Wednesday, September 21, 2022

Laman Hijrah@Masjid Bandar Bukit Puchong

Assalammualaikum,

Petang semalam hantar cucu balik rumah. Mereka lepak dengan tokpa seharian..berendam dalam kolam renang dengan main kat taman.

So macam biasa nak pujuk yang kenit tu untuk balik rumah agak susah. Maklumlah berbulan-bulan tak jumpa tokpa nya...siap nak tidur kat rumah kami dan suruh ibu dan kakaknya balik sendiri.

Kebetulan masa otw tu, azan maghrib berkumandang. So kami singgah kat Masjid Bandar Bukit Puchong untuk solat ler...




Selepas solat, si kakak kata lapar. Ibunya cakap ada macam foodcourt bawah masjid (masjid atas bukit yea). Namanya Laman Hijrah. Ada jual macam-macam seperti bakso, western, ayam penyet, char koteow, satay dll. Mangga float pun ada. Ok..mari la kita terjah. Difahamkan laman hijrah ni diaorang sewa tapak masjid. Besar gila tanah masjid bukit puchong ni.






4 comments:

nohas said...

dapat income utk masjid..

uncle gedek said...

Bagus la masjid macam ni....

NADIA vs BERON said...

bagusnya pengurusan masjid. perlu dicontohi.

fzy fuzzy said...

Nohas : betul..tu yg masjid meriah dengan lampu lip lap.

Uncle : tengok la siapa pengurusannya..

Nadia : yes..owh..mereka masih amalkan SOP yg ketat yea..telekung n sejadah bawak sendiri serta pakai pelitup muka dalam masjid...