Saturday, June 27, 2009

Sepi

Disatu petang yang disertakan dengan kehadiran angin yang menderu-deru dan setibanya aku di salah satu hospital terkemuka di ibu kota, hujan pun turun mencurah-curah.
Aku kesini melawat seorang ibu tua yang diuji oleh Allah dengan kesakitan. Wajahnya ceria takkala kami memunculkan diri di pintu wad. Senyum lebor sampai ke telinga - bak kata org Perak. Si ibu ini disahkan mengalami kegagalan buah pinggang. Dekat 5 hari di tahan wad, part2 yg kena tebuk sudah dibuka satu persatu. Cuma menunggu untuk menjalani pembedahan membuang salah satu buah pinggang yg tidak berfungsi itu sahaja.
Anak2 mana Mak????....Dema tak datang ke melawat. Ate tak de sape yg menjaga ker......
Sambil terkulat2 si ibu tua menjawab.....OOOOOooooo dema banyak heinya..(banyak hal-iaitu kekangan tugas tahap gaban atau masalah2 berbangkit yg tidak memungkin mereka2 melawat(datang melawat tp tak menjaga)/menjaga/bertanya khabar/mengambil berat si ibu ini - ambil berat kut, kita berbaik sangka la ye..). Semalam si A datang kejap....sebelum tu si B datang...tapi ari ni si C cakap tak dapat datang...ada heai(hal)...
Malam2 sape yg jage....Sambil memandang aku, si ibu hanya mengelengkan kepala...Ade le si J(singkatan nama utk anak jantan) tido sini sekejap..tapi misi (nurse) tak bagi dan suruh balik sebab dia lelaki....
Aku dok terfikir di benak ini. Anak pompuan ada 5, kalau anak pompuan tak bole jage...anak lelaki ada 5, so bole rasenye mintak tolong menantu pompuan jage.....Deme keroje....anak2 kena tengok...aihhhh...rasanye semua guna maid...Tak tau la aku kut2 maid dah lari bila kerajaan Indonesia menarik balik semua penghantaran pembantu rumah ke Malaysia 2 hari lepas.
Sekaligus aku mengimbau masa zaman aku masuk unibersiti dulu..bila mak aku kena operate..masa tu aku tengah periksa tapi aku tak bole jaga mak...tugas itu di pikul oleh adik perempuan aku....Aku sedihhhh....
TAPI aku balas balik...bila mak kena masuk ward sekali lagi untuk satu operation dan rentetan dari kesan2 kimoterapi serta siri2 kemasukan ward...aku dan adik aku serta menantu mak diberi secebis rasa kasih untuk menjaga ibu tercinta. Adik aku/ipar shift siang...aku shift malam...Merasa la jugak tido atas kerusi keras dan simen beralaskan tikar mengkuang...Aku dan adik aku tak kisah...yg penting mak selamat dan bila kami celik mata, mak masih bernafas....Ya...aku mengaku aku penat...kena pegi keja lagi..pegi site lagi, tengok rumah, ambik itu, ambik ini...orang dok mengata aku sebab tak nampak aku waktu siang bila depa datang melawat...tapi yang penting bila malam mak nak tido atau bila mak terjaga tengah malam, mak nampak aku atau adik aku ada kat sebelah dia dan bila aku tengok mak tido dengan tenang....aku TAK SANGGUP nak tinggalkan dia sorang2 terbaring atas katil tu......
Ok..la kita bersangka baik...mungkin disebabkan condition mak yg tak boleh ditinggalkan semasa dalam ward dan condition si ibu tua yg boleh menjaga diri sendiri, MAKA wujud 2 situasi BERBEZA...
LU PIKIR LA SENDIRI.......................

Wednesday, June 24, 2009

Goldmine, Goldsmith or Goldman?

Semalam masa ke area Bukit Bintang terserempak lak dgn benda ni. Tag dia simple jer
" Kalau nak tangkap gambar bersama, bagi jer la berapa yg ikhlas" - aku translate dlm bahasa ek. Zaman gawat2 ni manusia bersifat kreatif utk mencari rezeki. Kira respek la sbb dia tak perlu mengemis dgn menggunakan surat palsu utk mendapat simpati orang ramai. Maklumlah, orang Malaysia kan ke pemurah. Kalau tak kenapa kanak-kanak rakyat asing menggunakan medium itu untuk mengemis. Termasuk mereka yang berpura-pura cacat.
Bercerita tentang kreatif, surat khabar Utusan semalam menceritakan kat luar negara ada pencari kerja meletakkan resume dalam kasut indirectly says that choose them instead of other kpd penemuduga tersebut, siap ada yang tolong basuh kereta, tunggu kat traffic light to wish penemuduga....
Tapi anak2 muda kat Malaysia ni masih lagi ker memilih kerja?
Oh ! ya semalam tak nampak pulak penari2 shuffle or mat2 punk kat sini or hari minggu jer depa semua keluar.




