Assalammualaikum,
Puasa lagi 2 hari khannn...so kita cerita la tempat makan yea.
Sambung cerita ahad baru-baru ni. Teman kan ker menyinggah KK dengan Ipoh. Bila nak masuk highway balik...jem gilaa....katanya dari sebelum terowong menora dah jem. Padat dengan kenderaan...tengok google map...jem panjang sampai ke Sungkai.
Ipoh - KL kalau biasa2 pun at least 2.5 hours.....last2 teman masuk jalan lama exit kat Simpang Pulai. Lagi worst...bila nak masuk town jer jem...especially kat Tapah...sejam nak lepas traffik light...bayangkan exit Ipoh pukul 3.30...exit Slim River masuk balik highway 7.30 mlm..sampai toll duta pukul 9. Rawat dan rehat dan layby penuh dengan kenderaan. Tahan tu nak buang air kecil sampai KL.
So akibat kelaparan, AG kata kita makan kat Kg Baru lah. Resto yang biasa masuk macam Rosdet n Suraya..tutup pulak. Last-last kami makan kat Warung Che Senah. Kalau parking senang memang on jer.
Selalu nampak siang...tak tau la pulak sikit punya besar dalam ni. Happening gila. Eating area bawah ada..atas pun ada. lepas tu macam-macam makanan ader.
Orang memang ramai..tetapi rasanya nak dapatkan seating sekejap jer. Tandas ada..surau pun ada.
Bila dapat tempat duduk, food operator akan datang bawak menu banyak2 tu...pilih la mana berkenan dihati. Nak order sup ekor or tomyam pun ada selain dari western food, korean food, indonesian food dan macam-macam lagi ler..
6 comments:
kenapa jem? ramai balik kpg sebelum puasa kot..
grand nya warung ni..dilimpahi cahaya..
Happening sungguh.. menarik lampu² lip lap dalam kedai tu
Banyaknya lampu dia!
Salam ramadan!
Nohas: Yea kak..gamaknya minggu terakhir sebelum ramadhan ramai balik kpg kut..
Syaz Rahim : Selamat menyambut ramadhan untuk awak dan keluarga jua
Fairus : Peniaga ni kena creative..baru ramai orang datang..
Uncle : Boleh jadi idea untuk hias rumah sempena hari raya nanti uncle!!!hehehehe
Lah selalunya jalan 'belakang' nak ke KL dia off kan traffic light time weekend so trafik lancar sikit. Adoi memang menyeksakan jem ni. Btw, teman orang KK and Ipoh hehe
Nadia : Sekapeiii rupanya...hehehehehe..
Post a Comment