Assalammualaikum,
Ada baca someone post kat insta. Isi kandungannya.
Kita pernah dengar tak yang manusia ni ada yang macam lori sampah. Setiap hari kutip sampah dari celik mata sampailah sebelum tidur...kita tak membicarakan tentang pekerja yang memang tugas dia kutip sampah yea.
Kalau kita kena marah tak pasal2..tho tu bukan salah kita..(contoh : orang tu nak masuk simpang tapi tak bagi signal lepas tu marah kita...eh apoo???) maksudnya hari tu kita dah jadi tempat orang tu longgokan sampah dia. Yang penting kita jangan ambil hati, senyum dan lindungi diri supaya sampah tu tak masuk dalam diri kita. Bayangkan kalau kita biarkan sampah tu masuk ke dalam diri kita, so kita pun akan jadi tong sampah. Keluar kerja kita kutip semua sampah tu dan bawa balik rumah. Lepas tu longgokan semua sampah pada anak2 atau isteri/suami. Anak dan isteri/suami jadi huru hara.
So..perasaan kita ialah kepunyaan kita. Kita yang kawal sepenuhnya. Abaikan perkara negatif yang kita tak boleh kawal. Sebanyak mana pun lori datang dan nak longgokan sampah, kita tetap saja kuat. Terus fokus pada perkara yang lebih penting iaitu menjaga hati kita dari terima sampah orang lain.
4 comments:
Setuju
Baru baca semalam perkongsian ini.
Kita tutup ruang diri kita tak mau jadi seperti itu.
selalu dgr.. muhasabah diri je.. aminn
sentiasa think positif..tapi kdg2 bengang jg bila selalu kita yg kena..
Post a Comment