Kereta idaman Malaya

Sunday, June 21, 2009

Hero pojaan malaya

Hari ini walaupun sambutannya tak semeriah Hari Ibu, waima bagaimanapun untuk semua lelaki2 yg bergelar bapa termasuk lelaki yg bergelar bapa saudara kepada anak2 saudara kecuali bapa2 ayam diucapkan "Selamat Menyambut Hari Bapa", teristimewa untuk pojaan hatiku Hj Yusof aka Ismail bin Ashaari.





Belah kiri tu la, hero pojaan hatiku. Yg tengah dok tersengih tu, tak tau la sapa dia. Gambar ni diambil pada tahun 1965. Kalau sapa2 yg terperasaan la, muka aku ada iras2 muka bapak aku, tang tenungannya....mengoda...awwww...., tu versi masa kurus melidi. Maka kalau anak perempuan yg mempunyai iras2 bapa mereka, orang kata la.....bukan aku yg cakap ek...Sejuk...Sejuk tang mana aku tak tau la....harharharhar....
Untuk abah, kami semua mendoakan semoga abah diberikan kesihatan yg tip top oleh Allah Taala, kalau dizinkanNya...tahun ni tak nak sponsor p umrah lagi kah????....

Thursday, June 18, 2009

Tenang

Bila tension dgn kerja,
salah satu tempat aku melepaskan rasa kecamuk fikiran,
disinilah.










Sesungguhnya,
aku begitu kerdil

Tuesday, June 16, 2009

Catatan seorang penilai 2

Aku bz tahap gaban sekarang ni. Bukan apa secara tiba-tiba, dateline bertimpa2 (tak percaya tanya orang bukit). Ek eleh, semua orang bz gak kan..tapi serius kali ni jgn kata aku nak online time office hour (boss dah dok peringat we all semua, internet utk kegunaan keja bukan balas YM), nak update blog ni pun payah...even sampai ada la merajuk sebab aku dah lama tak melawat kawasan dan bertanya khabar...Kepada korang2 semua jangan la amik ati dgn aku ek....maaflah diri ini...sesungguhnya aku tak berdaya......
Ari ni aku nak bercerita tentang apa yg aku buat ari ni. Tugasan kali ni kat area2 Rawang, more specific kat Templer Park (nanti2 la aku masuk en3 pasal ni la ek). Macam biasa..to locate tanah mmg mencabar tahap gaban. Maklumlah, tanah2 ni mana ada post box macam alamat rumah kita kan...so kena berpandu kepada RSS (Revenue Survey Sheet aka Syit Piawai size A0) or HCS (Hoo Chin Soon map) or apa2 dokumen yg provided by client. Kalau tak der site plan dari copy of title lagi masak nak mencari. Apa2 hal pun sebelum search for that land..rajin2 la kan diri pegi land office, check kat Bahagian Tanah, cuba dapatkan pelan tapak etc...or pegi bahagian pendaftaran buat carian persendirian or carian rasmi or carian salinan sah (CTC). Tengok nasib la ada yg dapat on the spot, macam Selangor Registry of Title office in Shah Alam, CTC kena tunggu seminggu baru dapat. Itu pun kalau buku title tu tak der orang sorokkan bawah meja or berjalan ke meja ntah sapa2 ntah...mungkin amik masa sebulan...
Walaupun pencarian dibahagian pelan tidak berhasil setelah aku kena menapak 2 kali naik ke tingkat 2, gara2 salah naik tangga tapi aku masih bole cari other alternatif. Pegi ke bahagian pendaftaran dan buat la carian salinan sah. Depa akan bagi korang satu set title dengan site plan sekali siap chop pejabat tanah "Salinan diakui sah". Dari situ korang boleh terus pegi ke site terbabit...ronda2 la 3 4 kali pusing. Kalau jumpa...kalau tak jumpa pegi lagi ke pejabat tanah, kali ni jumpa SO (Settlement officer or orang kayu)...kalau SO tak ada ari tu..datang la hari lain sampai korang dapat jumpa dia....(Betapa aku rasa rugi bila melibatkan pakcik2 dan makcik yg ada tanah area2 daerah Gombak tapi duduk bangi or kajang, kena datang balik bila pegawai terlibat tak ada sebab kursus, kerja luar, etc....)
On de way balik dari Pekan Rawang setelah tagged semua existing petrol stations site within 5 km radius dari subject property, aku terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Rupa-rupanya ada lori tanah sudah terbalik melintang jalan melanggar kereta proton satria yang terbakar dibahagian enjin berhadapan komanwel recreational park.

Ni le keja aku, ngambik gambar petrol stations site along Jalan Selayang-Rawang. Siap kira berapa island ada, services provided, etc.. Letih......


