Assalammualaikum,
Jumaat pagi hantar abah untuk follow-up kat Raspitory Clinic, Jalan Pahang. Lepas tu sambung dengan kerja-kerja follow-up. #roadtocollectiononepointeightmillion. Malam lepak kat Keramat. Layan MLMS...yeayyyy kumpulan UBI menang.
Esok paginya mencuba sarapan roti sarang burung di AU3, EPL Cafe.
Ni baru betul, teh tarik halia..halia original yang ditumbuk bukan halia serbuk/tiruan.
Tak nampak pulak pokok durian..untung la orang duduk situ kalau ada...
Dalam tu dah full house yea kalau datang pukul 8.
Lepas sarapan, kita stroll SUKE...terasa di tanah tinggi...
Comel jer gantry toll booth.
Petang kita layan sunset dari tingkap rumah burung merpati...
Esokknya hujan lebat di pagi hari...so kita tahan perut sikit.
Lepas hujan berhenti kita ke Jalan Kolam Air, Ampang Jaya bersarapan di Mak Jah corner.
(sederet dengan Naan Corner, lepas ISKL)
Sorry, yea teman tak berapa ambik gambar sangat. Tetiba tersegan pulak. hehehehehe..
Eh..kuih-kuih kat sini marvellous la. Aneka bingka..labu, jagung, kuih lapis..kasui..kuih gulung..
Teman suka bihun goreng kat sini. Taste dia macam mak/opah masak.
Rasanya blend ikan bilis atau udang kering dengan bawang n cili.
For info, seating limited yea.
Lepas sarapan balik ke Putrajaya.
5 comments:
cantiknyaa sunset tu
makannns 👍
jalan2 sambil cari makan ke ni...
rindunya suasana AU. Tempat berbasikal time duduk sana. Sekarang dah pindah balik kampung.
Nadiajamhari - rezeki saya dapat unit rumah yang dapat tgk matahari terbenam. alhamdulillah.
Wak Lat : membantu saudara sesama islam. sebenarnya malas masak..hehehehehe
Carneyz : Berdua jer so apa lg nak buat..dating jer la sambil makan/jalan2
Nadia : Kuale pun ok per...tenang jer kan...
Post a Comment