak tidur..AG kerap bangun kencing..so berjaga la teman dan anak sedara..so far ok. Masa teman meeting, anak sedara update yg dia dgn Tokudo aka Abang Gebu jalan kaki dari Quill Residence ke area2 Maybank Chowkit..nak jumpa kawan2 dengan makan ayam penyet kat Kedai Jawa..masyallah..
Punca tak pasti apa..mungkin penat akibat travel..sebenarnya kami baru balik dari KL cuti raya..masa first dgn second day Raya, kami mmg jalan sakan..AG makan pun takde pantang..balik KT kemudian dalam beberapa hari kena ke KL balik..sebab ada meeting..kebetulan gilir2 memandu dengan anak sedara..so AG duduk belakang..mungkin faktor cuaca..Kuala Terengganu panaih lit-lit wooo..masa singgah di Gobang Maju, Temerluh..teman tengok AG macam tak ok..tapi selera makan tetap A...abis la ikan talipia dgn petai..tambah pula dengan air batu...
Bila balik KT semula, teman ni macam tak sedap hati..so ke kecemasan bila AG mengadu yang muka sebelah kanan kebas..memang kena tahan wad la..doktor kata untuk pemantauan 24 jam..sekali 3 hari daaa... Masa ni teman ambil caregiver lelaki untuk jaga..bagus budaknya..dari nursing school UIA Kuantan. Sentiasa update teman setiap sejam.
Bila balik ke rumah, ada juga ambil caregiver lelaki..tapi hmmm..berbeza betul dari yg jaga kat hospital...dari CCTV teman tengok dia duduk depan jer..main phone. Takde nak jengok pesakit yang dalam bilik...Agaknya dia tengok pesakit boleh jalan sendiri..Makanan pun teman order pakai grab.
Serangan ke-2 : Seminggu lepas keluar dari wad, pagi tu AG ada first appointment dengan doktor neuro. Mereka macam pelik, tak sampai setahun, tak kan kena 2nd stroke..lagipun makan ubat cair darah....musykil2..lepas jumpa doktor dan ambil ubat, kami pun balik rumah.
Selalunya teman akan ke ofis slps mana2 appointment..macam biasa AG akan tinggal sorang2 kat rumah....tapi hari tu macam berat jer nak ke ofis....lepas makan n solat..AG tidur dalam bilik. Teman ada kat ruang tengah, check report staff. Tiba2 dengar suara AG...Allah..kena lagi..tapi kali ni dengan tangan kanan keras..kali ni picit telinga tak jalan..teman tengok mata AG belah kanan berdarah..ahhh..sudah..suasana tu dalam tempoh lebih dari 5 minit..then tgk AG macam normal balik tapi tak sedar....teman ni panggil la jiran sebelah..takde orang pulak. Kebetulan ada budak perempuan kutip derma..teman mintak dia masuk teman AG dalam masa yang sama teman call ambulan. Sekali ambulan mintak tunggu depan sekolah sbb mereka tak pasti nak masuk lorong mana satu..
Tunggu la budak tu..bila ambulan sampai..dia kata AG dah sedar..tapi macam mintak air..cuma dia tak berani bagi takut tercekik...Petugas jalankan tugas mereka..
Assalammualaikum,
Syawal dah nak sampai ke penghujung. In between lepas balik dari KL beraya banyak benda yang berlaku. Nanti la teman cerita.
Cafe ni kami pergi secara kebetulan. Kami ambil anak sedara AG di Gong Badak. Nama dia Sari. Dia dapat offer buat PHD di UNISZA, so datang untuk settlekan visa dan orang kata get to use dengan suasana kampus. So lepas 3 hari disini, ambil la dia di homestay dan dia request untuk ke-mana2 cafe dulu sebelum cari seafood untuk makan malam. Kebetulan, fyp kat tiktok..ok la let's go!!!!
Anak sedara tu ada buka cafe di Bangkinang, berdekatan university disitu..so kira nak tengok ambience cafe di sini then boleh la dapat idea2 baru.
Assalammualaikum,
Malas bebenor rasanya teman nak bercerita tentang Hari Raya.
Entahlah..rasa nak menyambut tu takde..semalam genap 100 hari abah tinggalkan kami.
Kalau tak mengenang, adik beradik dan mak2 sedara masih ada di KL..mungkin teman beraya di Trgganu sahaja. Kira orang lain beraya..kami berdua mungkin lepak dekat pantai jer..har..har..har..
Well..hidup perlu diteruskan..so pulang lah kami ke Kuala Lumpur. Tu pun gerak dari Kemaman sbb dah 3 hari berada di ofis situ. Sempat lagi inspect 2 ladang sawit di Dungun dan Kemaman. Satu jer kalau beraya di perantauan ni terutama on the opposite side..tak merasa kena hadap jem. LPT/Karak/Bentong- clear gila..kecuali bila dah start masuk KL..tu pun kami sempat lagi singgah Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang. Ada la beli lauk2 sikit untuk berbuka puasa.
