Saturday, August 20, 2011

Iftar 3 - That Little Gerai (TLG)


Petang semalam sebelum berbuka, aku ym dgn ayong. Aku suggest kalau dia tak bz lepas terawih, aku nak ajak dia pegi satu tempat. Ala...bukan jauh pun dekat-dekat dgn area rumah dia. Ayong setuju.

So, dalam pukul 10 malam, aku ambik dia kat rumah dan terus datang ke sini. Lokasi - Jalan AU5D. Nama kedai "That Little Gerai in AU5 aka TLG. Kalau yang tak familiar kawasan ni, landmark adalah Giant Taman Permata (ngadap MRR2), lps tu jumpa rumah2, simpang pertama belah kanan (kat corner ada rumah yg telah bertukar menjadi car showroom), jumpa Syed Bistro Restaurant then sederet rumah kedai 2 tingkat. First corner lot. Signboard mmg tak der lg, yang ada banner sahaja (maklumlah baru beroperasi semula dari lokasi asal yg cuma sepelaung sahaja). Kenapa aku ke sini???

Well, dlm 2 3 bulan lepas aku terjengok ke blog catz cafe. Terbaca pasal review dia tentang food kat sini. Tak sangka lak...aku yg bermastautin lama di sekitarnya pun tak tau kewujudannya. Further, aku mmg bukan food lover tegar (maksud aku, aku tak rajin menerjah ke warung, restaurant atau mana-mana tempat makan unless being recommended or baca review kat blog or apa2 media. Kebetulan aku berada di kawasan terbabit, maka harus aku mencubanya. hehehehe.

Berbalik ke TLG, sbb dia beroperasi dari maghrib ke atas sampai lebam plus penutupan sementara akibat re-location n kerja-kerja renovation, maka hajat untuk mencuba makanan di sini terbengkalai sehinggalah semalam. Finally!!!!

Lagipun aku gagahkan juga memandangkan tekak tiba-tiba teringin since day 1 of ramadhan untuk merasai kenikmatan 'big ass burger'.yang d war-warkan itu Sampai mak n abah heran, buang tebiat ker anak dia, sikit2 bila time berbuka dok cakap 'best kan kalau masa ni dapat burger!!!'. Mak siap cakap singgah le mana-mana kedai burger atau beli ajer yang kat bawah rumah tu. Aku reply kata tak sama dgn yang aku nak. Masa tengok iklan McD atau masa bawak mak jalan-jalan membeli kelengkapan raya d jalan TAR pun aku dok sebok ckp teringin makan burger. Abah siap tanya nak beli kat mana? Maklumlah, dah la aku berbuka dgn air n kurma atau kuih2 sahaja. Kut2 ler terpejam mata....hehehehe. Yeh! inilah burgernya.......




Korang tengok ler...macamana aku tak teringin (sorry gambar blurr sket), sikit punye tebal daaa..tak silap berat 200g. Mmg daging sahaja. Taste dia marvellous. Tip top. Bak kata 'melt in your mouth' la.....Fuyooo.....Alooo..chef adiey..gua tabik sama lu. McD or ramly burger pun tak bole lawan. Aglio olio spagetti dia pun sedap. Tambah lak dengan air jambu dgn asam boi....Fulamak! pekat, likat, fresh....terbaikkkkk.... Maklumlah, pengalaman memasak d New York lebih dari 23 tahun.

Banyak lg menu lain sebenarnya. Cuma bagi tau awal-awal ye, kalau datang sini terutama malam minggu full house. Kena sabar sket ye. Good food of course le had to wait right. Bole call utk pre-order at 0173193585 atau refer kat facebook TLG. Dengar cerita bulan puasa ni tak menang tangan. Bagus la..rezeki namanya.

Kekenyangan menikmati 'big ass burger', di akhiri dengan kedatangan ribut dan hujan lebat mengiringi kami sebelum meninggalkan TLG. Apapun, alhamdulilah tercapai juga impian saya. Woha!

5 comments:

Dr Singa said...

oohh..
pickle itu nampak sungguh masammmmmmmmmmmmmmmmm.....


beger yang tak cukup roti beger belah atas eh..??

elloooo fzy fuzzy..
:)

fzy fuzzy said...

tak masam doc..ok pada tekak saya.
roti belah atas terbaring kat sebelah dgn sign mata n senyum mastard.hehehehe

Cheritera Kami said...

sebijik burger cam yg wa slalu tgk kat channel AFC..kiranya chef ni msk mmg style omputeh punya ni...

fzy fuzzy said...

lebih kurang la kut wa....
sampai sekarang masih kenyang lg. hehehehehehe.

DadaIQ said...

Fzy Fuzzy
Thank you for your posting on TLG and your feedback on the BigS burger :-) Do come again.

On behalf of Chef Aidy @ TLG