Tuesday, August 31, 2010

Si cilik

Tools : Nikon CoolpixL20 (opis nyer)
Venue : Kelab Golf (apa la namanye..lupe lak), Johor Bharu
Artis : Anak bongsu kak sue


Aku kan ker ke JB. Selain dari lepak rumah kak sue..ni le antara aktiviti aku. Dok temankan kak sue ngantor aka merangkap pengurus artis tak bertauliah untuk anak bongsunya yg tanpa segan silu mempersembahkan tarian kaum jawa...kira adik ni nak meneruskan tradisi yang sudah mula luput di telan zaman.
Macam biasa bila tiba tang mood ok, ok le dia...tapi kalau tiba tang moody...semua step berterabur. Maknye siap bagi signal kat belakang. Hentam saje la Labuuuuuu.....



Sunday, August 29, 2010

Muzium Layang-layang@Pasir Gudang

Tools :Nikon CoolpixL20 (opis nyer...)
Lokasi : Muzium Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor Darul Takzim



Awal bulan 7 lepas, aku buat keputusan untuk ke selatan tanahair. Sajeee...jenjalan tenangkan fikiran yang dok serabut since balik Key Ell semula. Macam biasa aku mana ada rancang-rancang, belah macam tu ajer....naik bas sorang diri...
Terkezut gak member aku bila aku telefon ckp nak stay rumah dia. Mcm biasa katanya "kecik tapak tangan Danga Bay tu dia tadahkan". Hehehehehehe.
Tak jalan kemana pun...even ke kota singa. Aku memang lepak abis kat rumah kak sue yang terletak di salah satu lokasi elit hasil sentuhan SP Setia. Nama pun nak melapangkan fikiran kan...Lepak...tengok tv siaran singapura...makan..mandi...jalan ke taman...hantar kak sue p kerja n anak dia ke sekolah...balik..lepak..tido...pegi hutan batu pekana mee rebus tulang...Haaaa...tu le keja aku sepanjang 4 hari kat Jey Bee...
Ke Pasir Gudang pun atas jemputan seorang kenalan. Lagipun kitaorang nak pekena ikan siakap goreng panas2. Termasuk lawatan sambil belajar...ini tak boleh reveal....top secret...hehehehehehe.
Sementara menunggu "lawatan sambil belajar tu" line clear, Kami ke sini, ke Muzium Layang-Layang. Okey what! at least kenal la bermacam-macam jenis layang-layang samada buatan Malaysia dan luar negara. Macam-macam adooo....





Buatan negara matahari terbit pun adoooo....




Warggggggghhhhhh....

Friday, August 27, 2010

Sepupu Amin

Selain dari Amin, opah n atuk ada ramai cucu. 11 orang semuanya. Yang ni nak kata jarang datang ada la jugak datang jenguk opah n atuk. Maklumlah rumah kat sg. buluh sinun walaupun mak abah depa keja sepelaung jer dari rumah atuk n opah. Lgpun kalau opah n atuk nak jaga bila mak n abah depa p keja, mau pengsan atuk n opah. Hahahahaha.
Atuk, for sure tak bole buat rutine dia..heheheheheh...TIDOOO...Weh!org hidap diabetes mmg cenggitu..akn sentiasa letih bila paras gula dalam darah melebihi dari had biasa. Opah lak tak bole le attend geng marhaban..hehehehehehehe....
Tak pe..sesekali datang dan tido semalaman cukup mengembirakan hati opah n atuk.






Kakak moody...ceria bila atuk ajak p taman permainan kat bawah tu. Adik lak..dulu pantang nampak atuk..sure menangis...la ni dua-dua pantang atuk bangun, sure melalak. Tak duduk celah kangkang sure berkepit ke hulu ke hilir....Opah!!!!!selamat leee......tukang buat susu ajer...
Kakak siap pakai tudung bila atuk nak ke surau...nak itut katanya....iskh!iskh!iskh! Adik!!!...sama gak....

Thursday, August 19, 2010

Thursday, August 12, 2010

Wajah kesayangan hamba

makin putih janggut abah...
bila la nak dapat menantu lagi sorangg........hahahahahahaha

Tuesday, August 10, 2010

Pantai Merdeka - Part I

Lokasi : Pantai Merdeka, Kuala Muda, Kedah Darul Amannnn
Motif : Being up-graded.
1. Pantai - bersih boleh mandi-manda.
2. Pesiar kaki lima - boleh lepak2 kat tembok sambil ngadap laut
3. Kemudahan : a) Taman permainan kanak2 - okey
b) Padang permainan - volleyball, futsal, sukaneka
c) Tandas - tak sempat jengah. Bersih??? no komen
d) Food court - okey
e) Tempat letak kereta - spacious
4. Kalau nak tido - ada chalet. Harga ok gak.



Motto - Setia berbakti
Geng2 RELA dgn mat2 motor besar ada aktiviti riadah


Nak main lelayang - pilih mana satu
baju merah not for sale - anak sedara gua daaaaa....

The superheroes and heroeins
(refer to Baby's Day Out entry)

to be continued
P/s : photo lambat nak download. resolution besaq kut.

Tsunami

Lokasi : Kuala Muda, Sg. Petani, Kedah Darul Aman
Motif : Sampan-sampan yang rosak dan bertindan semasa tsunami melanda persisir pantai sebahagian kedah dan pulau pinang. Di cat dan dijadikan monumen sebagai peringatan kepada ahli keluarga mangsa tsunami.


Thursday, August 5, 2010

Ikan kekek mak iloi-iloi

Lokasi : Atas meja makan rumah
Model : Ipin n Upin
Time : 12.30 malam (gelap gelita)
Mode : Macro
Tools : Sony A500 (25 mm) - hentam sajalah!!!!!




Nota : Saya budak baru belajar

Tuesday, August 3, 2010

My first few shots

Salam n selamat sejahtera semua. My first wishlist dah tercapai last 2 week. Lama dok pendam ni dekat 2 tahun. Akhirnya dapat gak. Soooooo.....apa lagi kat bawah ni la seper 64 hasilnya.


"SAYA BUDAK BARU BELAJAR"















Lokasi : Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan
Tools : Sony A500 - 50mm