Thursday, December 24, 2020

Makan-makan at Suki-ya IOI City Mall

Assalammualaikum,

Bermula esok ramai staff kat ofis ni bercuti. Ada yang sambung isnin dan selasa dan ada yang sambung sampai New Year. 

Kira-kira 10 hari la cuti...Untung lerrr (kita jer tak boleh cuti....)...harap2 sesiapa yang cuti lama-lama tu balik dengan fizikal dan mental yang segar.  Jangan first day masuk ofis kelaut juga...

Yea la kalau tak luluskan cuti kata majikan kejam la..itu la..ini la... Adoiiii....pekerja sekarang asyik salahkan majikan sebab tak faham depa...belum lagi kata sebab C19 ni stress tahap gaban lagi...macam-macam perangai....yang tersepit yang tengah2 ni....(saya ler tu...)

So sempena Cuti Hari Krismas esok, kami geng-geng gegirl buat acara makan2. Tak jauh kat IOI City Mall jer...memandangkan dari pagi gloomy so kami decide makan benda2 yang panas2 dan suppy suppy sket. So kami terjah ke Suki-ya di Level 2.





Tips : Depa suggest yg meaty tu..dip2 dlm sup sekejap lps tu angkat. Rasanya better if lump semua sekali dalam sup tu bagi betul2 masak dan meresap rasa sup lps tu angkat then baru dip dlm dipping sause dia. Kami ambik miso dan kamuchi sup. Dipping sauce entah la..tak tau namanya...sebab yang ambil makanan tambahan tu semua budak2 ofis. Ahkak duduk jer...redho apa yang diambil..hehhehehe.

Sushi tu nasi dia macam ada rasa keras2 sket.

Taste wise to me biasa jer...tetapi untuk RM40.35 nett per person. Boleh lah...

Tempat duduk agak sempit kepada mereka yang berbadan besar. Due to table yang rapat ke kerusi...yea la nak taruk all food.  Dan stand bawah meja untuk accommodate pan bagi panaskan sup kat tengah2 tu plus sandar belakang.
Food garden i think better kerusi satu2. Tapi ada jer yang for two person. Sebab kami berlima di baginya duduk kerusi romantik...


3 comments:

nohas said...

kesian kita kan..nak cuti tk boleh..huhu..nak gak gi enjoy2 makan2..enjoy sorang diri bila gi inspection retail mall..hehe..

fzy fuzzy said...

Yea kak...mmg kesian.
Kadang2 dah buat booking..tapi kensel.
Beza kak responsibility dengan makan gaji...
Cuma kadang2 ada la suara2...apa reward yang you dapat.
Well...tipu la kita tak pernah terfikir....yang penting Allah tau kita ikhlas buat kerja.
Hidup jangan menyusahkan orang yea dok...

Siti Yang Menaip said...

antara tempat yang saya tingin nak pergi cuba makanannya.. tapi x pergi2 lagi. ehe.. kadang2 pegi dgn kawan tp kawan xnak pulak makan tu. huurmmm belum rezeki..