Assalammualaikum,
Cerita 1
Suatu hari Azizah (bukan nama
sebenar) menerima pautan mesej dari seseorang yang tak dikenali melalui mukabuku.
Pada awalnya pertanyaan adalah berkisar kepada suasana kerja dan kebetulan
Azizah memang bekerja di dalam bidang tersebut. Dua tiga bulan masih dalam mood
bertanya khabar, kesihatan dan kerja. Azizah tetap melayani pertanyaan tersebut
tanpa ada apa2 prasangka kerana Azizah telah menyatakan dari awal bahawa dia
telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak yang menginjak dewasa.
Sehinggalah satu hari kenalannya telah
berkongsi gambarnya bersama anak2nya serta meminta izin untuk mendapatkan
nombor telefon Azizah. Azizah menyatakan dia perlu meminta izin suaminya dahulu
dan kenalan tersebut bersedia untuk bercakap dengan suami Azizah.
Memandangkan dari mula berkahwin Azizah
tidak pernah menyembunyikan apa2 kegiatan dari suaminya malah suaminya
mempunyai access ke atas ke setiap akaun laman sosial azizah termasuk akaun wassap/telegram.
Maka suaminya mengizinkan Azizah untuk memberi nombor telefon kepada kenalan
tersebut.
Maka bermulalah bila mana hampir
setiap hari kenalannya menghantar mesej bertanya khabar. Berkongsi apa yang dia
lakukan seharian dan Azizah juga akan berkongsi masakan yang di masak, kemana
dia pergi dan sebagainya. Setelah lebih dari 3 bulan dalam kondisi tersebut
kenalannya mula bercerita tentang masalah peribadinya. Pada awalnya Azizah
sekadar boleh menasihat dan memberi kata-kata semangat sehinggalah suatu hari
kenalannya mula menyatakan perasaan sayang kepada Azizah dengan menyatakan
kata-kata manis seperti..’awak ni mcm arwah isteri sy la’..’alangkah baik kalau
semua masakan tu awk masak untuk saya’…’I wish i ada dengan u bila u
jalan-jalan tu’….’bila you bawak balik kerja I akan temankan you siapkan semua
kerja-kerja you…..’kalau u ada masalah dengan suami u, u cerita kat i’….uishhh…saiko….
Pengakhirannya Azizah hampir jatuh
hati dengan kenalanya tetapi dia lekas sedar bilamana kenalan tersebut sudah
mula meminta wang daripada Azizah. Azizah terus blok nombor kenalannya.
Selamat Aziziah.
Cerita 2
Cerita hampir sama seperti
diatas. Kita namakan subjek sebagai Sarimah. Sarimah adalah seorang wanita
berkerjaya dan tidak berkahwin. Beza Azizah dengan Sarimah adalah Sarimah tidak
kisah untuk memberikan pinjaman wang kepada kenalannya. Sebab dia rasa dia
dihargai dan diberikan perhatian dan apa salahnya jika dia menolong sedikit
kenalan tersebut. Mula-mula beberapa ratus, kemudian ribuan dan hampir puluh
ribuan. Kenapa hampir puluh ribuan bilamana Sarimah di bawa oleh kawan
serumahnya berjumpa dengan seorang ustaz dan pada masa itu Sarimah seperti baru
sedar dari alam fana cinta. Hehehehehe..
Selamat Sarimah dari rugi puluh
ribuan.
Cerita 3
Cerita hampir sama dan kita
namakan subjek sebagai Maria. Maria mempunyai jawatan sebagai penolong pengarah
disalah satu jabatan kerajaan dan sudah berkahwin serta mempunyai lima orang
anak yang sudah dewasa.
Maria memang mempunyai masalah
dengan suaminya bila dia sudah merasakan yang dia tidak lagi menarik perhatian
sang suami. Suaminya tidak lagi mahu mendengar keluhan Maria setiap kali dia
pulang dari kerja. Tidur tak sama2 macam mula2 kahwin dulu. Bataniah pun dah
bertahun tak dapat sebab sang suami mungkin ada masalah mati pucuk tapi tak nak
buat pemeriksaan.
Maria juga atas dasar kasihan
memberikan pinjaman beberapa ratus ringgit. Tetapi dia cepat tersedar bilamana ayat-ayat
kenalannya mula ayat skema sekiranya Maria lambat respond ke atas permintaan
sang kenalan untuk meminjam wang.
Maka Maria telah memblok dan tak
ambik tahu langsung pasal kenalannya. Tetapi Maria telah bercerai dengan
suaminya bila dia mendapat tahu bahawa sang suami mempunyai dua sugar baby.
Cheh!
Kesimpulannya apa yang kita boleh
ambil ikhtibar dari cerita diatas. Nanti la saya sambung….
2 comments:
wahh.. kisah masyarakat ni.. 😅😅😅
Iya..boleh lah...untuk jadi panduan dan rujukan...hehehehehe.
Post a Comment