Tuesday, November 14, 2023

Achievement Unlocked

Assalammualaikum,

Bila berada didalam bidang ini iaitu kerjaya sebagai seorang penilai hartanah...selain dari mendapatkan lesen besar sebagai penilai berdaftar..seandainya kalau permulaan karier adalah bidang ini sampai ke sudah...

Atau berjinak-jinak sebagai agen yang menguruskan pembelian, penjualan dan sewaan hartanah.

Atau sebagai pengurus harta yang menguruskan hartanah supaya hartanah tersebut kekal atau enhance nilainya di pasaran..

Kira banyak lagi skop kerja bila melibatkan hartanah ini.

Atau menjadi seseorang yang menyumbang kepada kemaslahat hartanah itu sendiri..samada sumbangan dari segi idea sebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang dilantik, sumbangan dalam menyediakan write-up tentang hartanah, sumbangan melalui keterlibatan didalam semua acara yang berkaitan dengan hartanah sehingga sumbangan kita itu di'recognize' oleh sesuatu organisasi.

Selama hampir 28 tahun terlibat didalam kerjaya ini..khamis lepas..sumbangan tenaga/idea/kerterlibatan teman telah diakui...hehehehehe..well biarpun hanya di peringkat syarikat...pada teman sesuatu yang agak memberangsangkan...

Objektif syarikat a.k.a. boss besar wujudkan award ni adalah untuk motivate staff supaya lebih bekerja keras pada masa akan datang. Kira beli jiwa la..maklumlah..ekonomi tengah keras sekarang ni..



5 comments:

nohas said...

tahniah!! bagus jg ada award mcm ni, satu motivasi..

Ammi said...

tak kisahlah dalam syarikat sekalipun sekurng2nya kerja keras kita dihargai dan juga boleh motivate yg lain. Tahniah!

uncle gedek said...

Wah! Uncle tumpang bangga!

fzy fuzzy said...

Nohas : Terima kasih kak...R&C pun sepatutnya buat macam ni untuk staff dia..hehehehehe

Ammi : Terima kasih. Yea kan..syarikat pun syarikat lah..

Uncle : Terima kasih...semangatttt...

NADIA vs BERON said...

wah tahniahhh! jom jogging dengan jam baru hehe