Monday, August 31, 2015

Suasana aidilfitri

Assalammualaikum...i'm back!!!
Sambung cerita masa sambut aidilfitri di riau.
Bawah tu acara memanjat pokok pinang...well batang kayu actually..licin...kat atas tu macam2 hadiah ada...mostly keperluan harian...nama pun acara sukan suka suki...



Bebudak ni orang sibuk tengok pacu perahu..deme mandi bertelanjang lak...well kids..



Sebenarnya semasa saya ke sini negeri riau ni dah sebulan lebih tak hujan...air perigi pun keruh n kadang2 takde langsung...owh..depa kat sini takde paip air semua menggunakan air perigi..sometimes ada sampai 2 perigi...kalau hujan cukup airnya jernih sekali..macam air mineral...

Sungai pun cetek...waima photo kat bawah tu adalah di tengah2 sungai which sebenarnya dalam...mungkin sebab air bedungan tak d lepaskan...kalau tak..tak cukup lak nak spin untuk penjanaan elektrik..bergelap satu riau....


Masanya ni lagi setengah jam nak maghrib...owh..sana maghrib masuk pukul 6.30ptg.. depa one hour late then us.


Aktiviti lain attend kenduri kahwin...kat malaysia mana ada bertandan-tandan pisang berbuah di sebatang pokok kayu...hehehehehe



Kat sini pengantin 10.30 pagi dah bersiap dan bersanding untuk tontonan umum sampai la petang nanti...


Banyak sebenarnya pengalaman di sini..dengan acara bunga api serta mercun das berdas-das...lumba kerbau (selalu miss nak ambik gambar kerbau...mahal wooo kerbau..lebih kurang RM5.6k..)

Apa2 pun saya do enjoy...even sy tertangkap syahdu malam raya sebab tak beraya dengan mak ayah...uwaaa....sob-sob..:)

Thursday, August 6, 2015

Ziarah dan bersukan di aidilfitri -Teaser

 Assalammualaikum,

Menziarah saudara mara sempena aidilfitri dan dalam masa yang sama bersukan.
Pelik bukan...tetapi bukan sesuatu yang pelik atau ganjil untuk masyarakat Melayu Riau di Kg Pulau Terap, Kuok, Bankinang. Indonesia.
2nd day of syawal, bermacam-macam acara sukan di mulakan. Ala-ala sukaneka seperti berlari dalam guni, terompah, tarik tali, isi air dalam botol dan memanjat batang pinang. Malam-malam main gong and long last for 1 week.
Gambar di bawah adalah acara kemuncak iaitu pacu sampan.
Nanti la cerita lagi...mood ke laut....




Ni la pemenangnya. Tempat pertama 6,000,000.00....bukan ringgit tapi rupiah.

Sorry, gambar kabur guna handphone jer...