Assalammualaikum,
Walaupun diet teman tetap share tempat makan baru yang teman pergi..tapi masa cheat day la yea..
Assalammualaikum,
Walaupun diet teman tetap share tempat makan baru yang teman pergi..tapi masa cheat day la yea..
Assalammualaikum,
Macam teman bagitau sebelum ni..walaupun ikut program diet..tetap ada 1 hari untuk cheat day. Bukan bermaksud hari tu boleh makan apa yang kita suka. Still ikut portion.
Contoh :
Kalau berkuah..ambil 2 sudu kuah sahaja.
Elakkan makan makanan berasaskan daging..Kita boleh ambil ikan atau ayam takde masalah.
Kalau goreng-gorengan..ambil 1 portion sahaja.
Kalau nasi putih..ambil 4 sudu sahaja...
Kalau takde serat/buah/sayur...balik brisk walk banyak sikit. Tetapi better ada dalam peti ais tu buah2 atau sayur2 sepeket dua...
Air minum...kalau boleh elakkan yang manis..tapi nak rasa teh tarik boleh...3 4 sip sudah.
Order air suam atau kopi o kosong tanpa gula...
So order banyak2 makanan ni....siapa yang abiskan..membazir la kan...kata diet...
Owh...Abang Gebu la abiskan...hehehehehehe..
Eh..dalam diet kita ada makan aiskrim juga tau.. (perasa vanilla) tapi satu skop jer la..jangan lebih2...well..aiskrim kan..kadang2 terlebih satu scope...hehehehe..
Tak disiplin betul la kamu ni....marah diri sendiri...
Assalammualaikum,
Ok lah..untuk pengetahuan semua..malas nak tunggu tahun depan..hehehehehe
Sesiapa yang pernah jumpa teman in person..tau la kan how chubby teman ni..
On off kecik sikit lepas tu besar balik..hehehehehe..
Macam2 program dah ikut...tapi tetap membesar bagai johan. Tambah2 bila tempat makan viral lalu kat insta/TT....kalau dalam KL dan Selangor or N9 memang terjah la...(ikut mood) or kebetulan lalu situ.
Sesuai dengan faktor umur, so metabolisma dah makin menurun...tambahan pula tak exercise..banyak duduk atas kerusi ofis..check report..site visit pun sekali sekala...pergi ke taman rekreasi ikut musim...tiga ke empat minggu jer ok..lepas tu ke-lauttt...Balik rumah dari ofis..lepak jer..kalau weekend..to fullfill perut AG kita follow la dia cari makanan minang or yang seangkatan dengannya which ada yg agak pedas untuk perut teman..dan ada dish yg teman dah bosan nak makan..
Bila kira balik belanja untuk order makanan atau makan kat luar (berdua yea or kadang2 bertiga)...uish..berpinor mata..
So apa solutionnya...masak sendiri la kan. Owh..its not me la nak masak hari-hari..TAPI...teman boleh rajin masak kalau barang2 mentah/bawang/halia/kunyit dah siap2 prep....lepas masak..ada orang kemas and basuh pinggan...hehehehehe..Ni..koa seorang nak buat semua...owh tidak la (isteri yang perlukan otak untuk selesaikan masalah atau kerja orang kat ofis, belum deal dengan client yg tettt.. (ni bukan alasan yea)....balik rumah dia nak melunjurkan kaki atau baring atas katil sambil skroll hp..hehehehe..bukan kena singsing lengan masak kat dapur selalu..)
...kalau teman..setakat goreng telur or buat telur dadar or campak2 buat nasi goreng/spagetti/mee..or makan leftover food...ok to me...ni ada suami yang kena jaga perut dia..memang la AG tak kisah bini dia masak telur..or masak sayur kesukaan or sesekali masak asam pedas kepala ikan or ketam masak lemak (ni kalau barang mentah ada la..kalau suruh AG beli kat pasar tak tau nya dia)....tapi syarat sambal gesek/penyet kena ada...ulam/petai kena ada..tinggal AG masak nasi sahaja...but since AG kena serang gastrik teruk dulu..penggunaan atau pembelian makanan pedas/spicy adalah very minima sekarang. Punya la tak tau nak makan apa dah...untuk late lunch order nasi ayam seketul..enough for him... sbb pagi selalunya AG dah bantai makan nasi lemak atau nasi berlauk mek kelantan depan uniten.
