Tuesday, September 6, 2011

Salam Aidilfitri


Ingat beraya kat KL ajer
Sekali raya ke-2, raya ke-3 actually, sbb gerak dari toll Jalan Duta tepat 12 tengahmalam.
Sampai rumah pak lang kat Kg. Dew, Taiping pukul 3, ketuk-ketuk, bagi salam, pung pang berborak pasal lontong mak buat khas, pasal anak-anak, etc
Pukul 4.30 pagi gerak ke Padang Kota, Tikam Batu-Sungai Petani (Kedah), sampai tepat2 azan subuh. Jemaah kat masjid Kg. Jawi, sampai rumah adik, tidur sampai 10.30 pagi. Jaga, mandi-manda, sarapan, lepas tu gerak ke Pantai Merdeka naik bot pegi Tanjung Dawai. Beli ikan talang masin, ikan kedera, ikan bilis, keropok, pekena air tebu tanpa ais. Pheh! Nikmat.
Balik dlm 3.30, makan tengahari, lepak-lepak tepi sungai, tepi taliair baru, main kejar-kejar ayam jantan, tengok cicak tokek, tengok kucing hutan, tengok tempat sejarah kota lama.
Lps maghrib pegi pekan Sg. Petani, cari klinik pakar, tutup. Balik.....MAIN MERCUN!!!!!!Yahooooooooooo......kebabom.....
Lps main mercun sessi karaoke lagu2 raya. Sampai pukul 1...nasib baik belakang sungai, depan kedai (maklumlah dalam pekan), kanan gelanggang silat, kiri parking kereta...maka terkeluarlah segala suara-suara sumbang...hahahahahaha.....
Esok pagi gerak ke Alor Setar, makan-makan, yg lelaki pegi sembahyang Jumaat. Lps tu gerak ke Kuala Kangsar. Beraya rumah sedara-mara, tidur rumah pakcu man kat Kg. Bendang Ujib.
Esok pagi ke Empangan Chenderoh, menjala ikan (tunggu orang menjala actually...dpt le ikan sungai dalam 20 - 30 ekor). Kemas2 gerak ke Taman Indah, Tanjung Rambutan. Ikut jalan lama kuala kangsar-sg siput-chemor-tg rambutan-tambun(dengar radio highway jem gila dari R&R Sungai Perak sampai Terowong Menora-tak kuasa teman). Lps makan-makan rumah makwe ham, gerak balik ke KL. Dari Simpang Pulai sampai R & R Tapah, jalan macam semut. Ambik jalan perseketuan(bole berjimba-jimba, memecut pada kelajuan 100km/j sedangkan speed limit 80km/j) sampai Behrang, exit balik highway. Berenti maghrib kat R & R Ulu Bernam (mak aih..ramai bebenor manusia). Lps tu apa lg pecut la sampai KL. Ahad...tido-bangun-makan-gelak-gelak-tido-bangun-tido-bangun....Isnin cuti...ngeh!ngeh!ngeh!


p/s : gambar2 next entry. cekidot.....

No comments: