Wednesday, February 24, 2021

3 kisah

 

Assalammualaikum,

Cerita 1

Suatu hari Azizah (bukan nama sebenar) menerima pautan mesej dari seseorang yang tak dikenali melalui mukabuku. Pada awalnya pertanyaan adalah berkisar kepada suasana kerja dan kebetulan Azizah memang bekerja di dalam bidang tersebut. Dua tiga bulan masih dalam mood bertanya khabar, kesihatan dan kerja. Azizah tetap melayani pertanyaan tersebut tanpa ada apa2 prasangka kerana Azizah telah menyatakan dari awal bahawa dia telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak yang menginjak dewasa.

Sehinggalah satu hari kenalannya telah berkongsi gambarnya bersama anak2nya serta meminta izin untuk mendapatkan nombor telefon Azizah. Azizah menyatakan dia perlu meminta izin suaminya dahulu dan kenalan tersebut bersedia untuk bercakap dengan suami Azizah.

Memandangkan dari mula berkahwin Azizah tidak pernah menyembunyikan apa2 kegiatan dari suaminya malah suaminya mempunyai access ke atas ke setiap akaun laman sosial azizah termasuk akaun wassap/telegram. Maka suaminya mengizinkan Azizah untuk memberi nombor telefon kepada kenalan tersebut.

Maka bermulalah bila mana hampir setiap hari kenalannya menghantar mesej bertanya khabar. Berkongsi apa yang dia lakukan seharian dan Azizah juga akan berkongsi masakan yang di masak, kemana dia pergi dan sebagainya. Setelah lebih dari 3 bulan dalam kondisi tersebut kenalannya mula bercerita tentang masalah peribadinya. Pada awalnya Azizah sekadar boleh menasihat dan memberi kata-kata semangat sehinggalah suatu hari kenalannya mula menyatakan perasaan sayang kepada Azizah dengan menyatakan kata-kata manis seperti..’awak ni mcm arwah isteri sy la’..’alangkah baik kalau semua masakan tu awk masak untuk saya’…’I wish i ada dengan u bila u jalan-jalan tu’….’bila you bawak balik kerja I akan temankan you siapkan semua kerja-kerja you…..’kalau u ada masalah dengan suami u, u cerita kat i’….uishhh…saiko….

Pengakhirannya Azizah hampir jatuh hati dengan kenalanya tetapi dia lekas sedar bilamana kenalan tersebut sudah mula meminta wang daripada Azizah. Azizah terus blok nombor kenalannya.

Selamat Aziziah.

 

Cerita 2

Cerita hampir sama seperti diatas. Kita namakan subjek sebagai Sarimah. Sarimah adalah seorang wanita berkerjaya dan tidak berkahwin. Beza Azizah dengan Sarimah adalah Sarimah tidak kisah untuk memberikan pinjaman wang kepada kenalannya. Sebab dia rasa dia dihargai dan diberikan perhatian dan apa salahnya jika dia menolong sedikit kenalan tersebut. Mula-mula beberapa ratus, kemudian ribuan dan hampir puluh ribuan. Kenapa hampir puluh ribuan bilamana Sarimah di bawa oleh kawan serumahnya berjumpa dengan seorang ustaz dan pada masa itu Sarimah seperti baru sedar dari alam fana cinta. Hehehehehe..

Selamat Sarimah dari rugi puluh ribuan.

 

Cerita 3

Cerita hampir sama dan kita namakan subjek sebagai Maria. Maria mempunyai jawatan sebagai penolong pengarah disalah satu jabatan kerajaan dan sudah berkahwin serta mempunyai lima orang anak yang sudah dewasa.

Maria memang mempunyai masalah dengan suaminya bila dia sudah merasakan yang dia tidak lagi menarik perhatian sang suami. Suaminya tidak lagi mahu mendengar keluhan Maria setiap kali dia pulang dari kerja. Tidur tak sama2 macam mula2 kahwin dulu. Bataniah pun dah bertahun tak dapat sebab sang suami mungkin ada masalah mati pucuk tapi tak nak buat pemeriksaan.

Maria juga atas dasar kasihan memberikan pinjaman beberapa ratus ringgit. Tetapi dia cepat tersedar bilamana ayat-ayat kenalannya mula ayat skema sekiranya Maria lambat respond ke atas permintaan sang kenalan untuk meminjam wang.

Maka Maria telah memblok dan tak ambik tahu langsung pasal kenalannya. Tetapi Maria telah bercerai dengan suaminya bila dia mendapat tahu bahawa sang suami mempunyai dua sugar baby. Cheh!

 

Kesimpulannya apa yang kita boleh ambil ikhtibar dari cerita diatas. Nanti la saya sambung….


