Thursday, April 28, 2022

Al-Fatihah

Assalammualaikum,

Pagi Jumaat lepas kami sekeluarga menerima pesanan bahawa doktor telah membuat keputusan untuk mencabut oksigen adik ipar yang di Sg Petani. (Arwah adalah balu kepada arwah adik teman yang meninggal pada Dec 2019). Arwah telah dimasukkan ke hospital pada 26/3 akibat tekanan darah dan bacaan gula yang tinggi. Sejak tu arwah tak sedar dan hanya bergantung pada mesin oksigen. Dua minggu kemudian arwah sedar tetapi masih dipantau dan menggunakan oksigen. Sehinggalah 17/3 arwah tak sedar semula dan doktor detect ada jangkitan kuman pada paru2. Dan hasil scan otak arwah dah mati cuma jantung jer masih berdegup. So anak-anak arwah mintak pendapat abang sulung. 

Kami mintak anak-anak arwah berbincang adik beradik. So mereka kata mereka still proceed dengan bantuan oksigen. Sehinggalah pagi jumaat doktor kata semua organ arwah dah kecut dan tak berfungsi. Dua jam selepas oksigen dicabut arwah pun menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.00 pagi.

Kami tak balik hari tu, kami sampai pada pagi Sabtu keesokkan harinya. Sebab arwah dikebumikan selepas Asar. (belah2 Kedah ni mana boleh simpan jenazah lama2).  Yang ikut yeop, pida dan mak. Abah dan ijin tinggal.  

So jadi la anak-anak arwah yatim piatu. Mak takda..Ayah Takde. Tok dan Tok Wan pun takde. Belah maknya cuma ada Pak Long dan Mak Anjang.

Kalau belah kami semua ada lagi. Atok, Opah, Pakwe, Angah (teman la), Mak Lang dan Pak Cu.

Anak arwah ada 4 orang. Yang bersekolah cuma tinggal yang bongsu, tingkatan 2. Dua sudah berkahwin. Yang No. 3 umur 18 tahun. Yang Sulung 22 tahun.

So kami panggil la depa semua berbuka puasa di homestay yang teman tempah. Sambil berbincang apa langkah berikutnya..kemana arah tujuan.


Yang No. 3 nama Danish suka jer duduk sebelah Yeop. 
Katanya muka Yeop macam muka arwah abah dia. 
Sambil Yeop suap satay kat dia. 
Kami mmg purposely beli satay tu untuk dia shj. 
Favourite katanya..
Yang bertopi tu la anak sulung. 
Yang buat tanda peace anak No. 2 (sebelah tu laki dia..muka pun ada iras2 arwah abahnya, bila senyum)
Tepi sekali tudung hitam anak bongsu. Dia akan bersekolah asrama di KL. So weekend akan stay dengan opah dan atok.


Seronok depa bila tau opah ikut sekali.
Mak tu ikut tak larat mmg ler..tapi demi cucu2..dan cicit..


Ni kat rumah depa. Sebelum kami balik ke KL keesokkan harinya.


So mereka telah membuat keputusan untuk berhari raya bersama opah dan atok di Key Ell. Mungkin sampai 2 hari sebelum hari raya...alhamdulillah...


Mak request ke Pekan Rabu..Ni la hasil rampasan...ater..mak cakap anak cucu nak balik beraya...kuih takde pun. Hehehehehe..selalu memang teman yang belikan. Tapi tahun ni macam malas pulak. Yang biasa order tak buat pulak. Nak beli yg kat bazar/pasaraya tu..tak memandang. Rupa ada..tapi rasa belum tentu. Mahal pulak tu...katanya kos bahan mentah naik...


Wednesday, April 27, 2022

Ber'glamping'an

Assalammualaikum,

Kalau dulu masa kita sekolah mesti ada joint pandu puteri, pengangkap. kadet polis atau bulan sabit merah kan. Terutama bila ada buat camping atau jamboree...

Tapi khemah yang kita guna kecik jer kan...lepas tu buat tepi sungai, tepi pantai..tak pun kat kawasan sekolah. Nak ke tandas atau mandi pegi la kat sungai, laut atau tandas sekolah.

Kalau tengah padang, mau berpeluh duduk dalam khemah..tapi biasanya malam jer dalam khemah..sebab banyak aktiviti luar khemah. Especially acara unggun api.

Glamping ni combination of  glamour and camping kut. Huge tent complete dengan katil/tilam empuk, kipas angin, air cond pun ada serta lain2 dekorasi. Ada juga konsep bilik air kat luar..ada juga yang bilik air dalam khemah itu sendiri. Depands la services provider serta harga khemah tersebut. Accommodation lain macam surau, reception, lounge, dining area, multi-purpose hall, swimming pool, archery, trampolin, etc.

Kalau sesiapa yang pernah pergi ke negara pasir berdengung..or pergi umrah..for sure pernah ada pengalaman tidur didalam khemah yang glamour. Yea dok..

Kat sini pun ada juga...

1. Glow@Putrajaya

Kebetulan ofis teman buat jamuan berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Big boss and family stay pulak semalam kat sini. Keadaan dalam tent tu teman tak snap la..uolls boleh jer go thru website mereka.











 Siapa yang sakit lutut, selalu nak ke bilik air..bilik air atas bukit yea...hehehehehe..


2. Tiarasa Escapes






















Friday, April 15, 2022

Kurma Sejuk

Assalammualaikum,

Kadang-kadang bila tengok people share kat insta tu, macam-macam keluar.

Resepi untuk berbuka la, resepi untuk bersahur la, tempat untuk berbuka la...sampai kurma pun terpalit sama. Selebriti yang nun dok share, artis nin duk share...insta famous pun dok share...

