Monday, August 28, 2023

Kampong White & Black @ Heritage

Assalammualaikum,

Bukan lagu Micheal Jackson jer ada black or white tau. 

Untuk mencipta kelainan, ada pemilik yang namakan kedai mereka White & Black. Mula2 ingat kedai hipster..sekali nampak langsir putih kat entrance...ala2 macam masuk rumah opah/atok kat kampung dulu-dulu..  

Menu dia adalah authentic malay cuisine. Terletak di Jalan Kamunting (dekat2 dengan Heritage row dan sup pak abu Jalan Doraisamy). 

Kami ke sini untuk makan tengahari selepas selesai urusan di Bangunan CIMB sebelah Sogo. Malas nak ke area Kg Baru atau Chow Kit..mencari macam biasa kegemaran AG, masakan minang.

So apa yang kami makan...



'Assalammualaikum!!! kami datang nak makan....'




1. Ikan siakap 3 rasa petai (ikan besar, petai fresh..banyak lg..tak kedekut.....tapi teman tak makan ler petai tu..kuis kuis jer....AG yg makan seorang)
2. Kangkung tumis belacan..ker tumis biasa..lupa pulak
3. Telur dadar sebesar pinggan...(satu saiz jer tau..tak makan pun..bawak balik)  


Tengok la isi ikan tu..putih..kenyal..ni bukan keluar masuk peti ais yea...sambal tempoyak tu win....


6 comments:

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

My goodness 😍😍😍. Saya sukaaa masakan Melayu. Kemarin di Penang pun jumpa 2 restoran khas Melayu, dan 2-2 nya sedaaap. Belum saya tulis di blog. Memang masakan macam nih lah yg selalu cocok dengan selera saya 😄

Faizal R said...

Susah tu nak dapat sambal tempoyak. Meleleh dibuatnya.

NADIA vs BERON said...

dah la kedai cantik, nampak sedap pulak tu. Harganya pulak macam mana? hehe

uncle gedek said...

Eh, uncle pernah makan sini...! Gimifai!

Carneyz said...

Kawan cakap sedap makan kat sini. Tak pernah try yg W&B Heritage cuma pernah W&B Titiwangsa (menu lebih ke arah western & cafe).

fzy fuzzy said...

Fanny : Wah..baru pulang dari Malaysia ya..tapi Penang more kepada masakan mamak..nasi kandar..surrrr...

Faizal : Musim durian tentu ada tempoyaknya..cuma nak cari yang durian sahaja susah..sebab ada yang campur dengan pisang...pernah cuba durian musang king buat jadi tempoyak? cuba la buat rasa-rasa..

Nadia : Masa kami makan keluar semua lagu..lemak manis la..lagu P.Ramlee..lagu2 lama..lagu pak maun pun ada...Harga??? 3 menu dan minuman tu dalam RM125..+RM5 untuk parking depan kedai.

Uncle : Wah! hi-five balik..

Carneyz : Inshallah sedap..setakat menu yang saya makan la..menu yang lain tak rasa lagi..inshallah boleh repeat untuk lain kali..