Ok back to masalah berat badan ni...bila makan luar maksudnya penggunaan bahan perisa, gula garam adalah tinggi dan tidak terkawal kan. Buat macam mana pun memang tak kan turun berat..betul tak? So apa solutionnya..
Sekarang berlambak iklan/program diet..tinggal nak pilih mana yang sesuai dan berbaloi harganya...Yea la..kalau program diet koa kena bayar 4 ke 5 ratus..lepas tu ada kos kena beli bahan mentah untuk follow menu yang diberikan lagi..belum supplement tambahan..acah macam..kalau nak turun cepat..should take this product...
Lepas tu advertisment tu kata 'boleh makan apa sahaja'..dan ayat2 macam 'uolls kena konsisten untuk dapat result yang kebabom, disiplin..dengar cakap coach..etc...' owh...letak tangan kat dahi..
Ok..sis cuba...last try ikut coach macam ni 7 tahun lepas...ok la berjaya turun 10 kilo selama 3 bulan..lepas tu stuck balik atau tambah 20/30 kg...hehehehehe.
Last two months..weight teman adalah 118 kg (ni guna penimbang kat klinik kesihatan yea..mmg accurate..) berat macam yoyo..buat la IF ke, KETO ke..tak pernah dapat bawah 100 kg...frust woo...tu yang diet asyik ke LAUT..
Sooo...bermula dari 2hb Oktober 2023, teman ada ikut program YON's DIET selama 3 bulan...bayar RM100 sahaja...hari2 kena hantar gambar..(macam biasa..semua program diet macam tu)...bezanya..tak perlu ambil additional supplement..itu sahaja...so far setakat berita ini di tulis (dah 7 minggu) berat teman BARU turun 12 kilo...banyak kilo lagi nak turun...berat ideal 65 ke 68 kilo...inch loss..pinggang/bontot/dada sahaja lebih kurang 4 ke 5 inci...
Assalammualaikum,
Sajer simpan sini sebagai kenangan.
Tema dinner ari tu Bow Tie Black & White...sekali ada terselit warna merah...cuma AG konfius nak pakai serban hitam atau putih...pada teman serban putih lagi nampak ok.
End up warna apa yg AG pakai...nanti teman update tahun depan yea...hehehehehe..
Assalammualaikum,
Bila berada didalam bidang ini iaitu kerjaya sebagai seorang penilai hartanah...selain dari mendapatkan lesen besar sebagai penilai berdaftar..seandainya kalau permulaan karier adalah bidang ini sampai ke sudah...
Atau berjinak-jinak sebagai agen yang menguruskan pembelian, penjualan dan sewaan hartanah.
Atau sebagai pengurus harta yang menguruskan hartanah supaya hartanah tersebut kekal atau enhance nilainya di pasaran..
Kira banyak lagi skop kerja bila melibatkan hartanah ini.
Atau menjadi seseorang yang menyumbang kepada kemaslahat hartanah itu sendiri..samada sumbangan dari segi idea sebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang dilantik, sumbangan dalam menyediakan write-up tentang hartanah, sumbangan melalui keterlibatan didalam semua acara yang berkaitan dengan hartanah sehingga sumbangan kita itu di'recognize' oleh sesuatu organisasi.
Selama hampir 28 tahun terlibat didalam kerjaya ini..khamis lepas..sumbangan tenaga/idea/kerterlibatan teman telah diakui...hehehehehe..well biarpun hanya di peringkat syarikat...pada teman sesuatu yang agak memberangsangkan...
Objektif syarikat a.k.a. boss besar wujudkan award ni adalah untuk motivate staff supaya lebih bekerja keras pada masa akan datang. Kira beli jiwa la..maklumlah..ekonomi tengah keras sekarang ni..
Assalammualaikum,
Apa khabar semua. Teman??? Insyallah...sihat walafiat.
Bukan menghilang..cuma sedang mengusahakan sesuatu...result by new year...Nantikan yea..samada baik atau so so yang datang.
