Assalammualaikum,
Teman ni sebenornya peminat laksa. More to northern state of laksa version. Yang selatan atau malaysia timur kurang sikit. Tapi teman makan la juga.
Teman ingat lagi waktu teman sekolah rendah ada jiran nama Cik Pah (orang Kedah). Bila hari raya menjelma, main dish rumah dia adalah laksa utara. Teman boleh makan 4 ke 5 round dalam sehari. Sedap la tu. Cuma bila dah besar segan la pulak...so Cik Pah ni tau teman ni die hard fan laksa dia, so dia akan hantar ke rumah satu tupperware besar khas untuk teman sahaja. Dengan kuah pekat dia..pergggghhhhh...
Adik ipar teman pun orang Kedah. Bila dia datang KL, mesti masak kuah laksa satu periuk besar. Hehehehehe...
Selain laksa dari negeri Kedah, teman juga minat dengan laksa yang dibuat oleh orang Perak. Semestinya laksa dari kampung abah dan mak teman, Kuala Kangsar. Dulu2 waktu balik Kati, mesti singgah pekan Kuale pekena laksa dan cendol. Kalau outstation ke Kedah, Penang atau Taiping..mesti singgah KK untuk makan laksa.
Kuah laksa kuale takde la pekat macam laksa Kedah atau Penang. Cayor jer...tapi sedap. Cuma mee laksa tu depa buat sendiri.
Dah 10 tahun kahwin dengan AG, cuma baru2 ni berkesempatan nak rasa laksa Kuale. Sebelum2 ni ada jer singgah tapi makan nasi dengan ikan sungei bakar kat lembah tu.
5 comments:
hehe..kalau ke lembah, teman suka jg makan laksa tu..laksa Karim kot nama dia..hehe..
rasanya laksa Pak Ngah yg sedap kot..jarang sebenornya makan laksa kat luar, selalu masak kat rumah je..mak tak suka, kuah cayo rasa belacan je..
In Shaa Allah.. kalau lalu di Kuale nak gak try laksa yg fames di situ.
sedapnya laksa
Ohhh... sekolah tersohor tu....
Nohas : bila rasanya nak dapat rasa laksa buatan orang bukit..hehehehehe
Abam Kie : Silalah singgah
Mama tisya : Laksa mmg sedappp..
Uncle : Melahirkan orang yang hebat2..
Post a Comment