So bila tengok..teringin la nak mencuba yea idokk...

Teman pun godek2 la..dan order. 

So sampai la kurma sejuk di ofis. Kebetulan teman takde..so kecoh la depa nun. Teman cakap la..teman order 3 pack so tinggalkan teman 1pack..yang 2 pack lagi offismate kongsi2 la...bawak balik..



Besor-besor kurmanya. 
Rasanya untuk 500gm ada la dalam 11 ke 13 biji...
Makan sebiji pun dah kenyang. 
Gemor bebenor AG dgn kurma ni.


Beza kurma sejuk dengan kurma biasa...

Dari segi taste..siapa yang tak suka manis mmg akan minat la dengan kurma ni.

Sbb kena sejuk beku..so ada rasa macam makan aiskrim. 


Thursday, April 14, 2022

Mabuk Pucuk Manis

Assalammualaikum,

Teman ni tak abis nak fikir pasal laki teman semalam.

Kejadian masa AG nak ke surau lepas berbuka. Dok la panggil teman, mana selipar mana selipar.

Teman pegi dekat, teman pun hairan bin ajaib. Depan mata kut..tercongok jer selipar tu. Teman tunjuk dan bila dah pakai sebelah tanya mana lagi mana sebelah...laaa..tuuuuu haaa..sebelah kaki jer..ni kenapa ni bang???...

Teman tengok macam orang lalok pun ada..macam orang lost pun ada...mabuk ketum apa!!!!...

Teman cakap tak payah la pergi...solat isyak dan tarawih jemaah dengan teman jer...nak bawak kereta lagi..apa2 jadi kat jalan nanti...AG kata dia ok...teman malas membebel orang yg degil ni...

Teman perati jer AG jalan ke lift. Macam cerita P Ramlee...Keluarga 69 tu...haishhh...kiri kanan kiri kanan...

Teman doa jer la supaya di permudahkan...

Balik dari terawih..AG kata nak terus tido...sambil tu dia cerita la..yang dia exit kat jalan mati la... kemudian yang dia lupa nak naikkan cermin kereta kedua2 belah, nasib baik tak hujan. lepas tu dia cakap solat isyak sorang2 sbb imam dah qamat masa parking kereta....sambil suruh teman picit2 belakang kepala...keluar angin bagai...

Teman cakap ni mungkin lauk sayur pucuk manis masak lemak kut. Kata orang..kalau ada darah tinggi atau kencing manis tak digalakkan makan pucuk ni...pening...

Subuh tadi nak ke surau macam biasa . Teman tanya ok ker...katanya ok.

Balik2 tadi AG bagitau..agaknya semalam masa dia parking tersagat tiang lampu kut..tapi tak sedar...

Teman tanya teruk ker??? tak dijawabnya...

Maka teman telah membuat siasatan di tempat parking...jeng..jeng..jeng...



Nak raya ni banggg oiii....hang p sagat tu pasai paaa....adoiiiiii....
Teman suspek, yang bersagat, bercalar kiri kanan depan belakang kereta sebelum-sebelum ni kerja laki teman la...tapi tak nak mengaku...
Cenggitu bawak lori ke..kereta kebal ke..hahahahahahaha....
Terbang RMMMM....

Monday, April 11, 2022

Kampung Siapa???

Assalammualaikum,

Abang Gebu dah bagi hint untuk pulang berhari raya di seberang. Teman macam tak berapa nak ambik port. Sebab fikir renyah perjalanan ke sana. Sebelum pandemik ok jer..sebab ada flight terus dari KL ke Pekanbaru. Laa ni..nak kena ke Jakarta atau Batam. Lps tu baru ambik domestik flight ke Pekanbaru. Sebab AA tak buka lagi laluan ke sana. Kalau tak guna feri...samada di Melaka ke Dumai atau di Stulang, JB. Dari Dumai baru ke Pekanbaru..lepas tu naik kereta nak ke kampung abang gebu(which taking long hour nak sampai...macam dari KL ke Kota Bharu.) tu kalau tak macet...musim perayaan biasanya macet perantau pulang ke kampung...belum fikir nak bersesak di port lagi...iskhhh...usia2 macam ni..idokkk ler teman. Belum lagi kut2 teman ni kena kurantin dulu. Maklumlah cucuk Sino. Booster jer P.

Teman tau la AG rindu dengan kampung halaman dia. Maklumlah last balik January 2019. Tapi apakan daya.

Ok..kita lupakan dulu pasal nak balik kampung siapa. 

Selalunya outstation teman stay hotel. Tapi kali ni teman stay kat homestay dalam kawasan bendang/sawah. Cuma masa teman book, depa baru nak membajak sebelum tanam padi semula. Kalau musim padi menguning sure lawa gila suasana kan...bestnya ada kampung dalam bendang....

Teman stay di Homestay Kota Aur, Permatang Tok Brain, Penaga, Pulau Pinang.




Teringat tangga rumah arwah opah kat Kg. Kati, Kuala Kangsar






Lama tak naik basikal.....nasib baik tak jadi lipatan lapan. Maklumlah kenderaan berat. Hehehehehehe....


Friday, April 8, 2022

Angsa dan Burung Tempua

Assalammualaikum,

Seorang sibuk dengan si Angsa...eh dah jadi kawan baik pulak..



Sorang lagi nak jadi burung...hehehehehe...


Ni abang sulung teman. Gelaran anak sulung lelaki bagi orang perak adalah Yeop..tapi teman panggil dia Yeop Sipan. Adik2 sepupu panggil dia Yeop Geli2.