Tuesday, May 25, 2021

Rindu 1, 2, 3 dan 4

Assalammualaikum,

Sekarang ni ramai yang share kat media sosial, video call anak2 yang tak dapat berada di samping ayah dan ibu tercinta serta orang yang disayangi ketika sakaratul maut menjemput.  Allahhh....

Memang teman boleh jer hari2 jumpa mak n abah. Tapi teman ambil langkah selamat. Sebab teman tak mau teman yang akan membawa penyakit. Kecuali atas sebab kecemasan. Seperti bawa mak n abah untuk appointment kat hospital dsbnya. Tu pun segala mak nenek SOP teman pakai.

Maklumlah kat ofis tu hari2 ada orang jumpa teman, Staff la nak discuss itu ini. Tapi teman memang dah kabor...jangan merayap tak tentu arah. Tapi siapa la teman untuk menghalang orang. Tak kan every hour nak report...iskhh..tak siorrr bak kata orang perak. Bila balik kerja sah2 naik lift nak ke rumah kan..kadang2 ada orang lain dalam lif lagi ler teman seram...Doa la supaya kita semua selamat...aminnn....

Tapi...Dema2 ni lagi rindu kat mak n abah...

Rindu 1

Rindu orang jauh ni. Balu arwah fahmay. Katanya dapat ubat la rindu sket bila ngulit cucu. 


Rindu 2 ;

Yang ni selang satu negeri jer...Senawang mariii...


Rindu 4 :

Yang ni satu negeri tapi lain daerah. Selang seminggu video call opah n atok. Hai la cucu...



Rindu 4 :

Yang ni paling dirindu....ni la Amin. Tu ketiduran lepas mengamuk tak dapat pegi rumah opah.
Walaupun berlainan tingkat. 
Memandangkan adik kat bangunan ofis dia ada yang positif...mmg tak nak ambil risiko turun ke rumah mak.


3 comments:

fairus said...

Memang rindu.. Semuanya merasa. Mak sedara di Singapura pun dah sakit², sekejap² masuk hospital. Tadi pagi dalam whatsapp family maklumkan nak operation tapi hold pulak. Dulu biasa dia balik Melaka. Sekarang sejak covid-19 tak dapat balik. Anaknya pun di Singapura, isteri nurse di Melaka, bayangkan berapa lama mereka tak bertemu. Anak² pun dah besar, seorang baru dapat masuk MRSM, bapa hanya dengar berita sahaja. ��

Wak Lat said...

amin tu ADS ke mak gebu?
semoga kehidupan kita dizaman wabak penyakit virus ni dipermudahkan., aminn

fzy fuzzy said...

fairus : yea la nk buat camne kan..kita redho jer la..

wak lat :
Camne nk describe ek..amin ni dikategorikn sebagai apa..
Cuma setahu teman amin adalah bayi pra-matang, forced to deliver sbb mak dia makan durian tak ingat dunia, dr lahir sampai umur 3 bulan duduk kat hospital sbb kurang ammonia dalam darah.
Tapi dia lebih ke arah autism character..pertuturan yang tidak jelas, selalu tantrum, minat tgk diri dalam cermin, minat tgk youtube channel thomas n friend, ultraman, cars etc, minat kumpul toys semua character d atas..