Wednesday, September 28, 2011

Land Acquisition - Pengambilan Balik Tanah - Ohhhh!!!

Sejak tukar department berkuatkuasa 1 September 2011 dari tampuk pemerintahan orang bukit, salah satu tujuan penilaian adalah pengambilan balik tanah. Ohhhh!!! gua tak sukeeeee......

Kerja leceh, client banyak songeh. Tuntut itu...tuntut ini. Ye la.....tanah kita diambil balik atas tujuan pembangunan sure la nak demand tinggi-tinggi. Cuba tanah gua yang kena....sure nak suruh value tinggi-tinggi jugak. Alhamdulillah, tak de. Maklumlah nak beli property kat KL ni, harga sekarang mencanak-canak naik. Kondominium pun 500k an above, rumah teres apatah lagi (setakat 800k ke atas tu standard), rumah berkembar (hmmmmm...jauh panggang..), bangalow (tak de dalam impian)...tanah?????...... Boleh dapat sebenarnya...tapi lokasi la pulak. Kira-kira balik kos pengangkutan dan masa terbuang dalam trafik jem lebih kurang sama ajer.

Ok, berbalik pada pengambilan ni. Apa-apa pun tuntutan adalah berdasarkan harga pasaran. Contoh ; Kalau status tanah tu "tanah simpanan melayu", untuk menilai kena ikut consider as "open title". Status tu tak digunapakai. Ye la, transaksi tanah simpanan melayu semuanya rendah-rendah belaka berbanding tanah open title atau geran putih.

Bercakap tentang status "Tanah Simpanan Melayu", kalau kita nak jual mahal..sure pembeli akan cakap. "Status tanah lu malay reserved, mana bole jual tinggi-tinggi..market tak de". Ala..murah-murah cukup le.". Maka terjuallah tanah tersebut contoh dalam $1 ke $2 sekaki persegi atau kurang dari itu. Sedangkan open title ni lebih dari contoh $15 ke $25 se kaki persegi.

Untung bila ada pengambilan, tanah kita akan dinilai dalam lingkungan harga di atas. Tapi biasanya ambik sikit ajer samada nak besarkan jalan atau buat kepentingan awam lain. Kalau terkena bangunan, itu juga di ambil kira.

Kalau terkena pengambilan di dalam bandar, terutama projek MRT ni...mau masak rega yang di minta. Dengar cerita ada bantahan dan ada laluan yang disuruh re-align balik. Bukan bias cuma bila melibatkan kawasan komersial yang ramai kaum .....sedaya upaya segala cara nak mengelak. Sebab mereka tahu, untuk mendapatkan kawasan itu balik tak akan setimpal dengan pampasan yang dibayar. Tapi kalau kena kawasan kita..."tak pe la...untuk pembangunan...."

Teringat cerita seorang pensyarah masa attend buka puasa kat Dewan Perdana Felda. Katanya...contoh...macam mana London tu 100 tahun dulu dah ada sistem pengangkutan bawah tanah. Macam mana Star dengan LRT tak boleh satu bumbung. Kena jalan kaki atau naik tangga untuk pergi dari stesen ke stesen terbabit. Ala...sis..itu diaorang...kita ni lain....renung-renungkan lah....

Banyak lagi la nak cerita pasal pengambilan ni. Tapi tunggu lps siapkan report untuk Jalan Cheras ni dulu. Kasi pecah kepala.......Adoiiiii....

Empire Subang shopping gallery


Hari ini dikejutkan dengan berita Empire Subang Shopping complex di SS16, Subang Jaya meletup. Kejadian seperti yang dilapurkan didalam berita-berita online berlaku pada jam 3.30 pagi.

Bunyi letupan dikatakan dapat didengari sampai ke Bangsar. Kuat tu!!!!!
4 cedera dan penghuni hotel serta service apartment bersebelahan diarahkan berpindah pada masa kejadian.

Punca letupan seperti yang dikhabarkan berpunca dari pipe gas didalam Starbuck. Setakat ini masih dalam siasatan.


Photo : Ehsan star online.

Hmmmm...rasanya kejadian yang sama turut berlaku pada salah satu complex Jaya Jusco sebelum opening. Gas meletup dalam foodcourt. Human mishandling or ?????

Saturday, September 24, 2011

Poster drama photoshoot



Pagi td sulaimanakhlaken tanya, nak tengok dia photoshoot poster untuk drama melayu kat setiawangsa. Aku tanya berapa lama. Dia cakap dalam 2 jam. "Ok! setttt..."

Maka kami dua beradik pun ke tempat lokasi. First day shoot actually. Well known production house. Aktif gak la terbitkan drama melayu. Young producer and director. Fresh idea!!!!! Ala drama-drama dia, amani n isma selalu berlakon.

