Wednesday, September 28, 2011

Land Acquisition - Pengambilan Balik Tanah - Ohhhh!!!

Sejak tukar department berkuatkuasa 1 September 2011 dari tampuk pemerintahan orang bukit, salah satu tujuan penilaian adalah pengambilan balik tanah. Ohhhh!!! gua tak sukeeeee......

Kerja leceh, client banyak songeh. Tuntut itu...tuntut ini. Ye la.....tanah kita diambil balik atas tujuan pembangunan sure la nak demand tinggi-tinggi. Cuba tanah gua yang kena....sure nak suruh value tinggi-tinggi jugak. Alhamdulillah, tak de. Maklumlah nak beli property kat KL ni, harga sekarang mencanak-canak naik. Kondominium pun 500k an above, rumah teres apatah lagi (setakat 800k ke atas tu standard), rumah berkembar (hmmmmm...jauh panggang..), bangalow (tak de dalam impian)...tanah?????...... Boleh dapat sebenarnya...tapi lokasi la pulak. Kira-kira balik kos pengangkutan dan masa terbuang dalam trafik jem lebih kurang sama ajer.

Ok, berbalik pada pengambilan ni. Apa-apa pun tuntutan adalah berdasarkan harga pasaran. Contoh ; Kalau status tanah tu "tanah simpanan melayu", untuk menilai kena ikut consider as "open title". Status tu tak digunapakai. Ye la, transaksi tanah simpanan melayu semuanya rendah-rendah belaka berbanding tanah open title atau geran putih.

Bercakap tentang status "Tanah Simpanan Melayu", kalau kita nak jual mahal..sure pembeli akan cakap. "Status tanah lu malay reserved, mana bole jual tinggi-tinggi..market tak de". Ala..murah-murah cukup le.". Maka terjuallah tanah tersebut contoh dalam $1 ke $2 sekaki persegi atau kurang dari itu. Sedangkan open title ni lebih dari contoh $15 ke $25 se kaki persegi.

Untung bila ada pengambilan, tanah kita akan dinilai dalam lingkungan harga di atas. Tapi biasanya ambik sikit ajer samada nak besarkan jalan atau buat kepentingan awam lain. Kalau terkena bangunan, itu juga di ambil kira.

Kalau terkena pengambilan di dalam bandar, terutama projek MRT ni...mau masak rega yang di minta. Dengar cerita ada bantahan dan ada laluan yang disuruh re-align balik. Bukan bias cuma bila melibatkan kawasan komersial yang ramai kaum .....sedaya upaya segala cara nak mengelak. Sebab mereka tahu, untuk mendapatkan kawasan itu balik tak akan setimpal dengan pampasan yang dibayar. Tapi kalau kena kawasan kita..."tak pe la...untuk pembangunan...."

Teringat cerita seorang pensyarah masa attend buka puasa kat Dewan Perdana Felda. Katanya...contoh...macam mana London tu 100 tahun dulu dah ada sistem pengangkutan bawah tanah. Macam mana Star dengan LRT tak boleh satu bumbung. Kena jalan kaki atau naik tangga untuk pergi dari stesen ke stesen terbabit. Ala...sis..itu diaorang...kita ni lain....renung-renungkan lah....

Banyak lagi la nak cerita pasal pengambilan ni. Tapi tunggu lps siapkan report untuk Jalan Cheras ni dulu. Kasi pecah kepala.......Adoiiiii....

1 comment:

nohas said...

Ingatkan taip report, rupenye buat entry kat blog...

Tambah pengalaman...