Tuesday, May 18, 2021

Expired Card

Assalammualaikum, 

Bila kad yang kita selalu guna ada expiry term...rajin2 la nengok yea.

Jangan jadi macam laki teman...mengelabah semacam bila kat smart tag line tulis 'kad anda tak sah'. Oiiii cuak wooo...mana tak nya baki ada dekat 100 lebih. 

Setakat lenggang kangkung p cari booth yg boleh buat payment ok lagi..ni siap kena hon dan maki hamun dari other driver kat belakang kita...oh no....


Yang kad bawah tu expired bulan 4. Cheh!..ingat boleh transfer baki amount kat kad baru. 
Sekali tak boleh.
Kena daftar kad ni kat portal dulu then baru p link yang untuk refund. Depa akan masuk duit dalam akaun.
So kena la top-up kad baru tu another RM100.... 



2 comments:

fairus said...

Ape relevannya touch n go ada expired.. Duit pengguna sendiri dalam tu..

fzy fuzzy said...

Jangan kata kad touch n go..kad bank pun ada expiry date nye..