Showing posts with label site visit. Show all posts
Showing posts with label site visit. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Traditional design in town!!

Location :
Intersection Jalan Ara/Jalan Maarof

Friday, April 17, 2009

Taman Bukit Segar

Taman Bukit Segar, another gated and guarded community development at the fringe of Kuala Lumpur. Located within Cheras area and surrounded with residential development and commercial area as well as private college. Development within Taman Bukit Segar is 140 units of semi-detached house plus few units for detached houses.
Price ranging for 2,800 to 3,500 sq. feet of land area is RM1.1M to RM1.3M.
Shopping complex include Cheras Leisure Mall and Phoneix Plaza. The latter has been vacant for quite some time. Hypermarket include Giant and TESCO.







From this development can see KL view and Cheras view.

Tuesday, March 31, 2009

Pangsun or Pangsoon

Hari ni aku tak pegi jauh pun dari site semalam. Kalau dari Batangsi, boleh juga ke sini melalui jalan yang sama sebab jalan-jalan saling berhubung kait. Kalau nak ke Kuala Kelawang di Negeri Sembilan pun boleh guna Jalan Sg. Lui dan bersambung dengan Jalan Hulu Langat - Pangsun samada nak balik ke Kuala Lumpur melalui Ampang. Pening!!!!!.....tak susah mana, signboard banyak...tapi kalau tak biasa...biasakan utk bertanya orang..."Malu bertanya sesat jalan"...
Dusun Tua, Sg. Semungkis, Sg. Perdek, Sg. Congkak, Sg. Lui adalah antara anak2 sungai yang terbentuk sepanjang laluan dari Batu 14 sehinggalah ke Batu 23 , iaitu Stesen Hidroelektrik Hulu Langat termasuk perkampungan orang asli Hulu Pangsoon.





Pekan Batu 18.



Sejuk mata memandang.
Teringin nak mandi...tapi aku tak bawak pakaian gantian
Maklum lepas tengok site..berpeloh
dapat mandi best ni!!!
Ni small stream, tuantanah up-grade


Bangunan Hidro TNB.
Kesian aku tengok bangunannya...

On the way balik, ingat nak singgah kat sini makan tengahari.
Lupa lak, aku ada lunch appointment kat Hilton KL Sentral


Ni kambing jantan Boer, nama dia Ali.
Gatai bebenor...mentang2 nampak awek datang
Asyik menginterframe kepalanya keluar
Konon2 nak mengekspose diri kat aku...
Well..mahal gak rega dia Rm3.5k sorang diri dia je.
Rasa macam pegawai pertanian lak aku hari ni.
Harharharhar....

Batangsi

Arrrrr...korang jangan pikir bukan2 ek. Tempat ni tak de kena mengena dengan Batang Ai ye. Masih lagi dalam kawasan Selangor. Terletak di Jalan Sungai Lalang, Ulu Semenyih. Semalam aku melawat site utk pengambilan balik tanah. Terletak kira-kira 1 kilometer dari Jln Sg. Lalang melalui laterite road. Aku pun menukar keta ford kesayanganku menjadi 4 x 4. Nasib baik tak hujan. Kalau hujan mau aku suruh client tu ganti drive shaft keta aku.

Well, Batangsi adalah sempena nama sungai kat bawah ni.


Semenyih Memorial Hills ni bukan tempat rekreasi tau. Kalau sesapa yang nak tempah tapak utk tempat tinggal...bole le pilih. Bungalow ada, terrace ada...apartment dgn flat pun ada. Facing hill pun ada. Tempat ini khas utk persemadian rakan-rakan kita yang bukan beragama islam. Sungguh luas kawasannya. Bersebelahan adalah Nirvana memorial park. Ok la tu...memeriahkan suasana dikawasan terpencil ni. Dengar cerita mahal gak satu lot. RM10,000 ade kot. Nak tau lebih lanjut, layari la laman web mereka.


Gua tak tipu maa...
memang nama tempat ni Batangsi.

Wednesday, March 25, 2009

Remaco

Sapa2 yg lalu ikut Jln Mohd Sidin nak ke Jalan Kebun, Kelang tentu terpandang bangunan ni kan. Especially, lepas "connaught bridge". Repir and Maintenance Building for TNB. Bangunan ini kalau tak silap telah wujud sebelum merdeka lagi. Keunikan dari segi ikatan batu-batanya. Sapa2 yg belajar building construction tentu familiar dengan "English Bond", "French bond', etc...cuma "James Bond" aje yg tak ade.

Kalau dirobohkan dan dibina semula, sah2 tak sama...lagipun batu-bata tu khabarnya diimport khas dari England. Mana nak cari sekarang ni.



Jangan salah anggap ye, bangunan ini bukan terletak di Melaka tetapi di Kelang, Selangor Darul Ehsan. Tak de kena mengena dengan Bangunan Stadhays tu ek.

Thursday, February 26, 2009

Tulis nama atas batu

Kalau pergi Kuala Kubu
Tulis nama atas batu
Kalau hati sedang rindu
Tulislah surat untukku
(by Allahyarham Sudirman Hj. Arshad)



Batu ni ker yg nak di tulis. Tapi aku tak pakai baju bunga-bunga maaaa...




Photo diatas diambil dari kawasan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor
P/s - Last session utk Trans Miri/Brunei akan muncul. Tgk2 dulu Budget masa.