Assalammualaikum,
Apa khabar semua. Teman??? Insyallah...sihat walafiat.
Bukan menghilang..cuma sedang mengusahakan sesuatu...result by new year...Nantikan yea..samada baik atau so so yang datang.
Kenapa 50 sen??? Perasan tak..kalau kita ke supermarket besar..untuk dapatkan trolley kita kena masukkan RM0.50...RM0.20 tak main yea.
Ada golongan yang akan mendapat keuntungan di sini.
1. Pekerja yang mengutip trolley yang bersepah-sepah kat parking lot...keberuntungan ke atas mereka-mereka yang malas nak letak trolley tu kat tempat sepatutnya. Uish..RM0.50 x berpuluh/ratus trolley..lepas la duit beli beras..
2. Pengunjung yang tengok trolley terbiar di parking lot..dia pun ambil..jimat tak payah bayar RM0.50.
Ok..malam semalam teman ke pasaraya, nak beli barang keperluan rumah sikit. Malas nak bawak beg yg biasa bawak..sauk jer beg kecil. Sampai dalam pasaraya baru perasan..ala duit syiling takde..duit RM1 pun takde..yang ada dua tiga keping duit RM50. Sekarang cashless kan..bayar pakai kad..atau apps...
Kat mesin tukar duit takde lak QR code. Isk..masalah betul. So teman ke cashier..ingat nak tukar duit..di suruhnya teman ke customer service. Ingat nak beli apa2 makanan..still kita takkan dapat duit RM0.50 tu..sebab semua makanan..RM5.99..RM7.00..
So teman ke counter service. Owh..tak boleh tukar..kecuali beli la mineral water..lorr..teman ni nak ambik trolley jer kut..kena masuk pasaraya..bayar barang..then ambik trolley..apoooo....
Last2 teman cakap kat adik tu..awak pinjamkan saya RM0.50..saya transfer duit kat awak..tak boleh katanya..cik adikk..akak ni bukan scammer..saya nak transfer duit jer kut..end up dia bagi juga RM0.50 tu..
So lepas pilih2 barang..teman pun bayar..of course pakai kad la...
Tapi sebelum keluar..teman beli bagel tuna. Teman datang balik kat adik tu..teman cakap la kat dia..duit RM0.50 tak de dik..tapi akak bagi bagel ni..untuk dinner awak...lepas tu di baginya teman barang ni..
8 comments:
suspens ni projek apakah itu? result next year?
susah tul nak dptkan 50sen...cantik bekas tu..
Dari 50sen dapat tuna bagel 👍. Saya baru tahu kalo nak pakai trolley di sana sekarang berbayar yaa. Di sini rasanya masih belum. Tapi mungkin nantinya akan diterapkan seperti itu juga 😅
haha kadang2 customer service memang tak function, tapi nasib baik dilayan jugak dapat rezeki bagel tuna, sedap tu
kena beli mineral water?
Itu twisting arm!
Susah juga nak cari 50 sen kadang2 tu, terutamanya orang lelakilah. Biasanya duit siling tinggal kat rumah.
saya pernah hampir gaduh dengan pelanggan waktu keja jadi juruwang...saya tiada 5 sen dan dia berkeras nak baki 5 sen
Nohas : Hehehehe..ada la..
Fanny : Disini semua pakai duit..
Nadia : CS..sekadar tempelen..hehehehe..inshallah..kena cakap elok + bagi cadangan dan selesaikan sendiri masalah tu + bina rappo = dapat free gift
Uncle : kat cashier tu yang ada..tak pun di suruh beli cekelat..
Faizal : Mana la kita simpan syiling kan..semua pakai QR or apps..
Mr Hanafi : Uish...betul2 orang tu nak setiap sen yea..
setakat ni ammi masih berkira dengan 50 sen di trolley..gigih hantar pulang. Dulu masa kecikkan kalau 10 sen pun kitorang berebut tapi anak-anak ni sekarng ammi tgk...duit syiling besepah atas lantai bilik sikit pun dorang tak heran nak kutip.
Yela...dorang tak merasa susah macam ammi dulu.
Post a Comment