Assalammualaikum,
Bila ikut jalan lama, banyak tempat kita boleh singgah...antaranya
HOGA Gaharu Tea Valley di Gopeng.
Jarak dari Pekan Gopeng tolak campur dalam 3km.
Masa mula2 masuk tu rasa macam jauh jer..tapi cekalkan hati anda..proceed further until reach the destination...
Selama hari ni ingat minyak kayu gaharu tu wangi...kalau yang pior bau kayu lah..nama pun kayu...yang wangi2 tu setelah dicampur dengan bahan2 lain.
Gaharu kat sini baru berusia 30 tahun. Menurut cik adik manis yang jadi jurucakap tu..kayu gaharu boleh capai ratusan tahun...ribuan tahun????? ada kut...
Lagi lama usia gaharu, lagi mahal...
Macam orang lelaki..lagi meningkat usia lagi ramai peminat...sebab duit dalam poket dah berkepuk-kepuk..wohaaaa.....
Teman takde la ambik gambar interior gallery...maklumlah kusyuk dengar jurucakap tu...
Banyak produk boleh dihasilkan dari pokok gaharu. Antaranya teh, produk mandian dan produk makanan. Nak jadi hiasan dalam rumah, nak wangikan rumah semua ada...harga ada yang affordable dan ada yang riban-riban.
4 comments:
oo..tu pokok gaharu..
Eh... kenapa uncle tak tau tempat ni...?
unttungla ada duitt kepok2 .,aminn
Nohas : jangan kata pokok gaharu..pokok rambutan saya pun tak kenal kak..hehehehe
Uncle : Silalah melawat bila ada kelapangan uncle
Wak Lat : Aminnn...rupiah pun kepok2 juga wak!!!
Post a Comment