Thursday, May 6, 2021

Malam tak berapa nak raya

Assalammualaikum,

Semalam petang ada urusan di KL. Keluar dari ofis pun dah pukul 5 petang.

Masa tu hujan lebat baru turun disertai dengan angin kencang.

Selalunya tempat tujuan boleh sampai antara 20 ke 30 minit. Ini sampai kat area2 TRX mmg cuma ambil masa 20 minit. Tetapi nak sampai ke Kg Baru dari situ ambik masa sejam lebih. Giloooo...

Terpaksa kansel appointment. Tak boleh tunggu katanya. Dia nak balik PJ. Teman cakap tunggu dulu. Gerak lepas maghrib sbb KL luar biasa jemmnya. Maklumlah esoknya (iaitu hari ini) bermula PKP seluruh Selangor (wlaupun 6 daerah jer yg terlibat) consider seluruh la..

Tu la tak nak dengar cakap teman. Katanya dia sampai rumah pukul 11.30 malam. Hahahahaha...

Tunggu AG habis terawih baru nak gerak balik Putrajaya. Masa sampai Jalan Semarak tengok2 kereta gerak masuk ke kawasan Kg Baru. Lps tu belok ke Jalan Munshi Abdullah. Then Jalan TAR... 

Aiii bang ...ni nak p mana...Sajer ronda2 katanya......macam ada makna jer...idok ler teman nak masuk ke sini...jalan jem..orang ramai lagi...jangan buat pasaiii...kluster baru lak...

Macam malam raya oooo.....






Jalan Sungai Besi nak ke Seremban Highway pun jem...Haishhhh....

   

1 comment:

fairus said...

Saya respek pada mereka yang sanggup bekerja di ibu kota.. Kalau saya kerja di sana, tak tahulah macam mana nak mengadap jem..