Assalammualaikum,
Weekend baru ni kan ker cuti kapit. Awat jadi macam tu???.
Hari Rabu cuti sebab birthday Sultan Terengganu. Khamis memang kerja. Jumaat dan Sabtu mmg sini cuti. Tetapi memandangkan Sabtu tu Nuzul Quran, so membawa ke Ahad. Ramai jer yang cuti straight dari Rabu sampai Ahad...berbelanja untuk Hari Raya kut.
Ikutkan, memang tak nak ke mana-mana...maklumlah cuaca panas sebab Trengganu dekat sangat dengan Matahari..hehehehehe..sampai migrain lah..teman bukan boleh sangat silau-silau ni..panas lit-lit ooo...
Tetapi bila tenung Abang Gebu, kesian pulak dia..duduk terperuk dalam rumah..2 kali dia request nak ke bazar ramadhan..kita bukan apa..dia bukan sihat sangat..dengan cuaca panas..orang ramai sesak2 tu..risau ada penyakit berjangkit..musim tibi kan...tapi teman bawak juga lerr...
Masa berbuka hari Khamis tu, teman tanya..kalau esok pagi (Jumaat), kita ke Kay Bee (Kota Bharu) berbuka dengan anak bongsu, menantu dan cucu2...terus AG angguk2 sambil keluar suara..nakkk...
So gerak la kami. Mula2 singgah rumah anak dulu. Lepas solat Jumaat baru gerak ke hotel. Kami stay di H-Elite Hotel, Tunjong, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu. Kita cari hotel yang bukan dalam bandor..untuk elak sesak...
Sekali sesak juga..sbb ada bazar di petak parking Mydin Tunjong dengan orang ramai yang berbelanja di situ. Mmg tak rilek betul yea..but still managable.
Perancangannya adalah, kami berdua akan makan light-light jer kat bilik..solat maghrib siap2..lepas tu baru makan berat. Sbb kalau baru nak booking untuk berbuka puasa for sure full house kan..maklumlah musim cuti. So anak pun bagitahu yang dia dah booking satu restaurant siam. Sbb AG teringin nak makan tomyam dengan siakap dan lain-lain. Kata anak dia ambik slot ke-2, iaitu pukul 8.30..kira just nice ler..
Pukul 8.20 malam, teman sampai dulu..memang nampak ramai orang duduk kat luar berkumpul..dalam restaurant pula tengah tengok pekerja kemas2 meja..sekali tengok mereka gerak ke kereta..aikkk..
So teman masuk dulu..teman cakap la anak ada booking..4 dewasa 3 kanak-kanak..sekali pekerja situ cakap..takde slot untuk 8.30..ahhh..sudah...anak pula tak sampai lagi. Tapi pekerja tu bagi jer kami duduk di meja sambil letak menu suruh pilih sambil tu dia still tanya ada tak message wassap sbb pemahaman teman, anak ada cakap yang dia dah select menu. Teman terus tunjuk menu yang anak pilih. Dia pun pergi ke kitchen. Tak lama dia keluar sambil bagitahu yang kitchen dah closed...Allah..kebetulan anak pun mmg baru sampai..dia pun tunjuk la message confirmation. Rupanya..boss mereka tak bagitahu kat kaunter yg ada booking untuk 8.30..
Lorrr..bukan salah kami pun. Muka memang dah frust la..tapi rilek la kan..anggap dugaan berpuasa. Anak cakap kita makan tempat lain la macam tu....kami nak bangun dari meja..yg jaga kaunter tu cakap tunggu dulu..dia tanya kami ok tak..sbb ada satu meja mmg penuh dengan makanan tetapi orang tu tak datang..cuma sejuk sikit ler..tapi tomyam tu dia boleh panaskan.
Teman malas fikir panjang..ok kan jer lah...sekali bila dia letak semua lauk2 tu..eh..macam sama jer menu yg anak order...tapi pekerja tu still insist yang menu tu untuk orang lain. Apa2 jer lah...
Alhamdullilah..sejuk2 pun sedap...beria Abang Gebu makan..maklumlah selalu berbuka dan bersahur berdua sahaja..ni ada anak2 dan cucu2..
Kenapa teman cakap AG beria2 makan..sebab dah dekat seminggu lebih..menu AG cuma bubur nasi atau nasi air..selang seli beserta lauk..kalau nasi dia cuma makan 3/4 sudu jer.....katanya beras kat rumah tu tak sedap..haishhh...dia tak tau dunia tengah nak berperang ni..
Owh..kami balik keesokkan harinya..sbb teman banyak urusan kat KT..