Thursday, November 12, 2020

Berakhirnya sebuah perjalanan

 Assalammualaikum,


Pada 5.11.2020 (khamis), sahabat saya Marwiyah Marjuki telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 10.50 pagi setelah tenat hampir seminggu. Arwah merupakan pesakit kanser rahim stage 3. Rahimnya telah dibuang sepenuhnya pada November tahun lepas. Dan waktu itu juga merupakan detik terakhir kami semua bertemu dengannya...bergambar, bergurau, bercerita kisah2 dulu dsbnya. 

Kami disini merupakan penghuni dorm P7, ITM Manjung tahun 1992 (Semester 1). 15 orang semuanya. Pelbagai kursus. DEM, Building, QS, Architect, Town Planning, ID, Computer Science dan Secretary. Arwah budak QS.

Semua ada gelaran masing-masing ikut umur bermula dari ayong, angah, alang...sampai la busu. Arwah kami panggil angah. Untuk sekian lama setelah masing2 keluar dari ITM yang masih in contact cuma ayong, ayang,  angah, alang, uteh dan andak serta saya sbg bekas ketua dorm. Yang lain2 sepi tanpa khabar berita, sehinggalah bulan lepas another wassap group was create sbb jejak kasih semula penghuni dorm P7.

Arwah birthday dia jatuh pada 2.11.2020. Off course semua wish tetapi bila angah tak balas kami semua cuak, sehinggalah kami semua mendapat perkabaran bahawa arwah berada didalam wad dalam keadaan tidak stabil sehinggalah suami dan keluarganya mengambil keputusan bawa pulang kerumah. Dua hari dirumah...arwah meninggalkan kami semua. 

Agak sedikit terkilan kerana tidak dapat menziarahi arwah buat kali terakhir. Maklumlah arwah tinggal di kawasan red zone iaitu Meru. 

Cuma yang mampu saya berikan. Al-fatihah untuk sahabatku. Bersemadi dan tenanglah di sana. Miss u my friend. Your positive vibes.


2 comments:

nohas said...

Al-fatihah (dibaca)..semoga roh arwah tenang di sana & ditempatkan dikalangan mereka yg beriman..

Wak Lat said...

innalillahi wainna lillahi rajiun