Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

Dateline or deadline...Motiffff!!!!

Bila dah sampai garisan tarikh....
Macam bawah ni la

v
v
v


Banyak sangat kerja
Sampai overnight/ berkampung kat opis
Tapi.....
bukan aku....
"Budak-budak kampung boys"
Aku...stayback paling lewat pukul 11 malam
Sebab....
Kena siapkan satu projek besar
Dateline 18hb ni
Baru siap separuh
Kalau tak siap
Macam kat bawah ni le
v
v
v
v




Tapi dateline sebenar......
25hb ni...
Bukan apa...
Kalau aku tak buat macam tu
Budak-budak tu lenggang kangkung jer buat kerja
Aku kena pastikan semua siap
Description, Location Plan, Site Plan, Building Plan, Photos...
all in order
Bukan sikit wooo...
Dekat seribu lot
Berpinar-pinar mata looking to the list
Every time and day keep changing
Dah complete semua
Then baru aku bole masukkan value
Nak crosscheck lagi, yang tertinggal pelbagai
Abih....
kalau last minit
mau tak bersilat aku
Hehehehehehehe.......
Walau macam manapun
The kampung boys are the best!!!!!!
Thank you guys
Sebab menyenangkan dan mempermudahkan kerja
serta kerjasama kalian
Surat increament dan incentive dah dapat
jadi le sebagai pengubat lelah selama 3 bulan ni
Kita tunggu token seperti yang dijanjikan oleh boss besar
Kalau adeeeeeee........

Wednesday, September 2, 2009

Hijrah

Salam semua,
Peh! lama gak aku tak update blog. Bukan apa kekangan tugas. Ketika entri ini ditulis, aku tidak lagi berada di Kuala Lumpur. Rezeki ku telah di divert ke Temerloh, Pahang. Maka terpaksalah aku meninggalkan bandaraya Kuala Lumpur selama 37 tahun aku diami termasuklah rumah, kengkawan dan yang terutama mak dan abah serta ahli keluargaku.
Penghijrahan ini satu cabaran. Kenapa cabaran? Sebelum ini kat HQ, aku cuma tahu dapat kes, inspect, buat report, i.e. more on technical report or sekali sekali dapat job dari kengkawan. TAPI kat sini aku kena ambil tahu pasal admin, account, staff, cases, marketing dan segala mak nenek pasal ofis. Maksudnya aku kena pastikan perjalanan ofis ini berjalan lancar dan yang penting business is came in dan debtor list kena make sure minimise. Kalau tak macam mana aku nak bayar gaji staff termasuklah gaji aku dan all the bills.
Temerloh at 6.30am
Masa mula2 sampai dalam seminggu, aku dapati Temerloh ni cuaca dia agak panas. Rasa macam kat Mekah lak. Mungkin kedudukan dia di tepi sungai Pahang, bahangnya meliputi seluruh bandar. Dah la aku kulitku agak gelap, sunburn laaa...apa lagi. Tapi la ni dekat 3 minggu dah, aku boleh sesuaikan dengan cuaca dia...Berkat bulan Ramadhan kut. Hehehehe....
Masa mula2 sampai aku stay kat hotel selama seminggu, rumah sewa kena cari sendiri. Aduiii.....mana la aku nak cari ni. Ye la selama ni kat KL duduk rumah sendiri, mana la aku reti nak menyewa. Taman perumahan banyak, rumah kosong pun banyak...tapi tuan rumah yang nak ditanya bagi menyewa rumah depa lak tak ada...Tanya jiran2 sebelah menyebelah pun depa tak kenal tuan rumah. AM yg sebelum aku pun hadapi masalah yang sama bila tang nak menyewa, sampaikan dia duduk sebulan kat hotel then baru jumpa rumah utk disewa.
Tapi sekarang aku take over rumah sewa dia. OK la....single-storey terrace house kat Taman Temerloh Makmur with 3 bedroom walaupun tandas dia kengkadang ada bau sket especially lepas hujan, may be because of the sewerage system. Dekat dengan surau and other facilities. Aku duduk sorang2 jer, senang kalau mak abah, adik beradik dan kengkawan bila nak datang Temerloh. Tak payah menyewa hotel. Stay jer kat rumah aku.

Kat Hotel Jelai ni la aku stay selama seminggu sebelum dapat rumah sewa.

Adik ipar aku (Fuad), Lokman, mak, Nurul dan abah
masa depa antar aku ari tu

Ni la ruang kerja aku.

Wednesday, December 31, 2008

Goodbye 2008

Dua hari terakhir sebelum 2008 melabuhkan tirainya.


Semalam dinner @ foodcourt LG Floor Bangunan Low Yat. Apa kemaruk tah nak pekena japanese food. Hidangan atas tu untuk seorang (kalau betul2 lapar la)...tapi pada aku 3 orang boleh makan ni. Apa-apa hal pun aku suka california rolls. Japanese food tapi nama omputeh -apa cerita?


Sehari sebelum 2008 labuhkan tirainya.

Menemankan rakan seopis menginspect property kat Bolton Industrial Park -Gombak. Konon-konon for lunch aku ajak pekena western food kat friske, sebab TUTUP - kitaorang end up kat sini.



Lepas makan p lak ke Jalan Tun H. S. Lee.
Hotel Malaya - Hmmmm...sound familiar...bukan ker hotel ni Al-tut-tut-tut duduk...


Meninjau lokasi Cicakman 2. Heh! apa barang....
Macam mana bole sesat atas ni...macam biasa kerja macam aku ni nama pun kalau inspect property, segala ceruk tempat kena la pegi. Walaupun ke atas bumbung bangunan.
Good bye 2008

Nota kaki kerang : To La Tahzan - kita panjat lagi tinggi wooo...kalau jatuh bukan patah lagi...mau berkecai. harharharhar