Tuesday, August 22, 2023

Al-fatihah

Assalammualaikum,

Sebenarnya sebab teman menyepi diri..(alaa..sebulan jer...hehehehehe)...balik dari pekena kari kepala ikan tu..keesokkan harinya, teman tak boleh bergerak sangat...kaki sakit.

Tiba-tiba sahaja..lepas lunch...rasa nak menangis bila nak ke tandas dari bilik....last2 guna kerusi ofis yang beroda tu..allah... nak balik call AG suruh standby kerusi roda. Kat rumah pun sama..azab..

Teman suspek, sekiranya duduk terlalu lama di kerusi lalu bangun tiba-tiba..memang sakit gila. Ni semua adalah akibat dari sessi menggunakan mesin urut yang boss besar letakkan dalam bilik dia. Konon2 urut tu sedap la...nan hadooo...sakit ada la..rasanya urat tersepit kut.

Lepas tu kena scam dengan tempat urut saraf..buat appointment tapi hari kejadian..kejap ok pukul 10 pagi..lepas tu kata lepas zohor..tup2 lepas asar...hmmm..cancel jer la...tahan jer la sakit...last2 mintak tolong bidan muda urutkan..lega la sikit..but still sakit...

Dalam dok tahan sakit..tiba-tiba dapat khabar dari orang di Ipoh. Suami kakak sulung mak meninggal di hospital pukul 12.30 pagi Khamis akibat komplikasi buah pinggang. Kakak mak tu teman panggil makwe ham. Kalau balik Kuale..memang teman akan selalu singgah di rumah dia...

So dalam sakit2 tu..gerak la kami berdua ke Ipoh...wakil mak dan abah...rupa-rupanya adik teman dan maksu teman pun balik juga...tapi mereka takde rezeki nak tengok jenazah...



5 comments:

Carneyz said...

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ 🤲🏻

Salam takziah buat Fzy sekeluarga. Kaki dah ok ke sis? Kalau tak ok lagi, cuba dapatkan khidmat fisioterapi dari aplikasi Sentuh. Saya dah beberapa kali guna khidmat fisio dieorg alhamdulillah lepas tu lega.

fzy fuzzy said...

Alhamdulillah..dah ok lepas jumpa pakar urat saraf (this lady dekat sebulan nak buat appointment ssb selalu full house). Boleh lah saya try as per suggest..thanks ya..

nohas said...

Salam takziah..

semoga cepat sembuh, nampaknya lebih baik manusia yg urut drpd machine...

Ezna Khalili said...

Takziah.

Moga cepat sembuh dan kita dikurniakan kesihatan berpanjangan.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Ikut berdukacita kak Fzy...dan semoga kakinya pun cepat baik yaa ☺️