Semua main actor ada. Antaranya Nabila Huda, Imelda Rosnaida, Is and Riz (Sorry guz, i can't have uolls full name but pelakon2 lelaki ni tinggi melangut). Oh! tak lupa Musthapa Kamal. Tajuk drama (nama seorang perempuan). Menurut pengarahnya, drama ni pasal nabila (she humble n tak kisah, kerja kedai kek mak dia walaupun bapak kaya gila). Bila bapak (mustapha kamal) kawin dgn secretary (imelda), she ok sbb dia rasa imelda sekepala dgn dia. Tapi sebenarnya imelda ada rancangan. Riz lak bekas tunang nabila (lari masa hari kawin lps tu nak nabila balik walaupun masa tu nabila dah kawin dgn street gigolo - Is) Bila bapak dia mati (i think so), nabila kena take over business bapak dia. So...masa ni la emosi, dendam, kisah silam berlegar...Bila dah ada dlm slot drama kat stesen TV..korang tengok ajer la nanti ye......

Director nak kitaorang capture ala-ala macam 2 poster tu. But still up to the originality dan creativity photographer plus creativity poster designer. Kita orang tangkap gambar pelakon-pelakon tu based on their own character.

Kerja aku : Pegang reflection screen n flash plus bagi idea macam mana diorang kena olah karakter masing-masing. Jadi leeeee.............


Nota : poster ehsan encik google

Monday, September 19, 2011

Rumah terbuka @ Bt 18, Sungai Lui

Ada jemputan rakan seofis
Sempena rumah terbuka aka house warming
Sepanjang perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur ke sini
Disajikan dengan pemandangan kampung bermula dari Masjid batu 14
Nak ke rumah rakan saya ini perlu parking kereta di satu kawasan
kemudian berjalan kaki dalam 600 metres
menyeberang sungai menggunakan jambatan besi dan berjalan kaki sejauh 250 meter
baru sampai rumahnye
dikelilingi dengan pokok buah-buahan terutama durian
nampak belakang rumah bukit bukau
Hijauuuuuu...teringat kampung mak n abah
Kalau aku...tengok air sungai tu mau terjun dan bermandi-manda
Apakan daya.....weh! rumah terbuka..bukan..pegi piknik...



Terserempak dengan novelis Norhayati Berahim
Nice lady....



At the eye of 33rd Floor


Ari tu ada meeting kat sini
So, sebelum meeting start..snap!..snap! le
Bukan senang nak naik sini
Jadi leeee........



Bangunan Angkasaraya setelah di robohkan.
Macamana rupa sebelumnye...google sendiri..hehehehehe

Tuesday, September 6, 2011

Salam Aidilfitri


Ingat beraya kat KL ajer
Sekali raya ke-2, raya ke-3 actually, sbb gerak dari toll Jalan Duta tepat 12 tengahmalam.
Sampai rumah pak lang kat Kg. Dew, Taiping pukul 3, ketuk-ketuk, bagi salam, pung pang berborak pasal lontong mak buat khas, pasal anak-anak, etc
Pukul 4.30 pagi gerak ke Padang Kota, Tikam Batu-Sungai Petani (Kedah), sampai tepat2 azan subuh. Jemaah kat masjid Kg. Jawi, sampai rumah adik, tidur sampai 10.30 pagi. Jaga, mandi-manda, sarapan, lepas tu gerak ke Pantai Merdeka naik bot pegi Tanjung Dawai. Beli ikan talang masin, ikan kedera, ikan bilis, keropok, pekena air tebu tanpa ais. Pheh! Nikmat.
Balik dlm 3.30, makan tengahari, lepak-lepak tepi sungai, tepi taliair baru, main kejar-kejar ayam jantan, tengok cicak tokek, tengok kucing hutan, tengok tempat sejarah kota lama.
Lps maghrib pegi pekan Sg. Petani, cari klinik pakar, tutup. Balik.....MAIN MERCUN!!!!!!Yahooooooooooo......kebabom.....
Lps main mercun sessi karaoke lagu2 raya. Sampai pukul 1...nasib baik belakang sungai, depan kedai (maklumlah dalam pekan), kanan gelanggang silat, kiri parking kereta...maka terkeluarlah segala suara-suara sumbang...hahahahahaha.....
Esok pagi gerak ke Alor Setar, makan-makan, yg lelaki pegi sembahyang Jumaat. Lps tu gerak ke Kuala Kangsar. Beraya rumah sedara-mara, tidur rumah pakcu man kat Kg. Bendang Ujib.
Esok pagi ke Empangan Chenderoh, menjala ikan (tunggu orang menjala actually...dpt le ikan sungai dalam 20 - 30 ekor). Kemas2 gerak ke Taman Indah, Tanjung Rambutan. Ikut jalan lama kuala kangsar-sg siput-chemor-tg rambutan-tambun(dengar radio highway jem gila dari R&R Sungai Perak sampai Terowong Menora-tak kuasa teman). Lps makan-makan rumah makwe ham, gerak balik ke KL. Dari Simpang Pulai sampai R & R Tapah, jalan macam semut. Ambik jalan perseketuan(bole berjimba-jimba, memecut pada kelajuan 100km/j sedangkan speed limit 80km/j) sampai Behrang, exit balik highway. Berenti maghrib kat R & R Ulu Bernam (mak aih..ramai bebenor manusia). Lps tu apa lg pecut la sampai KL. Ahad...tido-bangun-makan-gelak-gelak-tido-bangun-tido-bangun....Isnin cuti...ngeh!ngeh!ngeh!


p/s : gambar2 next entry. cekidot.....