Sunday, September 6, 2009

My first task

Minggu ke-3 mentadbir opis di Temerloh, baru aku berkesempatan utk turun ke site. Maklumlah rakan setugas aku yg sorang tu tengah morning sickness, sorang lagi baru 2 bulan memulakan kerja setelah 4 tahun bertungkus lumus mendapatkan segenggam ijazah. Nak tak nak, aku la yg kena inspect property ni.
Location of properties adalah di Bentong, Pahang. Terletak lebih kurang 70 km dari Temerloh. Alhamdullilah, dengan job ni bole le aku dapatkan 8k utk opis kecik aku ni. Kalau kat HQ, 10k aku buat 1 kes aje. Ni 3 kes kurang dari 10k..... jadi ler..... sebagai permulaan. Insyallah, bulan depan rezeki bertambah lagi. Aminnnnn......
Pagi2 Jumaat dalam 7.15 am, aku dah bertolak dari Temerloh ke Bentong. Sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT), kabus tebal. Rasa macam kat luar negeri lak...hehehehe...Sampai di Bentong, macam biasa aku terus ke Pejabat Tanah Bentong, buat title search dulu. Konon2 aku nak check dengan bahagian pelan, cheh! tutup lak kaunter. Rupa-rupanya buka isnin, rabu dan khamis aje. Tapi aku buat bodo tanya gak, ye la takkan aku nak datang balik...alhamdullilah aku dapat kerjasama dari kakitangan kat situ terutama dari adik handsome. Tengkiu very much. Ok la..at least aku boleh agak lokasi tanah yg aku nak inspect sat lagi.


Kabus tebal.
1st property kat Chamang. Simpang ke Chamang ni lebih kurang 500 meter dari pejabat Tanah Bentong towards to Raub. Laluan ni boleh menuju ke Air Terjun Chamang. Ari tu aku tak explore la lagi kawasan air terjun tersebut. Sebab aku manage to find the property not even exactly tapi okey la...lebih kurang the boundary. Laluan sunyi sepi, seram gak aku sebab aku tak biasa kawasan ni. Tapi aku tawakal ajer la....Dalam 2 3 kali aku ulang alik laluan yg sama, kebetulan ada petrol car yang lalu...lega sket. Kebetulan gak JKR tengah selenggara laluan yg rosak akibat tanah runtuh.




2nd property, 9th mile Jalan lama Bentong - Kuala Lumpur. Ni lagi satu thrill...dah la aku tak pernah lalu guna jalan ni..selalu pakai highway...Argh...redah ajer la....Banyak gak lori balak yg guna laluan ni. Seram bila sampai tang selekoh tajam. Kiri sungai, kanan tebing tanah....laluan sempit...bila berselisih dengan lori balak rasa kecik jer aku...dah la mata melilau dok cari Lot berhampiran dengan site aku....Silap2 mau terjun masuk dalam sungai. nauzubillah.....
Site ni interior lot...so confirm memang tak bole access. Kalau sesapa perasan ada Petronas petrol station belah kiri sebelum sampai toll Bentong, site aku ni balik bukit petrol station tu. Macam mana nak masuk. Kena advice to engaged land survey la nampaknya client aku ni.



Masa aku lalu jalan lama ni, terletak di tepi jalan....Kawasan air panas Bentong. Terletak kira-kira 15km dari pekan Bentong. Kereta tak banyak berenti...maklumlah waktu tengahari, bulan puasa then hari Jumaat lak tu. Tapi ada la sorang dua yang tengah berendam dalam kolam air panas tu. Melayu kah, Cina kah, India kah...aku tak tau ...tapi satu Malaysia.....hehehehehe. Tapi nampak macam tak diselenggara dengan baik ajer kawasan air panas ni. No komen......





3rd property. Dekat2 area Ketari. Development land sebelah Taman Anggerik.
Aku dah rasa tak larat...mungkin sebab laluan yg bersimpang siur bak ular kena palu masa di Chamang dan jalan lama Bentong-Kuala Lumpur menyebabkan aku flat abis bila sampai kat opis Temerloh. Actually, aku ada lagi 3 site kat Kg. Sum-Sum, Janda Baik. Tak pa la...senin ni on the way balik ke Temerloh dari KL aku singgah cari site.

No comments: