Tuesday, April 28, 2020

Juadah Berbuka PKP

Assalammualaikum,

Sepanjang menyediakan juadah berbuka di waktu PKP yang dah masuk hari ke 5, alhamdulillah ada chef import.
Hehehehehehe..chef import ni actually staff. Dia duduk menyewa blok sebelah. Aterrr...sian ler..tak kan nak bior berbuka dengan bersahur sorang2. sekurang2nya ada tambah sorang lagi jemaah masa solat terawikh. Tu yang ngajok tido rumah...sambil tu mudah sikit nak discuss kerja..takde la spend masa kat video call. letih lagi nak menaip wassap.. jumpa depan2 senang. Ada sorang lagi duduk cyberjaya...sorang2 sebab member rumah balik kampung..tapi lebih dari 10km..tak pasal pasal kena masuk dalam sebab langgar PKP...
Lagipun takde la rasa bersalah bila menerima gaji bulan lepas dan inshallah bulan ni....sekurang2nya buat juga kerja office..dari pkl 9 sampai pukul 4 jer la. idok ler memerap jer tido baring makan...

Ok la..senarai menu berbuka..
Day 1 : Kari cencaru, ayam paprik, sayur terung goreng..kuih lak karipap segera
Day 2 : Butter chicken salted egg, asam pedas ikan bawal emas, daging masak kicap (dah 2 bulan dalam peti) dan kuih badak berendam.
Day 3 : Siakap goreng 3 rasa, tomyam ayam kung, kailan goreng dan kuih onde2.
Day 4 : Ketam masak lemak cili api (ketam ada 2 ekor jer campur udang sket), ikan sardin goreng, sayur kobis dan kuih ketayap.
Day 5 : Menu hari ni mcm nak masak asam pedas kepala ikan jenahak dan sayur campur...rumah ni ikan mmg peberet akak dan abang gebu...ayam dan daging kurang..tapi staff ni tak makan ikan so tu yang ada menu ayam hari2..(jenis ikan tertentu jer dia makan)

Owh..menu diatas tu dimakan masa berbuka dan bersahur keesokan harinya...bangun sahur cuma masak nasi dan buat air panas sahaja..

So far bekalan makanan basah dan sayur2 senang dapat...sepanjang PKP mmg ada PS yang tolong belikan...dia beli kat Pasaraya Hero Serdang...murah2 dan segar2...tapi tu la kena siang, cuci dan susun dalam peti.
Sbb yang selalu order online barang dapur basah musim PKP tak buat delivery. Cuma last 2 weeks baru open order tapi slot dlm setengah jam habis..alhamdulillah manage dpt slot..dah 2 kali hantar cuma order limit la..kira bagi peluang kat orang lain juga..tapi dengar2 cerita stok barang lak kurang..siapa buat order untuk deliver minggu depan depa akan update time to time samada barang ada atau tak..
PS lak tak sihat. nampak gaya kena cari alternatif lain another delivery..klu mahal sket nk buat camno..kena la jimat2...Uish serik la akak beratur kat pasaraya tu..

Ni menu Day 2. Asam pedas tu akak masak. Awas2 dia blend dengan buah keras sket..lps tu first time ubuh labu jepun..macam timun jepun tapi lebor2..

Tak jumpa pun badaknya... hehehehehehe..


Menu Day 3

Dengar cerita barang basah dah mula naik harga berbanding masa mula2 PKP..ada pasar basah yang kekurangan ikan macam pasar keramat. belum lagi pasar dalam kawasan pkpd bila pekerja dia positif ..macam pasar borong selayang...

kalau setakat akak berdua..makan sambal ikan sardin (ikan sardin tu wajib digoreng dulu..klu sardin tin kecik boleh tahan 2 hari) atau telur mata inshallah dah cukup nikmat..tapi syarat mesti ada sayur. kuih2 tu mmg takde la sbb akak mana reti buat..setakat beli kacang hijau, sagu dan instant kuih gunting buat bubur tau ler...

Till then..selamat berbuka puasa semua..

