Thursday, November 19, 2015

Dari Kg Baru ke Kg Sungai Buaya singgah di pantai Kelanang

Lama bebenor tak ke area-area Teluk Datuk, Banting, Jugra dan Morib...
Rasa-rasa dekat 8 tahun.
Hmmm...banyak membangun..tetapi dolu-dolu punya giant property masih ada lagi...
Pekan Jugra tak banyak berubah..ada la bangunan2 moden. Dulu deretan kedai2 kayu ajer ...maksud saya zaman2 90an...  
Nak tunggu staff baru masuk senin depan...client nak report 27hb ni...terpaksa lah ahkak berdrift ke Kuala Langat...
Ikut laluan MAX Highway..exit kat dengkil then proceed ke Pekan Banting dan Jugra. Property kat Kg Sungai Buaya (ladang sawit dalam 300 ekar)...Kalau dari Pulau Carey pun boleh ke site...termasuk SKVE..
Balik ikut Jalan Persekutuan...continue dengan KESAS Highway...hmmm better ikut laluan ke Putrajaya dan MEX klu nk balik...letihhhhh...dok bersaing dengan lori further distance jauh gila...

Balik dari tengok site konon2 nak makan tengahari di Morib...ikut la jalan dalam...sekali lalu Makam Sultan Abdul Samad ( rasanya la kut...ahkak memandu concentrate atas jalan jer)...lalu juga ke Bukit Jugra (tempat orang terjun paragliding) tapi kami tak pegi sini la..sebab misi adalah mencari pantai Morib...alih alih lalu Pasar Ikan Kelanang...ada pulak bot2 tengah lepak2 lepas tangkap ikan....ahkak tidak melepaskan peluang untuk memotret... 






Tetapi misi mencari Pantai Morib dibatalkan sebab kitaorang lepak kejap di Pantai Kelanang selepas menikmati makanan tenghari berupa ikan parang fresh masak lemak cili padi dengan belimbing buluh...pehhh..makcik tu masak memang terbaikkkk.... 
Faktor usia...cepat bebenor letih....

Tuesday, November 17, 2015

Kolam ikan di tengah bandar


Ni la fish pond ditengah bandar...Plaza Rakyat development
6 levels dipenuhi air...
Mana datang air tu...banjir ker????
Dak aihhh...dari air hujan ler..
Mana datang ikan...entahlah..mungkin benih diterbangkan oleh angin...
Kun fa ya kun...
Di khabarkan beribu-ribu ikan dalam ni...
Klu nak visit bole bawak jaring ikan...
Tu ikan..binatang lain tak tau ler...
anaconda ker...dragon fly ker... hehehehehehe...
camno nak value ni..banyak kerja nak fikir...basis must be right!!!!
client ada estimate value sendiri...
nak jer cakap dengan boss tak payah ambik job ni....



Both Photo : courtesy to The Star...

Thursday, November 12, 2015

Skyscrapers - sebahagian Jalan Raja Laut

Assalammualaikum,

Ini cerita 2 minggu lepas...semasa inspect Quality Hotel City Centre, Jalan Raja Laut.
Highest floor at Level 19th..tapi guest rooms last sampai Level 18th jer...
Masuk Presidential Suite nampak lak cermin...
Owh! masa ni KL masih di landa jerebu lg...


Bangunan MARA, Pertama Kompleks, Sogo dan CIMB Bank HQ.


Boleh pulak lupa nama bangunan ni...suka-suka hati bg nama bangunan tun mat tahir...sekali Bangunan Tun Ismail Mohd Ali (ex-gabenor dan abang kepada Tun Hasmah Mohd Ali)

Wednesday, November 11, 2015

KL skyscrapers - Jalan Raja Chulan and Jalan Tengah

Assalammualaikum,

Pagi tadi ada meeting kat Menara KH (previously Menara Promet) at Jalan Sultan Ismail, Level 31.
Kalau dah level tinggi2 ni apa lagi tangkap ajer la gambor bangunan-bangunan sekeliling.  



Bangunan under construction yang tinggi melangit tu sited next to Bangunan Affin Bank Jalan Raja Chulan is Public Mutual tower, followed by Menara MIDF and Menara ING. The Weld tak nampak yea.


MAS bldg (tgh buat new tower), St Mary Residence and Menara Hap Seng 1 and 2.



Monday, November 9, 2015

Selamat bercuti

Assalammualaikum,

Yahooo...esok cuti...sempena rakan-rakan yang beragama Hindu menyambut hari kebesaran mereka. Dengar cerita ada sekolah cuti sampai 3 hari..dari isnin sampai rabu..
Hari ni kena ke hospital mata..tukar tarikh appointment abah...ada ker tulis esok..esok kan ker cuti...dari minggu lepas dail no telefon yang diberikan kat kad tu, hampeh,,,hari2 call pun operator hospital dah sambungkan tak angkat pun....dema busy bebenor kot...tu yg tak angkat telepon.



Kolum ni terletak di KLIA2...level ketibaan...lama bebenor tak ke sini...travelator pun dah berfungsi..

Busker pun ada...sambil makan2 sambil mendengar alunan suara cik adik tu...sedap suaranya nyanyi lagu omputih...international airport khennnn...

Monday, November 2, 2015

Sunshine again -

Assalammualaikum,

Subhanallah..maha suci allah...
pagi ni matahari bersinar gembira..
umat manusia pun bergembira setelah berapa lama tidak melihat matahari akibat JEREBU...



Taken photo dari balik tingkap ofis...sinar mentari memancor-mancor terangnya....



This photo was taken sabtu lepas...matahari nak melabuhkan tirainya...langit terbahagi dua...yang kiri kuning yang kanan awan hitam mula bergumpul2...lepas bang maghrib hujan turun dengan selebatnya-lebatnya menyebabkan pesta 'last kopek' karaoke final di bawah tenda putih tu dibatalkan...owh hujan lebat berserta angin kencang menderu-deru...hampir2 nak tercabut la khemah...