Monday, December 26, 2011

Misi Impossible - Protocol Hantu



sempat lagi nengok....
terbaik wokkkkk.........

Thursday, December 15, 2011

The Kecak dancer

Eh! muka nahar sama lak dgn si Jehan ni.

Sunday, December 11, 2011

Countryside Bali - Painting, Padi n Mountain


Hmmmm....setelah menyaksikan Barong dance, kami di bawa ke kilang batik. Tak ada apa yang nak di lihat, cuma kehalusan seni batiknya yang menggunakan tangan. Kemudian kami di bawa ke gedung lukisan. Bagi peminat tegar lukisan, memang digalakan datang ke sini. SEBAB....lukisannya bagus bangat terutama scenery painting. Yang penting kerja halus n kusyuk mereka dalam menyiapkan lukisan. Kalau aku...baru 10 minit dah fed-up. Blog ni pun kenkadang ajer update, ikut mood la konon. Cheh! Tapi aku memang suka tengok lukisan. Menenangkan....

Lepas lukisan, ke gedung membuat silver. Dapat la cincin sorang satu. Rega ok la...design cantik, kerja berseni....

Lepas tu terus shoot ke Mount Batur, lunch kat sana sambil tengok gunung berapi yang masih hidup. Last meletup 1960an. Kata tourist guide kitaorang la. Tipu dia, tipu la aku. Menurutnya juga, di seberang tasik kat kaki gunung tu masih ada lagi penempatan masyarakat pribumi Bali yang masih mengamalkan cara hidup kuno. Tapi aku tak tau kuno tu termasuk kanibbal....Uish..

Turun dari gunung, pekena kopi lak. Kopi Lawak memang famous, mahal lagi. Tapi aku tak tergamak le nak minum, iskh...biji kopi yang diambil dari najis musang tu....Banyak lagi kopi, especially kopi Bali. Terbaikkkkkkk......

Malamnya, kami tengok Kecak Dance. Wiiiii....tangkap gambar dengan Jehan Miskin tu....Hahahahaha.....seriusss....muka main actor dia macam Jehan Miskin uolls....






Thursday, November 24, 2011

Pie Chart


macam carta pie
turun naik turun naik
do our economy look's like that???

Photo taken from conlay court, jalan stonor

Tuesday, November 22, 2011

Countryside BALI - Barong and Keris Dance


Mamat ni tengah naik syeih
Cucuk-cucuk keris kat badan
Rilek ajer
tak tau la kut dlm hati tahan sakit
Ni tengok kat pentas pertunjukan


Kebetulan....
Masa nak otw ke mount batur, terserempak dengan the real barong dance
Tourist guide aka driver kitaorang tak bagi tengok dekat-dekat sangat
Dia takut terjadi sesuatu yang tidak di ingini...untuk keselamatan katanya
Tapi biasa ler...degil......
Bukan apa, bila tok bomoh atau priest tu renjis air yang dijampi tu dekat penonton
mana tau ada pulak orang malaysia yang naik syeih
silap-silap tak balik Malaysia....hehehehehe....ok gak tinggal kat Bali
bole bukak real estate company

Wednesday, November 16, 2011

Countryside BALI - The Intro


Sunset as taken from Sri Ratih Cottages, Ubud, Bali upon our first day of arrival
Staying here for two nights and Denpasar for another night
This one using Nikon camera belongs to Syed Nahar.
The rest of photo, be patient.
Some already upload in the FB
Some want to put in krabatkramat.wordpress.com (still trying and learning)

Thursday, November 10, 2011

Membawa JIWA!!!!


Sehari setengah lg nak ke sini.
Bersama nh darus aka orang bukit dan ayong
Ingin merasai jejak Eat, Pray, LOVE
Doa-doa ajer
Semoga tiada berlaku gerakan-gerakan
Supaya kami selamat pergi dan selamat kembali
Aminnnnn....
Tapi kalau dah ajal......
Ampun di pinta jika ada terkasar bahasa
Tergeliat bicara, terkecik ati
Saya hanya seorang manusia.....


Batu Arang - 100 years!!!

Td, ada tugasan di sini. Site visit plant which related with peperangan.