Friday, April 24, 2020

Salam Ramadhan

Assalammualaikum,

Kebanyakan semua news feed hari ini berkisar tentang wish berkenaan kedatangan bulan ramadhan. Alhamdulillah kita diberi kesempatan oleh Allah untuk mengharungi bulan ini dengan berpuasa di siang hari, bertarawih di malam hari, menyemak dan membaca Al-Quran, bersedekah dan banyak lagi.
Sambutan ramadhan kali ini lain sikit sebab kita menyambutnya dalam pergerakan terkawal...tak boleh keluar rumah.

Tak boleh keluar rumah untuk bersahur dan berbuka puasa bersama mak dan abah serta ahli keluarga.
Tak boleh keluar rumah untuk ke bazar ramadhan membeli juadah berbuka puasa..
Tak boleh berbuka puasa di hotel bersama kawan2 opis, rumah bos, kawan2 zaman universiti dulu, klien...
Tak boleh keluar rumah untuk solat berjemaah tarawih
Tak boleh nak ke sana ke sini
Semuanya kena duduk dalam rumah.

Bila direnung balik Allah tu maha adil, maha bijaksana..
Didatangkan satu virus..

Jika tahun lepas isteri-isteri tak sempat nak masak juadah berbuka puasa sbb terperangkap didalam kesesakan jalan raya (ini untuk isteri yang bekerja yea).
Jika tahun lepas kita bersesak-sesak di bazar2 ramadhan berlaga bahu, dada dan bontot dengan orang ramai. Belum lagi terbeli lauk yang rasa ntah apa2, kuih muih2 yg nampak menarik tetapi sekali lagi rasa ntah apa2, terjebak beli makanan viral pun rasa ntah apa2...tu tak termasuk nafsu yg nampak semua makanan..semua nak beli..akhirnya bakul sampah tempat tujuannya..sampaikan diwar warkan dalam TV bertonne tonne sampah setiap2 hari terbuang selepas berbuka puasa.
Jika tahun lepas hotel2 dan tempat2 makan berlumba-lumba menawarkan juadah berbuaka puasa hingga kadang2 harga yang dikenakan tidak masuk akal
Jika tahun lepas masjid dan surau penuh melimpah ruah untuk 15 hari pertama untuk bersolat tarawih berjemaah
Jika tahun lepas gedung2 membeli-belah penuh dengan orang ramai yang membeli baju dan barang kelengkapan menyambut hari raya
Jika tahun lepas kita takde masa dengan anak2 dan keluarga
Yaaa..jika tahun lepas kita busy dengan semua urusan dunia..

Tapi tahun ini isteri-isteri dah pandai masak juadah untuk berbuka puasa sebab sebelum tu sebulan dok praktis try and error semua resepi disebabkan PKP 1 dan 2
Tahun ni para suami inshallah boleh lead solat tarawih berjemaah sbb sama juga macam atas (practise make perfect kaedahnya)
Tahun ini inshallah kita boleh beberapa kali khatam Al-Quran..
Tahun ini anak2 dapat family bonding dengan mak ayah mereka
Tahun ini mungkin tiada budaya balik kampung sehingga perlu 5 ke 8 jam di atas jalanraya untuk jarak perjalanan yang hanya 200 km disebabkan bilangan kenderaan terlalu banyak.
Tahun ini mungkin kita tak dengar berita kanak2 cedera akibat bermain mercun
dan banyak lagi

Apa2 pun selamat menyambut bulan ramadhan..selamat menjalani ibadah puasa serta maaf jika ada terkasar bahasa dan terkilaf bicara...


Musim PKP ni boleh jer buat department meeting guna google handouts, meet, zoom (oppss..yang ni bahaya sket sbb banyak hackers)...See semua muka ceria...maklumlah duduk rumah.

Sekali sekala kena turun ke opis juga..terutama kena print official letter atau kena provide LOV atau full report. But still..kita scan then email to client..masih lagi mematuhi SOP yang dikenakan oleh kerajaan...sosial distancing serta pergerakan melebihi 10km.

Staysafe semua
Kitajagakita