Thursday, August 24, 2023

Fish or Fesh

Assalammualaikum,

Ahad pegi urut kaki di Lestari Perdana. L3, L4, L5...sciatica nerve...macam2 keluar...kena rajin belajar anatomi ni...tapi nak find out kena orang yang betul2 pandai...so far lps urut boleh dah jalan..tak hencut2 sangat...tapi keesokkan harinya rasa lemau dan sakit badan...terapist tu dah cakap siap2..memang akan rasa sakit dalam 2 3 hari...kalau sakit sangat makan panadol katanya..

Makan pun tak berapa nak lalu. Ikutkan fish and chip di Smoked Kingdom by Ustaz Don Daniyal tu sedap jer...tapi takde mood so AG la habiskan. Kopi panas sini sedap. Katanya guna kopi hang tuah sahaja...yang mana satu? Biru, Hijau, Merah...



Sedap pulak nampak daging black pepper tu cicah dengan sambal belacan.


4 comments:

Carneyz said...

Ooo.. sciatic nerve ke. Tahun 2020 saya pernah kena sciatic nerve tapi kat bahagian atas pinggang sampai ke punggung belah kiri. Memang payah nak duduk, berdiri pun tak boleh tegak betul2. Apa lagi nak buat gerakan dalam solat, nak rukuk, sujud dgn duduk tahiyat tu menangis2 dibuatnya. Pergi klinik, doktor syak kena slipped disc tapi bila dia test, kata bukan pulak. Last2 bagi ubat tahan sakit dengan muscle relaxant tapi tak jalan.

Lepas tu book sesi urut dengan physiotherapist, 2x dia datang urut. Masa urut tu menjerit2 sbb sakit. Tapi alhamdulillah 2x urut lepas tu legaaaa... Orang fisio tu kata kena letak cold pack selang-seli dengan hot pack dekat bahagian tu. Lepas tu ajar beberapa senaman regangan.

nohas said...

semoga cepat sembuh...kena jumpa pakar saraf..

fish & chips tu nampak yummy sungguh..

fairus said...

Saya pernah menulis artikel bertajuk Fish and Chip atau Asam Pedas? Hihi..

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Semoga cepat sembuh kakinya kak 🙏. Related dengan saraf yabg terkena yaa. Saya bisa bayangkan sakitnya, karena mama dan mama mertua pun punya masalah yg sama. Memang harus rutin ke fisioterapi.

Kalau sakit, seenak apapun makanan, jadi tak sesuai.😔