Batu Arang is a former coal mining town in Selangor. Apart from that, it also well known as brick manufacturing. (No wonder kebanyakkan rumah kat situ binaan adalah terdiri dari clay brick)

Coal was found in Batu Arang in early 1900s and employed 5,000 minners in 3 shifts. Ramai tu!!!!

Air well of the mines still seen covered undergrowth. The air well was dug to a depth of 330m and there are hundreds of tunnels underground stretching the entire town of Batu Arang. No wonder la, paling tinggi pun 3 tingkat. Kebanyakkannya bangunan disini 1 to 2-storey ajer. Macam sarang semut.


Nice place. Aman dan tenang.





brick kilns yang dah tak diguna lagi.

Traditional design in town!!

Location :
Intersection Jalan Ara/Jalan Maarof

Sunday, November 6, 2011

Berkorban Apa Saja




Mesin basuh ini sudah banyak berjasa
7 tahun berkhidmat
3 bulan lepas, pintu depannya tidak boleh dibuka
Panggil technican, kena rm290
5 hari lepas, drumnya tak boleh spin
Panggil technican, godek sana godek sini
"4 benda nak kena tukar ni cik, wayar putusssss..."
Berapa?????
Dalam 600 hinggit!!!!
Uishhhh...tambah seratus lg boleh dapat mesin basuh baru
Mak dah berkias-kias....
Tangan sakit........
Hmmmmmm...sbg anak, aku faham..
Td senyum leborrr....dapat mesin basuh baru

Itu cerita mesin basuh!!!!!

Jumaat petang ada surat atas meja boss masa dia meeting
Siapa yang letak????
Aku lee.....
Dah tertulis rezekiku setakat ini
Cuba lak environment baru...insyallah

SALAM AIDILADHA.....


Thursday, November 3, 2011

Gelanggang Anak Raja

Maaf!!! andai gambarnya kurang memuaskan
Henfon cap ayam
Ada helipad, pemandangan berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit,
Antaranya KLCC, Exxon dan diblend dengan kehijauan pokok-pokok
Hujan lebat petang tadi
Melawat rakan merangkap agen/penasihat insurance kesihatan saya
Pheh! Kalau masuk sini amat selesa
6 star dengar cerita
Food kat food galeria pun nampak best
portion besar, presentation ok
Awat nama Prince Court?????

Wednesday, November 2, 2011

Tmn Tar

Kesini semalam
Kawasan ini kebanyakkan rumah adalah rumah lama
More than 40 years
Some being renovated, some just maintained as it is.
Ada golf course.
Still within green place
Land value : 10 years ago 60 - 70 psf ajer
Now, the Peak (vacant detached plot) located next to this taman
transacted at RM330 - 360 psf
The Peak is Freehold
but this taman leasehold 99 years
Still kalau land psf bagi dalam RM150
Tanah ajer dah RM1.3 million plus (if land area 8,900 sq. feet)
Belum masuk bangunan
Busuk-busuk pun bagi la depreciation 30%
Still worth it, compares those houses in Damansara, Shah Alam or others area
Sebab land area dalam 3,200 to 3,800 sq. feet ajer
or might be less




P/s
Bodyguard dok tayang pistol (sangka baik..mungkin lupa nak loose the shirt)
Ada aku herannnnnn!!!!!!

Sunday, October 30, 2011

Jiwa Kacau

Terpikat dengan jalan ceritanya...
1056 muka surat!!! gigih membacanya
itulah aku, mana bole baca sekerat-sekerat
sanggup tak tidurrrr
kalau baca quran terkebil2 nak habiskan 3 4 helai...
Iskh!!!! dunia..dunia....
entah kenapa..bila baca hati aku jadi sayuuuuuu....
feeling la konon-konon
terkenangkah???????
"saya cuma mahu awak berjanji yang awak akan sentiasa mempercayai saya, sentiasa di sisi saya, mendengar saya...jangan ada sedikit pun ragu-ragu. Sentiasa di samping saya ketika susah atau senang, baik atau buruk...sentiasa menyokong saya dengan sepenuh hati awak"
Allahhhhhhhh......
ada lak back ground Sedetik Lebih Anuar Zainnn...




