Assalammualaikum,
Kat IG berderet-deret masuk cerita pasal posting seorang pakar motivasi.
Banyak komen pro and cons...
Pada saya terserah pada perception dan interpretation masing2. Nak sentap aka meroyan aka menyampah ke, nak jadikan sebagai pembakar semangat ke, nak agreed dengan statement tu..up to you..tepuk dada tanya hati....siapa tak nak kaya...berkepuk2 duit..duduk goyang kaki..tapi duit masyuk hari-hari..
Well, we are human not robot (owhh..kenapa la ayat skema ni selalu dipakai waima dalam meeting dalaman, ia meluncur keluar dengan jayanya...myyyy...)
Apa yang nak dikatakan disini..cabaran yang terdekat 3 ke 6 bulan or might be up to 12 months lps 31.8.2020 ni, baru kita akan nampak jelas kehidupan kita semua . Alang2 tak sampai lagi PKPP ni pun ramai yang kehilangan pekerjaan dan mata pencarian. Business tutup dan ada yang nyawa-nyawa kita. Kira month to month punya survival lah sekarang ni...
So apa persediaan kita?????
1. Tuanpunya business dok memikir unutk bulan depan ada ke gaji nak bayar kat pekerja. Kalau ada simpanan pun setakat mana boleh cover...might be dalam dua tiga bulan jer...or kalau nak extend sampai 4 ke 6 bulan terpaksa berlaku pemotongan gaji pekerja..siapa gaji banyak, banyak la percentage pemotongannya...yang gaji kecil kecil la percentagenya...iya la..kalau dulu sehari makan 3 4 kali..kali ni makan 2 kali atau sekali sahaja sehari. Kena amalkan sikap berjimat cermat.
Geng-geng marketing la teruk kena push hari2. Why no business in, why this..why that...We always komplen banyak kerja tapi takde proof ma..simple matematik..banyak kerja means banyak income masuk...ni income asyik ciput or telur jerr....camno...kadang2 dok fikir juga is this what we want! What is your business platform, target..why we different from others...speed delivery...selalu kelaut ni...
Tu yang majikan kena la cari alternatif business, at least boleh cover half of the cost. Fully utilised staff sedia ada...
2. Pekerja pula bila gaji kena potong..semua down. Simple..kalau rasa tak boleh nak proceed dengan tempat kerja sekarang..boleh la start cari kerja lain yang boleh menawarkan gaji lumayan tinggi. Cuma kena la buat survey company baru tu...cashflow camno, financial strong atau tak..jangan jadi 'last in first out' sudah...
Kalau dekat company sedia ada, majikan jenis tak berkira...kau nak keluar awal or masuk lewat sbb nak ambik bini la, ambik anak la, hantar mak pak la, nak pegi pejabat management ofis rumah la etc. Lepas tu suka2 nak cuti sedangkan tau kerja banyak tak siap then take your lenghty time untuk siapkan kerja...sampai berbuih2 supervisor koa tanya bila nak email, kes ni dah inspect ke belum, cari la evidence lain, dah buat plan dsbnya. Kalau bawak perangai mcm atas kat tempat baru sah2 dah kena buang.
Kalau kita diseconded ke anak syarikat lain then kena buat kerja selain dari pekerjaan asal..jangan la meroyan..ia la dok pertikai kalau ikut JD takde kerjanya...hello we talking about survivor now...for the sake of the company buat ajer la kerja yang disuruh...bukan free pun...still paid full salary kan?. Bukan suruh jadi amah ke.....suruh jadi tele-marketier jer...ala tu pun untuk sebulan setengah...banyak benor komplennya...Nama pun dipinjamkan sementara...
Kadang-kadang majikan pun satu hal..sediakan la outline and sistem bagai..ni kena buat 3 4 kali kerja which sebenarnya sekali dah cukup. Well...bila kita buat sesuatu yang bukan major..memang ler hairwire...ala tegal dari biasa...lama-lama pandai la...learn from mistake bak kata omputih.
Cuma apa yang nak cakap kat sini..contoh kalau ada simpanan 50 ke 100k pun tapi expenses bulanan cecah 5k ke 10k..boleh tahan sampai bila...tak sampai setahun pun. Lain la dalam akaun ada 1 juta..
ishh..nampak bebenor nipu kalau kata komitmen dua ke tiga ratus jer sebulan..tambang bas dah berapa, tambang lrt/mrt lagi..makan (kena gak beli bahan mentah)..tak kan nak pulun maggi jer hari2..Mana yang berkenderaan sendiri..minyak dan tol kena isi...bil air, elektrik, internet...belum masuk nak beli supplement..(should stop ni)...sakit pening lagi...yang ada keluarga..pampers anak..pampers bini..
Apa-apa pun kita harus kuat...hadapi jer la arus ni..yang paling penting..pada yang Rabb kita berserah...
3 comments:
hi there^^
happy weekend
Situasi karena adanya epidemi ini benar-benar membuat kita belajar prihatin.
Kita harus pintar-pintar mengelola uang.
Semoga situasi kembali baik.
Salam.
Hai Cik Litah...happy weekend..
Himawan Sant...terima kasih sebab singgah...
Post a Comment