Assalammualaikum,
Pagi Jumaat lepas kami sekeluarga menerima pesanan bahawa doktor telah membuat keputusan untuk mencabut oksigen adik ipar yang di Sg Petani. (Arwah adalah balu kepada arwah adik teman yang meninggal pada Dec 2019). Arwah telah dimasukkan ke hospital pada 26/3 akibat tekanan darah dan bacaan gula yang tinggi. Sejak tu arwah tak sedar dan hanya bergantung pada mesin oksigen. Dua minggu kemudian arwah sedar tetapi masih dipantau dan menggunakan oksigen. Sehinggalah 17/3 arwah tak sedar semula dan doktor detect ada jangkitan kuman pada paru2. Dan hasil scan otak arwah dah mati cuma jantung jer masih berdegup. So anak-anak arwah mintak pendapat abang sulung.
Kami mintak anak-anak arwah berbincang adik beradik. So mereka kata mereka still proceed dengan bantuan oksigen. Sehinggalah pagi jumaat doktor kata semua organ arwah dah kecut dan tak berfungsi. Dua jam selepas oksigen dicabut arwah pun menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.00 pagi.
Kami tak balik hari tu, kami sampai pada pagi Sabtu keesokkan harinya. Sebab arwah dikebumikan selepas Asar. (belah2 Kedah ni mana boleh simpan jenazah lama2). Yang ikut yeop, pida dan mak. Abah dan ijin tinggal.
So jadi la anak-anak arwah yatim piatu. Mak takda..Ayah Takde. Tok dan Tok Wan pun takde. Belah maknya cuma ada Pak Long dan Mak Anjang.
Kalau belah kami semua ada lagi. Atok, Opah, Pakwe, Angah (teman la), Mak Lang dan Pak Cu.
Anak arwah ada 4 orang. Yang bersekolah cuma tinggal yang bongsu, tingkatan 2. Dua sudah berkahwin. Yang No. 3 umur 18 tahun. Yang Sulung 22 tahun.
So kami panggil la depa semua berbuka puasa di homestay yang teman tempah. Sambil berbincang apa langkah berikutnya..kemana arah tujuan.
3 comments:
Innalillahiwainnaillahirojiun...sedihnya, dua2 dah takde..
memang rambang mata kt Pekan Rabu..mcm2 nak dibeli..utk anak-cucu, takpe beli byk..
dah bercicit..anak Yeop, Pida, belum ada yg berkahwin?
Nohas : Terima kasih kak. Anak yeop, pida dan arwah fahmay semua lebih kurang sebaya. Cuma depa tak nak kahwin lagi..nak kerja kumpul duit..hehehehe
siapp meramass ehh merampas pekan rabu erk.. hehehe
Post a Comment