Proposed site kat area2 sini.
Alhamdulliah, aku jumpa gak site terbabit..itu pun secara kebetulan bila aku gunakan PR tak bertauliah aku bertanya dengan seorang pakcik kat Taman Rimba Templer..kut2 dia tau kat mana la Lot 1088 ni. Rupa2 rumah yg dia duduk tu le lot 1088. Peh! pakcik tu siap story moory lagi...kewujudan penempatan tersebut since zaman 50 an lagi termasuk masa komunis tengah mengganas...Alamak..patriotik lak pakcik ni...
Tapi keja aku tak siap lagi..aku tak pegi lagi planning department kat MPSelayang...another round to land office Gombak....sebab boss aku suruh balik...ada benda nak discuss....urgent...
Esok lak ada meeting kat PJ dan Shah Alam...Arrrggggghhhhh.....aku tension. Dateline site ni senin ni....tu tak masuk site yang lain.....i need a rest.......

Thursday, June 11, 2009

Kenal tak lagi?

Korang pernah tak tengok, try, test, guna benda Allah ni.
Especially bila naik bas mini dan bas ting tong.
Bila tiket kita berlubang2 diketip oleh konduktor bas gunakan benda ni.
Dok wonder gak, lubang2 tu dibuat utk apa ek?
Atau bila mak2 kita instead of nak mempiat telinga anak
yg tak dengar
cakap guna tangan bole guna benda ni. Hehehehe.
Rasa-rasa koranglah, ada lagi spesis ni tika dan saat ini.
Boss kitaorang dok simpan lagi.

Friday, June 5, 2009

Bugis Street

Hari ni menemankan si Kiki ke Pandan Indah sebab semalam keta dia over heat. Lepas sessi breakfast aka brainstorming with Chairman, both of us pun membelahkan diri. Satu lagi Kiki macam cuak2 sebab semalam dia kena ukur kedai makan cha ya nun alif yang menjual ba alif ba ya, then ala2 seram gitu sebab kena naik other floor sorang2. Bukan apa kami tak nak la jadi macam rakan kami di Melaka tu. Siap masuk dalam surat khabar kosmo - Tajuk berita: "Seorang penilai hartanah menjadi mangsa ragut didalam bangunan komersial kosong" . Itu mangsa ragut..kalau mangsa rogol ke..bunuh ke,,iskh..iskh nauzubillah. Marabahaya ini kerja woo....
So, aku pun menemankan la dia. Sementara menunggu pejabat Maxisegar bukak pukul 2, kitaorang konon2 cuba mencari kedai yg boleh sekadar mengalas perut. Sebab tadi dah pekena nasi lemak, ingat nak makan ringan-ringan jer...sekali ternampak lak kedai ni. Terletak di Jalan Pandan Indah 1/23C. Dekat2 dengan stesen Petronas.



Yee Mee Bird Nest

Mee Rebus - keruk dgn kepingan daging dia sedap woo...
Kuah dia ok la...

ABC ni besar gedabak.
4 orang bole makan ni.
Cheh! kunun kunun nak makan ringan2 ajer...sekali order...macam tak ingat dunia. More on kopitiam style...sapa2 suka makan kambing ader la gak..yg lain macam roti bakar, kopi...teh
Western food tak nampak la pulak, mungkin ada kut - sebab aku dlm menu yg aku baca tak ade...Ada Wi-fi. Aku perasan ada banner ttg ayam. Depa claim ayam tu disembelih menggunakan tangan bukan mesin, dibuang isi perut, darah kotor, dicabut bulunya then baru rendam dalam air panas. Al-Mumtaz ker apa - hehehehe aku lupa lak...makan banyak punya pasal...Lagipun yang buat sedapnya, si Kiki BELANJA. yahoo....

Tuesday, June 2, 2009

Kebenaran/Kejujuran Manggis



Korang tentu ingat apa la kena-mengena kebenaran dan kejujuran dengan buah manggis kan?
Korang perasan tak, dekat buntut (maaf ayat kasar sket) manggis ada macam kelopak or tampuk, apa2 la so call off....
Kelopak tu menunjukkan kalau ada 6 kelopak, maka ulas isi manggis pun ada 6.
Kalau korang tak percaya korang beli la buah manggis.
Setakat ini manggis tak pernah menipu. Kuasa tuhan.
Macam tu le perhubungan antara kita sesama manusia.
Walaupun ada pepatah menyatakan rambut sama hitam hati lain2..
Tapi cubalah jadi seperti manggis...
Walaupun kulit luarnya hitam, tapi isinya putih bersih....
Sekian, terima kasih....

Mari bermandi-manda

Hujung minggu ari tu maksu put ajak beriadah sambil salah satu terapi untuk mak bagi mengurangkan tekanan darah yang terlampau tinggi. Orang kata merendamkan kaki dan badan dalam sungai boleh meredakan tekanan. Orang kata la......
Kitaorang decide tak p jauh pun, dekat ajer...area2 hulu langat, sungai congkak. Entry dulu kalau korang ingat la, aku pegi pangsun...ala tak jauh pun antara satu sama lain.


Kitaorang lepak kat sini

Kalau nak sewa pondok pisang sesikat ni RM30 sehari

Kalau ni ala2 wakaf gitu RM10





Sepupu sepapat dan 2 anak sedara yang tembun posing
ala2 model sungai congkak gitu