A Tear and A Smile


I would not exchange the sorrows of my heart
For the joys of the multitude.
And I would not have the tears that sadness makes
To flow from my every part turn into laughter.

I would that my life remain a tear and a smile.

A tear to purify my heart and give me understanding
Of life's secrets and hidden things.
A smile to draw me nigh to the sons of my kind and
To be a symbol of my glorification of the gods.

A tear to unite me with those of broken heart;
A smile to be a sign of my joy in existence.

I would rather that I died in yearning and longing than that I live Weary and despairing.

I want the hunger for love and beauty to be in the
Depths of my spirit,for I have seen those who are
Satisfied the most wretched of people.
I have heard the sigh of those in yearning and Longing, and it is sweeter than the sweetest melody.

With evening's coming the flower folds her petals
And sleeps, embracingher longing.
At morning's approach she opens her lips to meet
The sun's kiss.

The life of a flower is longing and fulfilment.
A tear and a smile.

The waters of the sea become vapor and rise and come
Together and area cloud.

And the cloud floats above the hills and valleys
Until it meets the gentle breeze, then falls weeping
To the fields and joins with brooks and rivers to Return to the sea, its home.

The life of clouds is a parting and a meeting.
A tear and a smile.

And so does the spirit become separated from
The greater spirit to move in the world of matter
And pass as a cloud over the mountain of sorrow
And the plains of joy to meet the breeze of death
And return whence it came.

To the ocean of Love and Beauty----to God.


Khalil Gibran

Monday, October 24, 2011

Sotong Gergasi Berwarna Merah

Rentetan dari kejadian gempa bumi yang berturut-turut
Terbaru di Turkey
menyebabkan si sotong kurita berwarna merah ini
TERSESAT di atas bangunan CIMB Bank
Ada sesiapa yang nak tolong turunkan?????


Thursday, October 20, 2011

Sg. Choh - Kuala Kubu - Ulu Yam

Tadi, ke kilang kat bawah ni
Tapi bukan inspect kilangnya
Tengok tanah sebelah
Untuk safety aerial view kilang tak boleh disiarkan
Kena saman lak nanti
Cukup la korang sekadar tengok prototype utk Myvi Infinite ni
Tapi aku suka 1.5cc yg kuning tu
Jatuh cinta la pulak!!!!!
Sapa la nak tolong belikan????
Keh!keh!keh



Isnin depan dah ada another meeting
Kat mana????
Kat KUIS
Bukan kuiz pop yeee..

Maktab area

Along Jalan Kent (bukan Clark Kent okay!!!)
Nak beli????
asking for RM2.5M

Saje meeting-meeting


Tengok betapa busynye aku
Selasa ke sini, ada meeting
tapi tak boleh buat
time frame seminggu ajer
out station lak tu

Jalan Kajang - Semenyih - Hotel


Nampak dari luar macam rumah kedai ajer.
Masuk dalam tengok!!!!!

Couple suite and family suite, attached bathroom ada bath tub cum jacuzzi



Lot tepi sekali ada 3 tingkat dining hall for chinese wedding, etc

Titiwangsa Sentral

I'm so busy since last week until now. (konon-konon)
Hari-hari pegi site and meeting
Lotihhhhhhh........

Ha! nak bagi tau condo ni baru ajer siap
Lokasi : sebelah Vistana Condo and Hospital Sentosa
Alamat : Titiwangsa Sentral Condominium, No. 1, Jalan Chemur, 54000 Kuala Lumpur





Last 2 year plus, developer's price RM250k
Now asking for 450k - 480k
Client aku beli RM465k
Sewa : 1.8k to 2.2k



Nun sana Flat Pekeliling
Sudah berapa lama ini project abandoned!!!!!


Ni lak view Jalan Ipoh/Jalan Sentul

Wednesday, October 19, 2011

Terbaikkkkkkk!!!!1


Lokasi : Jalan Enggang (dari simpang Jalan Jelatek kira-kira dlm 1.5km, belah kanan sebelah car wash)
Mango shake...terbaikkkkkk.... (pada tekak aku la, tak tau la korang...cubalah!)
Lepas ni cari kat Klebang lak (yang famous tuuuuu....)

