Assalammualaikum,
DAT - Dilema Akhir Tahun.
Selalunya kalau sebelum-sebelum ni hujung2 tahun begini ramai yang dah start men-cutikan diri untuk berjimba-jimba bersama keluarga, rakan-rakan or berseorangan ke tempat2 percutian samada didalam negara atau luar negara. Maklumlah penat hampir setahun bekerja..so as a reward ke diri sendiri jalan terbaik adalah BERCUTI...
Hujung-hujung tahun ni juga ramai yang mengadakan kenduri kahwin. Maklumlah cuti sekolah.
Tahun ni semuanya berubah...ker tak berubah juga...masih sama....
Immediately bila abang long umumkan boleh rentas daerah dan negeri tanpa kelulusan polis...weekend ni dijangka akan berlaku kesesakan di lebuhraya-lebuhraya utama. Kebetulan esok Selangor cuti sempena birthday sultan so memang akan ramai la manusia2 di hot spot area. Tambah pulak ramai bebenor yang rindu mak dan ayah di kampung halaman. So ini la masanya.
Tang mana yang dilemanya....
Dilema adalah bila 2 3 hari ni kes start masuk. Semua nak closing before end of the year.
Dilema bila staff bercuti. Nak tak nak kita yang tinggal ni kena la cover...
Dilema kalau dulu bila signing officer nak cuti...saya arrange cantik punya so make sure semua kerja siap sebelum boss cuti. Kalau boss cuti seminggu immediate boss balik kerja dah siap tinggal nak discuss sikit2 dan sign jer.. Takde la ganggu masa dia tengah bercuti dengan urusan kerja semua ahkak ni yang settlekan...tapi tang giliran saya takde yang boleh cover...
Tapi bila kadang2 kepala ni dah tepu sangat nak juga cuti. Kalau cuti dalam negara pun AG bukan adventure sangat. Yea la dah tua takkan nak pegi theme park...tapi dulu2 mak n abah boleh jer joint masa kami semua umur 20an. End up tu yang ala-ala one sweet morning lps sarapan bwk kereta lajak sampai ke Morib la...Tg sepat la..Sepang la....
Kalau driving ke utara, ingat nak la ke Penang explore tempat makan yang best2..or singgah ipoh exploring concubine lane with all the hipster cafe/resto.....atau naik cameron tengok bunga ke...tapi nan hadooo..sbb AG tak bagi saya drive unless kalau dia betul2 mengantuk...tapi kalau dia drive mmg asyik terlajak jer la all the simpang's......alih2 sampai KL/Putrajaya...
Kalau dulu2 setakat balik Kuale...gerak pukul 9 pagi...pukul 8/9 malam baru sampai KL...banyak pit stop nya..
Kalau balik ke Pekan Baru tu first year jer la dapat berjalan...lps tu dok terperuk dalam rumah. AG sibuk bebenor jumpa kawan2 sekmpg..lama tak jumpa katanya......lama apanya....kadang2 baru bulan lepas jumpa..sebab mereka2 ni rajin datang KL. tu yang malas nak ikut AG balik kampung.
Last2 cuti pun balik Keramat jer la...hehehehehe...sebab tengok muka mak dan ayah dapat pahala wooo...
Tahun depan apa yang akan berlaku...samada masih lagi menoleh ke belakang..jatuh..melangkah ke depan juga jatuh....OR terbang ke atas...orang kami kena mulakan dengan tindakan...tapi kaki dok pegang kejap atas bench tu......unless dapat tendangan maut...hehehehehehe...
4 comments:
bulan ni mmg tk dapat nak bercuti..kes banyak giler..nak nanges..
hopefully tahun depan boleh terbang tinggi di awan biru..amiin..
Wah kak..kemana nak terbang tu...
tak tau lg..belum ada perancangan..hopefully boleh terbang over the sea..
burung cenderawaseh ke tuuh tingi diawan.. 😎
Post a Comment