Wednesday, February 17, 2021

Berat dan kukies

 Assalammualaikum,

Wow....nengok orang bukit upload makanan, kita pun sama la nak share.

Tengahari tadi staff ada edarkan kotak2 cookies...


Packaging tip top...macam brand oversea...baguss...produk tempatan sekarang yea.

Tapi teman tak dapat nak merasanya sekarang...tunggu cheat day.

Owh untuk sebulan ni teman ambik F1 untuk sarapan dan dinner. So far ok la..dlm masa 11 hari turun 5.2kg...tapi ada lagi 2 minggu ni tak bergerak lak timbangan tu....Selain dari ambik produk...ada coaching program. Depa share meal apa kena buat...barang apa yang kena cari kat pasaraya...lps tu kena update food intake setiap hari...selain dari tip tip tentang weight, macro, nutrious, carbo ringkas etc...hanya yang disiplin dan istiqomah jer boleh melalui coaching ni...Air kosong kena minum ikut berat...1 litre = 25kg...uittt..5 ke 6 liter sehari..

For me...tang bila kena p site visit especially site yang under construction..atau ladang ker...tang mana nak buang air kecil tu jadi masalah...minum banyak for sure la buang pun banyak kan...tapi kalau cerita kat coach..ni semua alasan kan...untung la siapa yang kerja ofis...hmmm...

Satu lagi nak kena prepare meal prep...oooo...tidakkkk....

Bulan depan guna produk lain lak...kali ni ada geng...member ofis lama...kita tengok pula berapa yang turun.

Friendly speaking..sepatutnya kita tak boleh bergantung dengan produk semata kan...cer buat naturally...tapi tu la mmg kena betul2 istiqomah...bukan hangat-hangat tahi ayam...10 tahun lg pun takkan kurusnya...

Tapi tu la...konon2 semangat bila ada tgk YB tu kurus...sekali operate usus daaa.....iya la orang berduit...apa2 pun tahniah pada dia...


Friday, January 29, 2021

First Visit

Assalammualaikum,

PKP dah masuk yang ke 2.0, tapi life must go on.

Weekend baru ni ikut staff p site inspection kat southern state. Sekali harung semua properties pegi termasuk la rumah yang terlibat dlm salah satu program tengah tayang sekarang kat stesen televisyen tempatan.

Ingat nak ambik homestay..tapi risau gak..maklumlah for sure lama dah tak de orang duduk kan. Cari hotel yang besar2 pun certain floor jer buka....cuak juga..maklumlah ramai yang meumpang atau bilik/bedsheet yang berhabuk sbb lama tak guna...

So kita cari la boutique hotel. So we oulls stay kat Atelir Hotel kat Taman Pelangi, JB. Rumah kedai convert jadi hotel. Kriteria utama adalah keselamatan, senang parking, tilam tip top, bantal yg empuk dan tuala baru (bukan tuala nipis lps tu banyak stain...eyewww...)






            Siap ada bath tub gedabak...puas staff berendam dua hari berturut2...hehehehehehehe.



                                        Tuala kena bersih dan muat untuk plus size...ngeee....



      Merenung masa depan yang masih samar-samar....chehhhhh........Face mask setia dibawah dagu....

Friday, January 22, 2021

Happy New Year 21

Assalammualaikum,

Dah masuk hari ke -22 tahun baru, haiii...cepatnya masa berlalu.

Nothing much...Azam???? skema sangat...

Hidup perlu diteruskan...

Kita ingat kita yang susah tetapi ada orang yang lagi susah dari kita...

Syukur...

As a start beli untuk diri sendiri dengan benda yang wangi-wangi...(mur mur jer...yang penting kita sentiasa segar dan malar...takde la bau tengit...hehehehehehe)




 

Tuesday, December 29, 2020

Last course for Year 2020

Assalammualaikum,

Tengah dok go thru outstanding bill client yang tak berbayor lagi. Tiba-tiba dapat few parcel dari abang post laju. Ingatkan apa...sekali appreciation letter and goodies dari institut penilaian. Syarikat jadi salah satu main sponsor. 


 Kira tahun ni ada 16 CPD rasanya kut. Boleh carried forward tahun depan.  Actual 10 CPD jer per year. Tapi C19 ni board kurangkan kut.

Minggu ni mood kelaut....ola..la..la..la..la...la...la...

Friday, December 25, 2020

Happyyyy Hollllieeeee-day

Assalammualaikum,

Hari ni 25hb Disember, macam biasa cuti umum.

So pagi ni lepak-lepak jer...nak masak sarapan AG cakap tak payah. Balik dari surau dibelinya nasi lemak paru d'kubur. Hehehehehe..kenapa nama d'kubur. Sebab warung ni betul2 depan kubur. Sambil suap nasi lemak atau roti canai tengok depan nampak kubur..kira insaf sekejap...sambil fikir bila nak tiba giliran kita...hehehehehe.