Sunday, October 16, 2011

Bila Gastrik Datang Menyerang

Malam Jumaat hari tu, lepas balik kerja perut aku mula meragam...mencucuk-cucuk. Nak kata cirit-birit tak juga walaupun aku kerap ke tandas. Iskh ape kebenda la yang aku dah makan.kalau tengok kronologi pemakanan aku hari tu, Pagi makan spagetti yang kak nor bawa, tengahari aku makan mangga yang dibubuh serbuk asam dgn ciku, lps tu makan seketul roti bun dgn teh kat ofis klien. Dlm pukul 6 makan mee kari taruk sambal dgn dua ketul popia basah yang disiram dgn sambal kacang selain dari itu aku makan karipap dan teh tarik.

Malam tu memang aku duduk salah, berdiri salah, baring salah....nak tidur pun tak boleh. Setiap 3 minit aku ke bilik air..rasa nak muntah tapi yang keluar air ajer. Dlm 11.45 tu, aku dah tak tahan sangat, aku cakap dgn abah nak pegi klinik. aku cakap aku tak larat nak bawak kereta, naik motor ajer. Abah tanya nak pegi hospital atau klinik. Aku cakap pegi Pusrawi le depan IJN tu. Hospital sure tunggu lama...dah la berguling-guling tahan sakit. Maka merempit la kami berdua.

Sampai Pusrawi, mamat jaga kaunter pendaftaran tu macam tau jer aku sakit perut. Dia cakap sabar kak..kejap lg jumpa doktor. Aku No. 70, kat skrin No. 69. Cantikkkkk....dlm 7 minit aku dipanggil masuk. Doktor tu pun macam tau2 ajer...terus dia letak statiskop dekat perut sambil nurse pasang alat untuk cek tekanan darah. Sempat lagi doktor buat lawak siap tanya ada jamuan raya korban ke petang tadi? Sabarrrr ajer la. Dia tanya dua opsyen. Nak injection atau makan ubat ajer. Aku cakap tak kisah, "mak ok ajer". Siap bagi MC. Aku cakap tak payah la doc, saya banyak benda kat ofis nak buat. Rasanya lps makan ubat ok kut. Doktor kata standby ajer...mana tau aku perlukan. Aku tanya lagi macam mana perut aku. Doktor buat lawak lagi..."oooooo...diaorang berparti dlm tu...macam-macam lagu ada...rock..keroncong..jazz...samba...semua ada..hehehehe" .Kat situ juga dia suruh makan ubat. Sampai rumah tak sampai dalam 5 minit abis semua yang aku makan dimuntah. Lega.....tp aku tak lena tido, sekejap-sekejap bangun. The end...memang aku MC keesokkan harinya. Sampai hari ni perut aku masih lagi rasa macam bloating.

Aku dapat info dari sihatselalu.com

Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah,ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Monday, October 10, 2011

Saturday, October 8, 2011

At That Little Gerai in AU5 again!!!!!!!


Kesini lagi....That Little Gerai in AU5 bersama-sama "orang bukit" malam khamis ari tu. Sebelum tu "orang bukit" ada cakap yang dia nak cuba makan kat sini weekend. Aku kata weekend ramai orang (maklumlah aku tau orangbukit seorang yang sangat pemalu) + end up kalau dia tak dapat tempat duduk + rasa kechiwa melanda diri = maka aku telah memaksa dia untuk dinner dgn aku. Hehehehehehe

Bila dah mak sampai ke destinasi nak tau apa orang bukit cakap? "Oooooo...kat sini rupanya, akak pernah dulu datang surau kat sini"

Ok, kitaorang order chicken grille w black pepper sauce utk orangbukit n grille dory w butter rice untuk aku. Lemon suam utk orang bukit n guava + asamboi utk aku. Tapi kitaorg ckp kat adik ambik order tu yg kitaorang lapar sesangat, so kitaorg request antar ice-cream vanilla n cream buelle dulu. Buelle tu bole try buat kat rumah...mcm senang jer...tapi mana nak cari burner utk kasi hangus lapis atasnye.....

Order 8.40 mlm, makanan sampai 8.57:59 malam. Haaaa...kan ker cepat!!!!!!



