Selamat Hari Raya......
Raya tahun ni aku sedey. Kenapa????
Mak baru keluar hospital seminggu lebih sebelum umat islam menyambut Hari Raya. BP dia naik tinggi sesangat then mak kena mild stroke belah kanan.
Dengan aku yang kat Temerloh, kuih raya tak beli lagi, kemas rumah, gedebuk gedebak...mana la nak sambut raya lagu ni, isk..isk..isk...
Tetapi aku tak kisah yang penting samada hari raya itu disambut dengan meriah...apa apa hal pun mak dah balik ke rumah.
Aku cakap kat mak supaya jangan risau...kalau orang datang beraya kita jamu aje apa yang ada...nanti tak pasal2 BP dia naik lagi sbb dok pikir pasal raya aje...
Alhamdullilah my sister cuma akan balik ke kampung husband dia pada hari raya ke -2.
so aku dah selamat tentang bab2 kuih raya ni...sbb dia yang rajin buat2 kuih - nak harap aku...hmmmmm mintak mahap laa.....
Kebetulan petang jumaat, boss aku kat Kuantan cakap boleh balik awal...aku pun apa lagi terus shoot ke KL...sempat lagi singgah kat Carrefour beli barang dapur...
Keesokan harinya pagi tu masak rendang ayam pencen dlm 4kg. Jangan tak caya...selama ni aku mana pernah masak banyak2 macam tu...hehehehe...abihhh...mak aku jer yg masak...aku tolong potong2 bawang aje...
Disebabkan mak tak bole berjalan terpaksalah aku mengambil alih tugas masak memasak ni. Alhamdullilah rendang ayam pencen ku telah selamat dihabiskan satu kuali besar oleh tetamu yang datang pada hari raya pertama sahaje. Raya ke -2 tinggal serdak2 aje. Selain dari rendang dan nasi himpit, aku masak kuah soto segera dan spagetti carbonara yang tak berapa nak menjadi. Ah! hentam ajer la...asalkan tetamu yang datang dapat dijamu...
Pheh! tak sangka raya pertama ramai bebenor orang datang. Ye la depa semua dapat berita mak baru keluar hospital. Kira bersilat la aku kat dapur siapkan juadah. Nasib baik adik aku ada. Kalau tak...pengsan pakcik kat dapur nun..........
My sister n her family with my mum
Disebabkan tetamu yang datang tak berhenti-henti.
Ni la baju raya yang sempat aku pakai
T-shirt cap ayam plus kain batik, harharhar
Apa barang aku nak pakai baju kurung kain sari yang aku beli masa kat Dhaka dulu
Aku kena standby kat dapur...
nanti kotor lak baju kurung baru disebabkan aktiviti memasak yang terlampau....
Ye la....tetamu datang dari raya pertama sampai la hari terakhir aku kat KL (raya ke-4)
Tu pun aku sempat lagi ke janda baik tengok site...
Okey la tuh!!!!.......
Disebabkan tetamu yang datang tak berhenti-henti.
Ni la baju raya yang sempat aku pakai
T-shirt cap ayam plus kain batik, harharhar
Apa barang aku nak pakai baju kurung kain sari yang aku beli masa kat Dhaka dulu
Aku kena standby kat dapur...
nanti kotor lak baju kurung baru disebabkan aktiviti memasak yang terlampau....
Ye la....tetamu datang dari raya pertama sampai la hari terakhir aku kat KL (raya ke-4)
Tu pun aku sempat lagi ke janda baik tengok site...
Okey la tuh!!!!.......
2 comments:
Selamat Hari Raya....silat gayong ke silat cekak? ni kira baju raya perempuan melayu terakhir..ada cap tapak tangan lagi, sungguh unik...
Bersabarlah dan redho dengan segala perkara..didoakan semoga ibu cepat sembuh..
Selamat hari Raya
Segala macam silat keluar...
insyallah...
Post a Comment