Assalammualaikum,
Masa lepak kat rumah mak jumaat lepas, sebelum balik mak bekalkan ni.
Kuih karassss...haluih buatannya, cantik bentuknya, sedap rasanya, tak berminyak..
Sebekas RM15...kedah mariiii...
Assalammualaikum,
Masa lepak kat rumah mak jumaat lepas, sebelum balik mak bekalkan ni.
Kuih karassss...haluih buatannya, cantik bentuknya, sedap rasanya, tak berminyak..
Sebekas RM15...kedah mariiii...
Assalammualaikum,
Ahad 28.03.2021
Pagi semasa bersiap-siap nak ke office. Pemandangan mcm biasa dari rumah sewa teman.
Pulang dari ofis lebih kurang jam 6.59 petang. Area2 Puchong dah hujan. Sunset pun segan-segan gitu.
Assalammualaikum,
Pagi semalam admin assistant saya menikah dengan rakan sekerja merangkap anak sedara boss besar.
Ni namanya cinta tempat kerja.
Tahniah dari semua rakan sekerja lain.
Assalammualaikum,
Wonders bila ada orang yang kata saya ni rasis.
Rasis in a sense of tak bagi you joint the group. Membuatkan si polan ni rasa sakit hati semalam.
Eh!!! hello...teman mana ada rasis..kaum kamu yang banyak rasis...
Cerita macam ini.
Kami ni tengah struggle untuk siapkan task ikut deadline yang diberikan. Kena submit isnin depan. Lepas tu semua dokumen and info semalam baru dapat. So dalam group tu ada 4 orang. Setiap orang ada peranan masing2.
1. Mamat A dan Minah A : Buat lapuran penilaian (Ada 5 lapuran)
2. Mamat B : Buat analysis, calculation, items
3. Mamat C : Pastikan semua carian hakmilik untuk lot terlibat, harta perbandingan, planning, survey sheet, PA plan, comparable plan, appendices, etc in order.
4. Tugas teman : off course la pantau kerja2 dema2 kat atas tu. deal dgn client mana info yang kurang.
Kamu datang kat teman, nak joint sebab nak belajar macam mana nak buat report pengambilan balik tanah. Tapi kamu tak nak terlibat dengan kerja2 di atas. Well sekadar nak tahu boleh jer..
Tapi jangan sampai ganggu staff yang tengah buat kerja tu..bila kamu tak faham..people had to stop their work..explain to you..then lepas tu kamu boleh lak lawan balik..tak boleh macam ni la...im lecturer, bla..bla.. ok...so what!! i dont care la you lecturer ker..tapi when it comes to technical things koa kena la listen to technical people. macam la kita ni bangang juga..kita pun belajar benda sama maa..kat uni..cuma bila kita dah kerja and kita dalam this line..totally different bila u mengajar n follow the book...iskh..geram bebenor rasanya..
Ada pulak dia boleh tanya soalan kenapa dalam pelan akui ni takde laluan skve..teman jawab la..bukan tugas kita buat benda tu semua..tanya la orang yang buat survey tu..further kena la kamu tengok tarikh pelan tu dikeluarkan..masa tu skve ada ke takde. then kenapa la refer kepada pelan pengambilan yang latest...
Tanya lagi kena field map estate ni warna kuning, warna merah la...adoii..kata lecturer ada phd lagi..kalau budak darjah 1 boleh la kami jawab...
So many things la yang she ask...
Until bebudak teman dah komplen on your interruption and your attitude yang annoying, off course teman had to do something. Teman cakap kat minah ni do no be in the meeting room where 4 off them do their works.
Once report dah siap baru you boleh tanya.
Tu yang dia mengadu kat mamat C yang teman ni rasis. mamat C tu sama kaum dengan kamu pun kata kamu annoying...
Teman ni sesuci bersih macam kereta putih kat atas...tetiba koa kata teman rasis...iskh iskh..
Oh...nk bgtau..kereta atas la yang kami sewa sebulan sampai kereta siap...plat no..W...4848.
Assalammualaikum,
Jumaat lepas, selepas maghrib.
Kami kanak-kanak ribena ke ioi city mall, untuk acara makan2.
Hehehehehe bukan apa ada dua orang antara kami puasa ganti, soooo...depa teringin makan korean food.
Ke kyochon...macam biasa kena beratur...malas sbb lapar...
So kita ke tingkat atas sekali..makan kat soopong...
Depa2 ambik set lps tu ada additional dishes...bila sampai unbelievable..ni makan ke melantak...iskh..iskh..iskh..
Teman order telur dadar ala-ala kuih padam pelita (macam lepeng pisang atau lempeng tepung) jer.
Lps tu jamah depa-depa punya makanan sket..alaaa..sesuap dua jer...sbb teman masih dlm frasa diet...wohaaa....nan hadooo...
Assalammualaikum,
Pada pagi Rabu 17.3.2021 lebih kurang jam 9.45 pagi, tengah tunggu staff kat ofis nak gerak je JB. Teman ada court hearing pengambilan balik tanah pada pukul 9 pagi keesokkan harinya...
Tiba-tiba dapat call dari AbangGebu (AG)...katanya kereta kena langgar belakang...Allah...
Tak jauh pun kejadian dari kawasan rumah...Klu dari Putrajaya/Hospital Serdang ikut Lebuhraya Bisraya sebelum susur kiri nak ke UPM dan nak ke Toll Seri Kembangan (NSE). Lane paling kanan sekali tu.
