Monday, September 19, 2011

Rumah terbuka @ Bt 18, Sungai Lui

Ada jemputan rakan seofis
Sempena rumah terbuka aka house warming
Sepanjang perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur ke sini
Disajikan dengan pemandangan kampung bermula dari Masjid batu 14
Nak ke rumah rakan saya ini perlu parking kereta di satu kawasan
kemudian berjalan kaki dalam 600 metres
menyeberang sungai menggunakan jambatan besi dan berjalan kaki sejauh 250 meter
baru sampai rumahnye
dikelilingi dengan pokok buah-buahan terutama durian
nampak belakang rumah bukit bukau
Hijauuuuuu...teringat kampung mak n abah
Kalau aku...tengok air sungai tu mau terjun dan bermandi-manda
Apakan daya.....weh! rumah terbuka..bukan..pegi piknik...



Terserempak dengan novelis Norhayati Berahim
Nice lady....



No comments: