Tuesday, September 29, 2009

Walimatul Urus - Felda Sebertak

Tarikh : 27hb September 2009
Route : Temerloh - Bera - Triang - Felda Sebertak
Venue : Walimatul urus Mr. Kecik Fairplay

Lama dah aku tak ikut konvoi ke rumah pengantin. Kesempatan yang ada waima weekend aku tak balik ke KL, aku ambil keputusan untuk joint budak2 killerbees konvoi ke rumah salah seorang warga killerbees ke Felda Sebertak.

Thrill tu jalan....mula2 pegi semua ikut peraturan, berderet2 konvoi ikut kepala konvoi. Tang balik semua pecut memecut. Maklumlah coastal road. Nak tunjuk skill. Hehehehe....





Re-group kat Pasaraya Cowboy sebelum gerak ke rumah pengantin


Naik bukit turun bukit.
Kiri Kanan kelapa sawit ajer.


Tiba kat rumah pengantin


Macam salah satu tajuk cerita seram aje....


Pengantin dan warga killerbees

Seronok betul budak2 ni dapat bunga manggar


Ada berani lawan!!!!!!

Thursday, September 24, 2009

Cap Ayam dan Kain Batik

Selamat Hari Raya......

Raya tahun ni aku sedey. Kenapa????
Mak baru keluar hospital seminggu lebih sebelum umat islam menyambut Hari Raya. BP dia naik tinggi sesangat then mak kena mild stroke belah kanan.
Dengan aku yang kat Temerloh, kuih raya tak beli lagi, kemas rumah, gedebuk gedebak...mana la nak sambut raya lagu ni, isk..isk..isk...
Tetapi aku tak kisah yang penting samada hari raya itu disambut dengan meriah...apa apa hal pun mak dah balik ke rumah.
Aku cakap kat mak supaya jangan risau...kalau orang datang beraya kita jamu aje apa yang ada...nanti tak pasal2 BP dia naik lagi sbb dok pikir pasal raya aje...
Alhamdullilah my sister cuma akan balik ke kampung husband dia pada hari raya ke -2.
so aku dah selamat tentang bab2 kuih raya ni...sbb dia yang rajin buat2 kuih - nak harap aku...hmmmmm mintak mahap laa.....

Kebetulan petang jumaat, boss aku kat Kuantan cakap boleh balik awal...aku pun apa lagi terus shoot ke KL...sempat lagi singgah kat Carrefour beli barang dapur...

Keesokan harinya pagi tu masak rendang ayam pencen dlm 4kg. Jangan tak caya...selama ni aku mana pernah masak banyak2 macam tu...hehehehe...abihhh...mak aku jer yg masak...aku tolong potong2 bawang aje...
Disebabkan mak tak bole berjalan terpaksalah aku mengambil alih tugas masak memasak ni. Alhamdullilah rendang ayam pencen ku telah selamat dihabiskan satu kuali besar oleh tetamu yang datang pada hari raya pertama sahaje. Raya ke -2 tinggal serdak2 aje. Selain dari rendang dan nasi himpit, aku masak kuah soto segera dan spagetti carbonara yang tak berapa nak menjadi. Ah! hentam ajer la...asalkan tetamu yang datang dapat dijamu...

Pheh! tak sangka raya pertama ramai bebenor orang datang. Ye la depa semua dapat berita mak baru keluar hospital. Kira bersilat la aku kat dapur siapkan juadah. Nasib baik adik aku ada. Kalau tak...pengsan pakcik kat dapur nun..........




Antara tetamu yang datang


My sister n her family with my mum


Disebabkan tetamu yang datang tak berhenti-henti.
Ni la baju raya yang sempat aku pakai
T-shirt cap ayam plus kain batik, harharhar
Apa barang aku nak pakai baju kurung kain sari yang aku beli masa kat Dhaka dulu
Aku kena standby kat dapur...
nanti kotor lak baju kurung baru disebabkan aktiviti memasak yang terlampau....
Ye la....tetamu datang dari raya pertama sampai la hari terakhir aku kat KL (raya ke-4)
Tu pun aku sempat lagi ke janda baik tengok site...
Okey la tuh!!!!.......

Tuesday, September 15, 2009

Killerbees-Berbuka Puasa @ Quali

Ahad baru2 ni aku joint geng2 lebah ford mazda berbuka puasa kat Restaurant Quali, TTDI.
Dah lama dah aku tak attend TT @ gathering macam ni.
Maklumlah konon2 sibuk. Cheh!
Kebetulan aku balik ke KL dari Temerloh, why not just attend.
Lama dah rasanya tak jumpa Mr. Kingz dan member2 lain.
Tengok kat forum ramai yg hadir, sure meriah punya.

Ni le restaurant Quali tu.
Sementara tunggu geng2 lebah yg lain sampai ada yang lepak2 kat tepi jalanraya sambil beborak. Mana2 lebah yg sampai ada yang siap jadi tukang jaga parking. Nak susun elok2 tak ada space lak. So berselang seli ler dengan kereta-kereta orang lain.




Jentera-jentera group kami.

Ni tukang jaga parking tak bertauliah aka Mr. Kingz.


Siap dua baris meja. Macam kat asrama lak. Hehehehe.
Makanan nampak tempting....
Orang lain nak buka puasa kena makan kat luar sebab kitaorang dah booked dalam tu.
Hehehehehehe......

Tengok tu.

Macam biskut chipsmore.

Tadi kosong sekarang dah penuh dgn orang.

Abis licin semua makanan.................




Ni la keta Mr. Kingz.
Kuning sama macam petak kuning dgn pili bomba.


This is central group photoshoot.
Ladybee diapit oleh lebah2.

Sunday, September 6, 2009

My first task

Minggu ke-3 mentadbir opis di Temerloh, baru aku berkesempatan utk turun ke site. Maklumlah rakan setugas aku yg sorang tu tengah morning sickness, sorang lagi baru 2 bulan memulakan kerja setelah 4 tahun bertungkus lumus mendapatkan segenggam ijazah. Nak tak nak, aku la yg kena inspect property ni.
Location of properties adalah di Bentong, Pahang. Terletak lebih kurang 70 km dari Temerloh. Alhamdullilah, dengan job ni bole le aku dapatkan 8k utk opis kecik aku ni. Kalau kat HQ, 10k aku buat 1 kes aje. Ni 3 kes kurang dari 10k..... jadi ler..... sebagai permulaan. Insyallah, bulan depan rezeki bertambah lagi. Aminnnnn......
Pagi2 Jumaat dalam 7.15 am, aku dah bertolak dari Temerloh ke Bentong. Sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT), kabus tebal. Rasa macam kat luar negeri lak...hehehehe...Sampai di Bentong, macam biasa aku terus ke Pejabat Tanah Bentong, buat title search dulu. Konon2 aku nak check dengan bahagian pelan, cheh! tutup lak kaunter. Rupa-rupanya buka isnin, rabu dan khamis aje. Tapi aku buat bodo tanya gak, ye la takkan aku nak datang balik...alhamdullilah aku dapat kerjasama dari kakitangan kat situ terutama dari adik handsome. Tengkiu very much. Ok la..at least aku boleh agak lokasi tanah yg aku nak inspect sat lagi.


Kabus tebal.
1st property kat Chamang. Simpang ke Chamang ni lebih kurang 500 meter dari pejabat Tanah Bentong towards to Raub. Laluan ni boleh menuju ke Air Terjun Chamang. Ari tu aku tak explore la lagi kawasan air terjun tersebut. Sebab aku manage to find the property not even exactly tapi okey la...lebih kurang the boundary. Laluan sunyi sepi, seram gak aku sebab aku tak biasa kawasan ni. Tapi aku tawakal ajer la....Dalam 2 3 kali aku ulang alik laluan yg sama, kebetulan ada petrol car yang lalu...lega sket. Kebetulan gak JKR tengah selenggara laluan yg rosak akibat tanah runtuh.




2nd property, 9th mile Jalan lama Bentong - Kuala Lumpur. Ni lagi satu thrill...dah la aku tak pernah lalu guna jalan ni..selalu pakai highway...Argh...redah ajer la....Banyak gak lori balak yg guna laluan ni. Seram bila sampai tang selekoh tajam. Kiri sungai, kanan tebing tanah....laluan sempit...bila berselisih dengan lori balak rasa kecik jer aku...dah la mata melilau dok cari Lot berhampiran dengan site aku....Silap2 mau terjun masuk dalam sungai. nauzubillah.....
Site ni interior lot...so confirm memang tak bole access. Kalau sesapa perasan ada Petronas petrol station belah kiri sebelum sampai toll Bentong, site aku ni balik bukit petrol station tu. Macam mana nak masuk. Kena advice to engaged land survey la nampaknya client aku ni.