Tadaaaaaa.....ni la makanannya. Sorri gambar blurr n agak gelap. Maklumlah guna hp yg tak der flash. Kamera compact tinggal kat ofis. Jadilah yek. So...amacam orang bukit? She said sedap. Goood!!!!!

Bila makanan kami nak hampir habis, aku tertengok pakcik berkain pelekat meja sebelah yang baru balik dari surau dapat order dia. Fish n chip. Menggoda tu!!!! aku tanya orang bukit lapar lg tak? Dia ok jer....sooooo...kitaorang telah mengorder fish n chip lak. Masyallah, kami ni.......



Tadaaaaa.....fishnye....melt in your mouth not in your hand (i like fish sooooo much)...Pheh!!...Burpppp...alhamdullilah kenyang....Apa orang bukit cakap sebagai penutup....."Kita kat sini makan sedap-sedap..orang somalia tu tak merasa makanan ni semua"...Adoiiiiiii....insaf-insaf!!!!! sekali sekala bole kan orang bukit kan..kan..kannnnnnnnn.

Wednesday, September 28, 2011

Land Acquisition - Pengambilan Balik Tanah - Ohhhh!!!

Sejak tukar department berkuatkuasa 1 September 2011 dari tampuk pemerintahan orang bukit, salah satu tujuan penilaian adalah pengambilan balik tanah. Ohhhh!!! gua tak sukeeeee......

Kerja leceh, client banyak songeh. Tuntut itu...tuntut ini. Ye la.....tanah kita diambil balik atas tujuan pembangunan sure la nak demand tinggi-tinggi. Cuba tanah gua yang kena....sure nak suruh value tinggi-tinggi jugak. Alhamdulillah, tak de. Maklumlah nak beli property kat KL ni, harga sekarang mencanak-canak naik. Kondominium pun 500k an above, rumah teres apatah lagi (setakat 800k ke atas tu standard), rumah berkembar (hmmmmm...jauh panggang..), bangalow (tak de dalam impian)...tanah?????...... Boleh dapat sebenarnya...tapi lokasi la pulak. Kira-kira balik kos pengangkutan dan masa terbuang dalam trafik jem lebih kurang sama ajer.

Ok, berbalik pada pengambilan ni. Apa-apa pun tuntutan adalah berdasarkan harga pasaran. Contoh ; Kalau status tanah tu "tanah simpanan melayu", untuk menilai kena ikut consider as "open title". Status tu tak digunapakai. Ye la, transaksi tanah simpanan melayu semuanya rendah-rendah belaka berbanding tanah open title atau geran putih.

Bercakap tentang status "Tanah Simpanan Melayu", kalau kita nak jual mahal..sure pembeli akan cakap. "Status tanah lu malay reserved, mana bole jual tinggi-tinggi..market tak de". Ala..murah-murah cukup le.". Maka terjuallah tanah tersebut contoh dalam $1 ke $2 sekaki persegi atau kurang dari itu. Sedangkan open title ni lebih dari contoh $15 ke $25 se kaki persegi.

Untung bila ada pengambilan, tanah kita akan dinilai dalam lingkungan harga di atas. Tapi biasanya ambik sikit ajer samada nak besarkan jalan atau buat kepentingan awam lain. Kalau terkena bangunan, itu juga di ambil kira.

Kalau terkena pengambilan di dalam bandar, terutama projek MRT ni...mau masak rega yang di minta. Dengar cerita ada bantahan dan ada laluan yang disuruh re-align balik. Bukan bias cuma bila melibatkan kawasan komersial yang ramai kaum .....sedaya upaya segala cara nak mengelak. Sebab mereka tahu, untuk mendapatkan kawasan itu balik tak akan setimpal dengan pampasan yang dibayar. Tapi kalau kena kawasan kita..."tak pe la...untuk pembangunan...."

Teringat cerita seorang pensyarah masa attend buka puasa kat Dewan Perdana Felda. Katanya...contoh...macam mana London tu 100 tahun dulu dah ada sistem pengangkutan bawah tanah. Macam mana Star dengan LRT tak boleh satu bumbung. Kena jalan kaki atau naik tangga untuk pergi dari stesen ke stesen terbabit. Ala...sis..itu diaorang...kita ni lain....renung-renungkan lah....