Kenapa 50 sen??? Perasan tak..kalau kita ke supermarket besar..untuk dapatkan trolley kita kena masukkan RM0.50...RM0.20 tak main yea.
Ada golongan yang akan mendapat keuntungan di sini.
1. Pekerja yang mengutip trolley yang bersepah-sepah kat parking lot...keberuntungan ke atas mereka-mereka yang malas nak letak trolley tu kat tempat sepatutnya. Uish..RM0.50 x berpuluh/ratus trolley..lepas la duit beli beras..
2. Pengunjung yang tengok trolley terbiar di parking lot..dia pun ambil..jimat tak payah bayar RM0.50.
Ok..malam semalam teman ke pasaraya, nak beli barang keperluan rumah sikit. Malas nak bawak beg yg biasa bawak..sauk jer beg kecil. Sampai dalam pasaraya baru perasan..ala duit syiling takde..duit RM1 pun takde..yang ada dua tiga keping duit RM50. Sekarang cashless kan..bayar pakai kad..atau apps...
Kat mesin tukar duit takde lak QR code. Isk..masalah betul. So teman ke cashier..ingat nak tukar duit..di suruhnya teman ke customer service. Ingat nak beli apa2 makanan..still kita takkan dapat duit RM0.50 tu..sebab semua makanan..RM5.99..RM7.00..
So teman ke counter service. Owh..tak boleh tukar..kecuali beli la mineral water..lorr..teman ni nak ambik trolley jer kut..kena masuk pasaraya..bayar barang..then ambik trolley..apoooo....
Last2 teman cakap kat adik tu..awak pinjamkan saya RM0.50..saya transfer duit kat awak..tak boleh katanya..cik adikk..akak ni bukan scammer..saya nak transfer duit jer kut..end up dia bagi juga RM0.50 tu..
So lepas pilih2 barang..teman pun bayar..of course pakai kad la...
Tapi sebelum keluar..teman beli bagel tuna. Teman datang balik kat adik tu..teman cakap la kat dia..duit RM0.50 tak de dik..tapi akak bagi bagel ni..untuk dinner awak...lepas tu di baginya teman barang ni..
Assalammualaikum,
Alang-alang kita ke Perthlis...apa kata kita melangkah ke negara jiran..Thailand..land of smiles.
Cadang memang nak pergi Hatyai...apakan daya..ahli rombongan ada yang sakit kaki la..penat masa kenduri la...ok..kita pergi town yang dekat sempadan sahaja iaitu Danok..jadi la..buat chop passport..
Ada kejadian masa kami ke sini. Kami naik 2 kereta.
1. Masa otw ke sini, papa zul boleh pulak tertinggal passport kat homestay walaupun teman dah ingatkan malam sebelumnya..dah 3/4 perjalanan pulak tu. So kami sampai ke Bukit Kayu Hitam CIQ, chop passport dulu kemudian bawak papa ke pejabat di situ..konon2 nak buat passport sempadan jer..sekali kena buat kat Alor Setar sahaja...so patah la balik ke homestay ambik passport. Kereta yang satu lagi proceed ke sempadan Thai.
2. Masa kat sempadan Thai ni, bila giliran teman..sekali pegawai tu cakap..passport teman tak chop sempadan Malaysia..lorr..abis dibelek setiap helai kertas..takde..rupa-rupanya memang tak chop...dah la letih kena jalan kaki dari parking ke imegresen sinun. Malas nak jalan kaki..teman sewa motor (orang sinun yang bawak sbb teman mana reti bawak motor..hehehehe..lagipun Abang Gebu kena jaga anak2 dara..nanti orang sinun bawak lari payah nak menjawab dengan mak abah diaorang.)..sampai imegresen malaysia..chop..patah balik dengan motor yang sama..then ke kaunter sebelah sinun. Moral of the story, kalau kita yang drive kereta..terutama kat imegresen kita....sebelum gerak pastikan tengok passport kita berchop atau tidak jangan main pass kat penumpang sebelah..terutama dalam kereta tu ada 4/5 orang. Check satu2 passport dulu. We are human kay...
Ok sementara tunggu papa n sorang lagi sampai..kita tukar duit dalam RM200 jer..ala..nak makan2 and beli barang sikit2...