Myvi cium punggung x-trail...iskh..iskh..iskh...yang bawak myvi tu pompuan. Nurse kat hospital swasta. Dia mengaku yg dia bawak laju. AG kata dari susur hospital serdang lg myvi ni mmg menonong laju..tu yang AG lari dr lane tengah ke lane paling kanan..dia ikut juga..depan kereta AG ada kereta brek sbb depan kereta dia brek dan depan kereta tu pun brek...kita mmg ler sempat brek tapi dah dia follow rapat sangat mmg ler berdentum...dah tu mmg sifat yg bawak kereta jenis ni suka cucuk rapat2...bukan semua tetapi kebanyakkannya la...king of the road katakan...haisssssh...
Eh lupa..kedua2 pemandu safe n sound...
Takpe la..kita anggap sahaja ini ujian Allah kat kita..kita hilang ini..mana tau Allah nak ganti yang lebih baik, lebih bagus, lebih besor..lebih mahal....aminnnnnn....
Assalammualaikum,
Semalam ada site inspection kat carey island.
Lepas inspect lg 10 min pukul 7, budak2 ni ajak ke pantai...ni bukan pulau pangkor ada pantai pasir putih..ni selut.. ikutkan jer..yg penting maghrib jangan tinggal.
Dua kereta masuk site. Masa ni dalam pkl 6 gitu. Scary tu lalu kat kawasan semak. Sebelah kiri ban. Belakang ban pokok bakau + air sungai/air laut. Belah kanan parit besar. Silap turn menjunam masuk parit. Most scary thing ternampak kat paya bakau tu macam benda tergantung. Kebetulan tenghari rembang sebelum tu kami pegi di other side of the island. One of the estate staff kata ada kubur orang asli dalam paya bakau. Terbangkan drone tak tau la nampak ke tak... iskh idok la teman...
Assalammualaikum,
Salam Jumaat. Semalam Isra' Mi'raj. Tentu ramai yang berpuasa sunat kan. Alhamdulillah.
Tajuk hari ni takde kena mengena dengan drama ulang tayang 'Pujaan Hati Kanda'. Ni pujaan hati AG.
Assalammualaikum,
Teman ni bukan sahaja penilai berdaftar merangkap juga admin dealing dengan kontraktor untuk pasang papan iklan.
Bila kita buat papan iklan jenis 3D, perkara pertama untuk bertahan lama adalah agak mustahil. Perlu ambil kira cuaca terutama bila hujan. Kalau kontraktor yang buat papan iklan tu workmanship tak bagus maka huruf-huruf di papan iklan akan mula berkeladak. So kalau malam ada la huruf-huruf yang tak timbul. Contoh Ian Scott jadi I without a dan n. Manakala S and o without c and t.
Kalau light box pula pastikan jangan guna lampu LED..guna jer lampu kalimantang...terang benderang n tahan lama.
Kebetulan unit sebelah naik papan iklan yayasan. So kita buat maintenance untuk papan iklan yang rongak tu sekali.
Selesai tugas. Lepas ni orang nak datang dari jauh dah nampak. Jangan dah siap pahat berbunyi. Hehehehe.
Assalammualaikum,
Semalam mengunjungi sahabat yang dekat 5 tahun tak bersua muka. Kebetulan masa sampai rumahnya hujan lebat. Rezeki kata orang tua2.
Tinggal kat nun dihujung Taman Melawati. Dari balkoni nampak hijau jer...best betul. Lepas hujan berkabus...perghhh..sejuk gila.
Kat rumah sahabat ni ada 3 ekor ku-ceng betina. Ibu yg berumur setahun lebih nama meyeoww...manakala 2 ekor anak dia yang berumur setahun bernama maghrib dan isyak. Tuannya kata lahir waktu gitu senang betul bagi nama.
Dah tunjuk kat AG..dia berkenan dengan miyeoww...maghrib tuannya sayang...isyak muka sombong.
Masalahnya kalau nak start bela ku-ceng balik kena sediakan segala kelengkapan macam dulu. Tempat buang air besarnya, makanan lagi..sangkar mungkin tak. sebab macam kesian kalau letak ku-ceng dalam sangkar.
Lagipun AG kata dia bz sikit sekarang ni. Pokok bunga pun dah tak terjaga...alhamdulillah depa masih sudi untuk mengeluarkan bunga.
Nanti-nanti la...tapi teman kalau nak bela prefer yang baby lg...klu dah besor ni takut kena cakar...hehehehehe...
Assalammualaikum,
Pernah tak kita terfikir apabila
berada didalam alam pekerjaan, kita rasa tiba-tiba macam nak berhenti kerja
sahaja.
Malas dah nak fikir kena
berurusan dengan tuanpunya syarikat, malas berurusan dengan rakan sekerja,
malas berurusan dengan kakitangan, malas berurusan dengan client. Serba serbi
malas lah.
Tiba-tiba dapat call dari pencari
kepala. Tanya interested tak nak submit CV for certain post. Q4 lepas ada la
satu. Q1 ni ada lagi satu.
Iskh lama bebenor tak update CV.
Dok tenung jer quote ni…
IF someone
treats you BAD, Just remember
that there is something wrong with THEM, Not You. Normal people
don’t go around destroying other people. IF you feel some sense of importance because your people are afraid
of you or when the ‘boss’ is coming, everyone gets tight with fright. I got
news for you, THIS IS NOT LEADERSHIP; IT’s BULLYING and if you feel some
sense of importance by making someone feel less of themselves, something is
definitely wrong with you. |
Assalammualaikum,
Apa kebenda flyover tonggeknya. Hehehehehe..kejadian semalam...
Ikut staff ronda2 site yang nak kena acquired untuk rentis...so destinasi kami dari ofis ikut SKVE sampai ke Pulau Indah. Sebelum toll Pulau Indah ada jambatan tonggek menyeberangi selat melaka kecik.