Ok. Nak cerita pasal WWE...world wrestling entertainment. Ntah la kadang-kadang layan juga tengok wrestling ni. Abihhh...kalau dari kecil abah dok tengok..dan bila dah bersuami ni pun AG pun layan WWE ni...nak tak nak kita pun terjebak sama....tapi takde la tengok sampai habis...

Cuma nak share jer wrestler yang saya suka tengok. Nama pun entertainment. Kadang depa ni jadi baik kadang jadi jahat...atas gelanggang jer la...belakang minum teh tarik sama-sama...cheh!! sama la macam politikus kita...eh..eh..eh..eh...


1. Ronda Rousey. Minah ni kuat gila...badan takde la besar mana...makan apah ntah...see dia boleh angkat lelaki macam tu jer.....Belasah, tampar la banyak kali...tapi bila koa lebih2 sangat mendapat la lepas tu...especially kalau dia pegang tengkok..memang koa kalah la lepas tu.



2. Roman Reigns. Mamat ni cool jer. Hansem pun hansem...hehehehehe...Kelebihan mamat ni pada tumbukan tangan kanan i guest. Ala macam superhero buat tu....lepas tu dia ni kadang2 guna bahu dia untuk kalahkan lawan.



3. Goldberg. Pakcik ni feature macam bapak2 gitu. Muka memang garang tapi dalam hati ada taman.
Tandukan dia macam  Pachycephalosaurus iaitu dinasaur berkepala keras. 




4. Brock Lesnar. Ni pun satu lagi muka sombong n garang. Tak banyak cakap. Tapi kalau lebih2 sangat kejap jer dia tumbangkan lawan. Dia ni salah seorang wrestler yang mempunyai pendapatan tinggi.



5. Randy Orton. Mamat ni memang geng jahat. Tapi kadang2 datang angin baik dia. 



6. Dean Ambrose. Mamat ni dah lama...rasanya dulu dia tag team dengan Roman. Tapi biasa la..sedangkan lidah lagi tergigit...bila banyak sangat influence dari orang lain berpecah la...Cuma mamat ni memang sempoi. Wrestling pakai seluar jeans jer...




Banyak lagi wrestler...macam undertaker, john senna, the rock, cuma yang kat atas ni suka tengok depa wrestling. Especially bila ada Royal Rumble. 

Ok..next nak kongsi filem Tamil lak...aviation story macam boss AA kita.

Selamat bercuti uolls.

Thursday, December 24, 2020

Makan-makan at Suki-ya IOI City Mall

Assalammualaikum,

Bermula esok ramai staff kat ofis ni bercuti. Ada yang sambung isnin dan selasa dan ada yang sambung sampai New Year. 

Kira-kira 10 hari la cuti...Untung lerrr (kita jer tak boleh cuti....)...harap2 sesiapa yang cuti lama-lama tu balik dengan fizikal dan mental yang segar.  Jangan first day masuk ofis kelaut juga...

Yea la kalau tak luluskan cuti kata majikan kejam la..itu la..ini la... Adoiiii....pekerja sekarang asyik salahkan majikan sebab tak faham depa...belum lagi kata sebab C19 ni stress tahap gaban lagi...macam-macam perangai....yang tersepit yang tengah2 ni....(saya ler tu...)

So sempena Cuti Hari Krismas esok, kami geng-geng gegirl buat acara makan2. Tak jauh kat IOI City Mall jer...memandangkan dari pagi gloomy so kami decide makan benda2 yang panas2 dan suppy suppy sket. So kami terjah ke Suki-ya di Level 2.





Tips : Depa suggest yg meaty tu..dip2 dlm sup sekejap lps tu angkat. Rasanya better if lump semua sekali dalam sup tu bagi betul2 masak dan meresap rasa sup lps tu angkat then baru dip dlm dipping sause dia. Kami ambik miso dan kamuchi sup. Dipping sauce entah la..tak tau namanya...sebab yang ambil makanan tambahan tu semua budak2 ofis. Ahkak duduk jer...redho apa yang diambil..hehhehehe.

Sushi tu nasi dia macam ada rasa keras2 sket.

Taste wise to me biasa jer...tetapi untuk RM40.35 nett per person. Boleh lah...

Tempat duduk agak sempit kepada mereka yang berbadan besar. Due to table yang rapat ke kerusi...yea la nak taruk all food.  Dan stand bawah meja untuk accommodate pan bagi panaskan sup kat tengah2 tu plus sandar belakang.
Food garden i think better kerusi satu2. Tapi ada jer yang for two person. Sebab kami berlima di baginya duduk kerusi romantik...