Masa aku lalu jalan lama ni, terletak di tepi jalan....Kawasan air panas Bentong. Terletak kira-kira 15km dari pekan Bentong. Kereta tak banyak berenti...maklumlah waktu tengahari, bulan puasa then hari Jumaat lak tu. Tapi ada la sorang dua yang tengah berendam dalam kolam air panas tu. Melayu kah, Cina kah, India kah...aku tak tau ...tapi satu Malaysia.....hehehehehe. Tapi nampak macam tak diselenggara dengan baik ajer kawasan air panas ni. No komen......





3rd property. Dekat2 area Ketari. Development land sebelah Taman Anggerik.
Aku dah rasa tak larat...mungkin sebab laluan yg bersimpang siur bak ular kena palu masa di Chamang dan jalan lama Bentong-Kuala Lumpur menyebabkan aku flat abis bila sampai kat opis Temerloh. Actually, aku ada lagi 3 site kat Kg. Sum-Sum, Janda Baik. Tak pa la...senin ni on the way balik ke Temerloh dari KL aku singgah cari site.

Wednesday, September 2, 2009

Hijrah

Salam semua,
Peh! lama gak aku tak update blog. Bukan apa kekangan tugas. Ketika entri ini ditulis, aku tidak lagi berada di Kuala Lumpur. Rezeki ku telah di divert ke Temerloh, Pahang. Maka terpaksalah aku meninggalkan bandaraya Kuala Lumpur selama 37 tahun aku diami termasuklah rumah, kengkawan dan yang terutama mak dan abah serta ahli keluargaku.
Penghijrahan ini satu cabaran. Kenapa cabaran? Sebelum ini kat HQ, aku cuma tahu dapat kes, inspect, buat report, i.e. more on technical report or sekali sekali dapat job dari kengkawan. TAPI kat sini aku kena ambil tahu pasal admin, account, staff, cases, marketing dan segala mak nenek pasal ofis. Maksudnya aku kena pastikan perjalanan ofis ini berjalan lancar dan yang penting business is came in dan debtor list kena make sure minimise. Kalau tak macam mana aku nak bayar gaji staff termasuklah gaji aku dan all the bills.
Temerloh at 6.30am
Masa mula2 sampai dalam seminggu, aku dapati Temerloh ni cuaca dia agak panas. Rasa macam kat Mekah lak. Mungkin kedudukan dia di tepi sungai Pahang, bahangnya meliputi seluruh bandar. Dah la aku kulitku agak gelap, sunburn laaa...apa lagi. Tapi la ni dekat 3 minggu dah, aku boleh sesuaikan dengan cuaca dia...Berkat bulan Ramadhan kut. Hehehehe....
Masa mula2 sampai aku stay kat hotel selama seminggu, rumah sewa kena cari sendiri. Aduiii.....mana la aku nak cari ni. Ye la selama ni kat KL duduk rumah sendiri, mana la aku reti nak menyewa. Taman perumahan banyak, rumah kosong pun banyak...tapi tuan rumah yang nak ditanya bagi menyewa rumah depa lak tak ada...Tanya jiran2 sebelah menyebelah pun depa tak kenal tuan rumah. AM yg sebelum aku pun hadapi masalah yang sama bila tang nak menyewa, sampaikan dia duduk sebulan kat hotel then baru jumpa rumah utk disewa.
Tapi sekarang aku take over rumah sewa dia. OK la....single-storey terrace house kat Taman Temerloh Makmur with 3 bedroom walaupun tandas dia kengkadang ada bau sket especially lepas hujan, may be because of the sewerage system. Dekat dengan surau and other facilities. Aku duduk sorang2 jer, senang kalau mak abah, adik beradik dan kengkawan bila nak datang Temerloh. Tak payah menyewa hotel. Stay jer kat rumah aku.

Kat Hotel Jelai ni la aku stay selama seminggu sebelum dapat rumah sewa.

Adik ipar aku (Fuad), Lokman, mak, Nurul dan abah
masa depa antar aku ari tu

Ni la ruang kerja aku.