Monday, March 30, 2026

TRG 19 : Team Raya Key Ell

Assalammualaikum,

Malas bebenor rasanya teman nak bercerita tentang Hari Raya.

Entahlah..rasa nak menyambut tu takde..semalam genap 100 hari abah tinggalkan kami. 

Kalau tak mengenang, adik beradik dan mak2 sedara masih ada di KL..mungkin teman beraya di Trgganu sahaja. Kira orang lain beraya..kami berdua mungkin lepak dekat pantai jer..har..har..har..

Well..hidup perlu diteruskan..so pulang lah kami ke Kuala Lumpur. Tu pun gerak dari Kemaman sbb dah 3 hari berada di ofis situ. Sempat lagi inspect 2 ladang sawit di Dungun dan Kemaman. Satu jer kalau beraya di perantauan ni terutama on the opposite side..tak merasa kena hadap jem. LPT/Karak/Bentong- clear gila..kecuali bila dah start masuk KL..tu pun kami sempat lagi singgah Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang. Ada la beli lauk2 sikit untuk berbuka puasa.


Masa ni jalan ok lagi...
Sekaliiii....


Simpang 4 Jalan Tun Razak/Semarak tu kalau boleh sumbat..nak sumbat semua..dah tengok depan tak jalan..jangan la jalan..last2 stuck kat dalam petak kuning tu....semua tak boleh jalan...
Eh! rindu pulak nak tengok jem ni..maklumlah duduk kat Trg takde jem sangat..jem manja2 tu ada la...


Selamat Hari Raya semua..maaf zahir dan batin.



Monday, March 9, 2026

TRG 18 : Kay Bee - Kalau dah rezeki

Assalammualaikum,

Weekend baru ni kan ker cuti kapit. Awat jadi macam tu???. 

Hari Rabu cuti sebab birthday Sultan Terengganu. Khamis memang kerja. Jumaat dan Sabtu mmg sini cuti. Tetapi memandangkan Sabtu tu Nuzul Quran, so membawa ke Ahad. Ramai jer yang cuti straight dari Rabu sampai Ahad...berbelanja untuk Hari Raya kut.

Ikutkan, memang tak nak ke mana-mana...maklumlah cuaca panas sebab Trengganu dekat sangat dengan Matahari..hehehehehe..sampai migrain lah..teman bukan boleh sangat silau-silau ni..panas lit-lit ooo...

Tetapi bila tenung Abang Gebu, kesian pulak dia..duduk terperuk dalam rumah..2 kali dia request nak ke bazar ramadhan..kita bukan apa..dia bukan sihat sangat..dengan cuaca panas..orang ramai sesak2 tu..risau ada penyakit berjangkit..musim tibi kan...tapi teman bawak juga lerr...

Masa berbuka hari Khamis tu, teman tanya..kalau esok pagi (Jumaat), kita ke Kay Bee (Kota Bharu) berbuka dengan anak bongsu, menantu dan cucu2...terus AG angguk2 sambil keluar suara..nakkk...

So gerak la kami. Mula2 singgah rumah anak dulu. Lepas solat Jumaat baru gerak ke hotel. Kami stay di H-Elite Hotel, Tunjong, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu. Kita cari hotel yang bukan dalam bandor..untuk elak sesak...

Sekali sesak juga..sbb ada bazar di petak parking Mydin Tunjong dengan orang ramai yang berbelanja di situ. Mmg tak rilek betul yea..but still managable.







Sinki ni kat luar..bukan bersekali dengan bilik air..

Perancangannya adalah, kami berdua akan makan light-light jer kat bilik..solat maghrib siap2..lepas tu baru makan berat. Sbb kalau baru nak booking untuk berbuka puasa for sure full house kan..maklumlah musim cuti. So anak pun bagitahu yang dia dah booking satu restaurant siam. Sbb AG teringin nak makan tomyam dengan siakap dan lain-lain. Kata anak dia ambik slot ke-2, iaitu pukul 8.30..kira just nice ler..

Pukul 8.20 malam, teman sampai dulu..memang nampak ramai orang duduk kat luar berkumpul..dalam restaurant pula tengah tengok pekerja kemas2 meja..sekali tengok mereka gerak ke kereta..aikkk..

So teman masuk dulu..teman cakap la anak ada booking..4 dewasa 3 kanak-kanak..sekali pekerja situ cakap..takde slot untuk 8.30..ahhh..sudah...anak pula tak sampai lagi. Tapi pekerja tu bagi jer kami duduk di meja sambil letak menu suruh pilih sambil tu dia still tanya ada tak message wassap sbb pemahaman teman, anak ada cakap yang dia dah select menu. Teman terus tunjuk menu yang anak pilih. Dia pun pergi ke kitchen. Tak lama dia keluar sambil bagitahu yang kitchen dah closed...Allah..kebetulan anak pun mmg baru sampai..dia pun tunjuk la message confirmation. Rupanya..boss mereka tak bagitahu kat kaunter yg ada booking untuk 8.30..

Lorrr..bukan salah kami pun. Muka memang dah frust la..tapi rilek la kan..anggap dugaan berpuasa. Anak cakap kita makan tempat lain la macam tu....kami nak bangun dari meja..yg jaga kaunter tu cakap tunggu dulu..dia tanya kami ok tak..sbb ada satu meja mmg penuh dengan makanan tetapi orang tu tak datang..cuma sejuk sikit ler..tapi tomyam tu dia boleh panaskan. 

Teman malas fikir panjang..ok kan jer lah...sekali bila dia letak semua lauk2 tu..eh..macam sama jer menu yg anak order...tapi pekerja tu still insist yang menu tu untuk orang lain. Apa2 jer lah...

Alhamdullilah..sejuk2 pun sedap...beria Abang Gebu makan..maklumlah selalu berbuka dan bersahur berdua sahaja..ni ada anak2 dan cucu2..

Kenapa teman cakap AG beria2 makan..sebab dah dekat seminggu lebih..menu AG cuma bubur nasi atau nasi air..selang seli beserta lauk..kalau nasi dia cuma makan 3/4 sudu jer.....katanya beras kat rumah tu tak sedap..haishhh...dia tak tau dunia tengah nak berperang ni..

Owh..kami balik keesokkan harinya..sbb teman banyak urusan kat KT..