Banyak lagi la nak cerita pasal pengambilan ni. Tapi tunggu lps siapkan report untuk Jalan Cheras ni dulu. Kasi pecah kepala.......Adoiiiii....

Empire Subang shopping gallery


Hari ini dikejutkan dengan berita Empire Subang Shopping complex di SS16, Subang Jaya meletup. Kejadian seperti yang dilapurkan didalam berita-berita online berlaku pada jam 3.30 pagi.

Bunyi letupan dikatakan dapat didengari sampai ke Bangsar. Kuat tu!!!!!
4 cedera dan penghuni hotel serta service apartment bersebelahan diarahkan berpindah pada masa kejadian.

Punca letupan seperti yang dikhabarkan berpunca dari pipe gas didalam Starbuck. Setakat ini masih dalam siasatan.


Photo : Ehsan star online.

Hmmmm...rasanya kejadian yang sama turut berlaku pada salah satu complex Jaya Jusco sebelum opening. Gas meletup dalam foodcourt. Human mishandling or ?????

Saturday, September 24, 2011

Poster drama photoshoot



Pagi td sulaimanakhlaken tanya, nak tengok dia photoshoot poster untuk drama melayu kat setiawangsa. Aku tanya berapa lama. Dia cakap dalam 2 jam. "Ok! setttt..."

Maka kami dua beradik pun ke tempat lokasi. First day shoot actually. Well known production house. Aktif gak la terbitkan drama melayu. Young producer and director. Fresh idea!!!!! Ala drama-drama dia, amani n isma selalu berlakon.

Semua main actor ada. Antaranya Nabila Huda, Imelda Rosnaida, Is and Riz (Sorry guz, i can't have uolls full name but pelakon2 lelaki ni tinggi melangut). Oh! tak lupa Musthapa Kamal. Tajuk drama (nama seorang perempuan). Menurut pengarahnya, drama ni pasal nabila (she humble n tak kisah, kerja kedai kek mak dia walaupun bapak kaya gila). Bila bapak (mustapha kamal) kawin dgn secretary (imelda), she ok sbb dia rasa imelda sekepala dgn dia. Tapi sebenarnya imelda ada rancangan. Riz lak bekas tunang nabila (lari masa hari kawin lps tu nak nabila balik walaupun masa tu nabila dah kawin dgn street gigolo - Is) Bila bapak dia mati (i think so), nabila kena take over business bapak dia. So...masa ni la emosi, dendam, kisah silam berlegar...Bila dah ada dlm slot drama kat stesen TV..korang tengok ajer la nanti ye......

Director nak kitaorang capture ala-ala macam 2 poster tu. But still up to the originality dan creativity photographer plus creativity poster designer. Kita orang tangkap gambar pelakon-pelakon tu based on their own character.

Kerja aku : Pegang reflection screen n flash plus bagi idea macam mana diorang kena olah karakter masing-masing. Jadi leeeee.............


Nota : poster ehsan encik google

Monday, September 19, 2011

Rumah terbuka @ Bt 18, Sungai Lui

Ada jemputan rakan seofis
Sempena rumah terbuka aka house warming
Sepanjang perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur ke sini
Disajikan dengan pemandangan kampung bermula dari Masjid batu 14
Nak ke rumah rakan saya ini perlu parking kereta di satu kawasan
kemudian berjalan kaki dalam 600 metres
menyeberang sungai menggunakan jambatan besi dan berjalan kaki sejauh 250 meter
baru sampai rumahnye
dikelilingi dengan pokok buah-buahan terutama durian
nampak belakang rumah bukit bukau
Hijauuuuuu...teringat kampung mak n abah
Kalau aku...tengok air sungai tu mau terjun dan bermandi-manda
Apakan daya.....weh! rumah terbuka..bukan..pegi piknik...



Terserempak dengan novelis Norhayati Berahim
Nice lady....



At the eye of 33rd Floor


Ari tu ada meeting kat sini
So, sebelum meeting start..snap!..snap! le
Bukan senang nak naik sini
Jadi leeee........



Bangunan Angkasaraya setelah di robohkan.
Macamana rupa sebelumnye...google sendiri..hehehehehe