Assalammualaikum,
Kisah keluar masuk hospital mak dan abah lagi..hehehehehehe.
28.8.2022 (Ahad) - Abah masuk IJN balik. Ingat kalau pergi pagi2 tu, petang boleh keluar. Sebab kaki bengkak dan paru2 ada air sikit. Sekali kena tahan wad daaa... sampai 31.8.2022
29.8.2022 (Isnin) - Mak pulak cakap susah nak bernafas dan pening. Terus bawak hospital Serdang. Pun kena tahan semalaman. Doc nak pantau 24 jam. Abah tak tau lagi yang mak dah kena tahan wad. Lagipun teman tak nak abah risau. Video call pun abah tanya kenapa teman pakai mask dah pukul 10 malam. hehehehe..kasi cover line sikit.
30.8.2022 - mak discharged. Teman bawak balik rumah teman. Mak ada demam sikit. Sempat lagi bawak sarapan on Merdeka day. Balik bagi panadol. Mak tido seharian.
Sarapan di warung bunian.
Keesokkan harinya hantar mak balik ke Keramat. Maklumlah abah kan ker dah discharged.
Bawak la mak sarapan kat Setiawangsa dulu. Restoran Diva. Masakan Johor.
Lepas hantar mak balik kitaorang sempat lagi singgah Floria@Putrajaya2022.
Tengok bunga. Hehehehehe..sorry yea..penuh gambar AG jer...
Hari Jumaat 2.9.2022 - Abah demam. Nurul pun macam nak start demam sbb adik dia si Amin dah 2 3 hari demam. Tido dengan atok sbb rindu.
Lepas Jumaat, teman datang bawak ubat. Bagi dema makan. Sama macam mak..flat abis..tido tak sedar diri.
Sabtu 3.9.2022 : Mak pulak start demam balik. Panas. tak larat langsung. Rasa macam gastrik. Bagi panadol...tido..Teman tak lama kat rumah mak. Maklumlah semua dalam rumah tu demam. Malam dalam pukul 10.00, nurul call cakap opah tak boleh bernafas. Teman suruh nurul buat saliva test. Mak n abah. Hasilnya...
Setelah 2 tahun setengah....iskh..iskh..iskh...positif...
Terus call ambulance.
Sekarang mak ada kat HKL. Macam biasa kena tahan wad.
Setakat hari ni mak cakap susah nak bernafas takde la. Cuma semalam mak start batuk2.
Kat mana dapat. Hanya Allah maha mengetahui.
1 comment:
kat hospital boleh jangkit covid....huhu..
tak gi floria tahun ni...
Post a Comment